Wednesday, June 17, 2009

RAYMOND WEIL DIVER'S - SOLD


Model diver's watch jenama mewah masakini...

rupa yang cantik dan elegan

datang dalam kondisi agak sempurna..

masih berkilau dan berseri...

kaca sapphire crystal sebagai pelindung dial yang ampuh dan kalis calar...

design casing yang unik berbanding jenama lain...skru atas skru..

turutan dari kiri ke kanan (atas&bawah) teknik membuka lock double folding deployment buckle unik reka cipta dari Raymond Weil...

Jenama : Raymond Weil
Model : Amadeus 200 (Diver's Watch)
Buatan : Swiss Made
Pergerakan Enjin : Automatik
Fizikal : Casing dan keadaan keseluruhan adalah sangat baik. Dilengkapi bezel boleh laras satu hala. Masa dan tarikh juga berfungsi dengan baik sekali. Water-resist sehingga 200m/660ft!
Diameter Casing : 34mm (tidak termasuk crown)
Crown/Pelaras : Original Raymond Weil jenis kosong tanpa cop tanda jenama.
Dial : Berwarna hitam dan masih dalam keadaan yang bersih dan cantik. Dihiasi penanda masa luminous.
Pelindung Dial : Sapphire Crystal
Logo Jenama : Dial, penutup casing, enjin dan bracelet.
Jenis Tali Ikat : Original bracelet stainless steel+hidden deployment buckle (double lock).
Nota :
Jam ini adalah tergolong dalam kategori jenama mewah masa kini. Harga yang sangat berpatutan berbanding pasaran semasa. Kategori diver's watch yang cantik dan bergaya.

Vintage PAGOL Automatic - SOLD










Jenama : Pagol
Buatan : Swiss Made
Pergerakan enjin : Automatik
Kandungan Jewel : 25 Jewels
Diameter casing : 37mm (tidak termasuk crown)
Keadaan : Enjin dalam keadaan yang bersih dan berfungsi dengan sempurna. Masa berfungsi dengan baik. Tarikh jenis quick set.
Fizikal : Casing chrome jenis s/steel yang masih cantik dan kemas tetapi telah kehilangan rim asal (terletak di atas iaitu mengelilingi cermin jam).
Dial : Berwarna hitam dan agak bersih disamping 3 jarum penghitung waktu yang masih elok dan berfungsi dengan baik.
Crown/Pelaras : Original dengan logo jenama Pagol.
Pelindung Dial : Plastik berbentuk cembung kualiti tinggi yang tiada kesan calar ketara.
Tanda Jenama : Dial, enjin, crown dan penutup belakang casing.
Jenis Tali Ikat : Bracelet s/steel dipadankan dengan folding clasp biasa.
Nota : Model Pagol yang agak rare dan unik kerana ada batu2 sebagai penanda masa di atas dial.

Vintage PAGOL Pagomatic 929 - SOLD










Jenama : Pagol
Model : Pagomatic 929
Buatan : Swiss Made
Pergerakan enjin : Automatik
Kandungan Jewel : 25 Jewels
Diameter casing : 38mm (tidak termasuk crown).
Keadaan : Enjin dalam keadaan yang bersih dan berfungsi dengan sempurna. Masa dan tarikh juga masih berfungsi dengan baik.
Fizikal : Casing chrome jenis s/steel yang masih cantik dan kemas.
Dial : Sangat agak comot dimamah usia tetapi tetap original tanpa sebarang ubahsuai disamping 3 jarum penghitung waktu yang masih elok dan berfungsi dengan baik.
Crown/Pelaras : Original dengan logo jenama Pagol.
Pelindung Dial : Kaca kualiti tinggi yang tiada kesan calar.
Tanda Jenama : Dial, enjin, crown dan penutup belakang casing.
Jenis Tali Ikat : Bracelet s/steel dipadankan dengan folding clasp biasa.
Nota : Keseluruhan kondisi jam ini agak baik walau rupa dialnya sedikit comot. Lumrah jam lama memang jarang dapat sempurna. Dapatkan segera untuk koleksi Pagol anda.

Vintage PAGOL 23Jewels - SOLD










Jenama : Pagol
Buatan : Swiss Made
Pergerakan enjin : Kunci
Kandungan Jewel : 23 Jewels
Diameter casing : 34mm (tidak termsuk crown)
Keadaan : Enjin dalam keadaan yang bersih dan berfungsi dengan sempurna.
Fizikal : Casing chrome jenis s/steel yang masih cantik dan kemas.
Dial : Agak bersih cuma terdapat sedikit kesan pudar akibat dimamah usia. Dihiasi replika pokok palma hijau sebagai trademark disamping 3 jarum penghitung waktu yang masih elok dan berfungsi dengan baik.
Crown/Pelaras : Jenis biasa tanpa logo jenama Pagol.
Pelindung Dial : Plastik jernih kualiti tinggi yang tiada kesan calar.
Tanda Jenama : Dial, enjin dan penutup belakang casing.
Jenis Tali Ikat : Strap kulit tanpa jenama+ tang buckle s/steel.
Nota : Walaupun jenama ini tidak masyhur seperti jam buatan Swiss yang lain tetapi ia ada aura tersendiri dikalangan penggemar dan pengumpul jam-jam lama sejati.

Tuesday, June 2, 2009

OMEGA SEAMASTER DEVILLE - SOLD


Wajah bulat 33mm edisi 1960an dalam kategori Seamater...

Casing dan bracelet s/steel yang masih cantik berseri...

Logo trademark Omega yang tidak asing lagi...

Butir2 'beads of rice' yang semakin sukar didapati kini...

Saiz yang agak nipis bagi sebuah jam pergerakan secara kunci...

Anggun bergaya...

Jenama kegilaan pngumpul jam lama mahupun baru...

Jenama : OMEGA
Model : Seamaster Deville-Date

Buatan : Swiss Made

Pergerakan enjin : Manual/Kunci
Fizikal : Casing dan bracelet jenis s/steel chrome yang masih bersih dan kemas. Keadaan keseluruhan adalah baik sesuai sebagai jam lama yang dibuat pada sekitar tahun 1960an. Menghitung masa dengan baik dan agak tepat. Tarikh juga berfungsi dengan baik dan bukan jenis quick set.

Diameter Casing : 33mm tidak termasuk crown.
Crown/Pelaras : Kehilangan yang asal (menggunakan crown jenama Pagol).

Dial : Dial original yang masih baik cuma terdapat sedikit kesan pudar dan berbintik halus yang tidak ketara dengan mata kasar.

Pelindung Dial: Plastik berbentuk cembung rare berkualiti tinggi (original).

Logo Jenama : Dial, enjin, penutup belakang casing dan clasp.
Jenis Tali Ikat : Bracelet original jenis 'beads of rice' dipadankan dengan 'short clasp' bertanda jenama Omega.