Tuesday, March 30, 2010

TISSOT DIVER'S PR100 AUTO - SOLD


Tissot Diver's PR100 Automatic.
25 Jewels Swiss Made
Semua komponen masih original KECUALI crown.


dial masih bersih dan cantik berseri...
luminous masih berfungsi dan bercahaya dengan terang di dalam gelap...
diameter casing : 40mmx44.5mm

bezel boleh putar satu arah (arah lawan jam)..
tarikh jenis quick-set..

cantik juga kalau pakai strap kulit...

saje copy gambar bagi nampak banyak...

design bracelet yang unik dan menarik...

'buah-buah' rantai yang cantik dan padat...bracelet ni memang selesa pakai sebab agak berat disebabkan materialnya ialah solid s/steel...ori...

sama dan serupa...

double folding clasp asal yang menjanjikan kekemasan dan keselesaan maksimum untuk si pemakai...

ruang belakang jam ini...terdapat penutup khas unutk melindungi enjin sebelum penutup luar casing dipasangkan...


enjin yang menjana pergerakan PR100 ini...automatik 25 jewels...
enjin berwarna keemasan yang begitu bersih walau dah berusia bertahun-tahun...

anak panah menunjukkan perkataan 'sapphire crystal' pada permukaan penutup belakang jam..

anak panah menunjukkan extra bracelet khas untuk divers terdapat di belakang clasp, ia boleh dibuka untuk melaras bracelet agar bersesuaian dengan pergelangan tangan pemakai sekiranya bracelet tidak cukup panjang. Ia juga boleh dilipat dan disimpan disebalik clasp jika tidak digunakan.

Ray-Ax Polarised Sunglasses USA - SOLD





















SWATCH FASHION DIVER WATCH - SOLD





















BONIA SUNGLASSES - SOLD













Thursday, March 25, 2010

DIASTAR&DIAMATIC..teman tapi mesra... - SOLD

Dua2 jam ni ada persamaan dari segi bentuk casing nya tu sebab aku pasangkan bersama dalam sesi fotografi nih...sama unik sama lawa...

Si Kuning dari Swiss dan Si Putih dari Jepun..
dalam mylocken bertemu jua....

pasangan kembar tak seiras....aku nak jual kot nanti 'budak-budak ni' tapi bukan sekarang..nak pakai melaram dulu sampai jemu...klu ada yg bran OFFER dengan harga 'luar batasan' boleh dipertimbangkan tapi itu pun belum pasti lagi samada akan dijual atau tak...hehehhee..

Seiko Diamatic tu aku beli dari rakan blogger dan....
Rado Diastar tu plak aku beli dari sorang brader tokey ikan kat Ipoh (tu pun setelah berminggu-minggu memujuk rayu..hehehhee..ayat power baru dapat walau agak mahal...)

buah hati baru mengisi kekosongan blog yang naif nih...jadilahhh kan...

Diastar : cermin kaca kalis calar dengan potongan bertingkat2 dari kiri-kanan dan tinggi di tengah2 permukaan jam. Memang unik dan juga trademark bagi kebanyakan model2 Rado bujur nih...
Diamatic : cermin plastik dengan potongan ringkas dua baris dari atas-bawah pada permukaan dalam cermin...tidak kurang juga uniknya berbanding Diastar di atas...

TITONI COSMO 99 AUTOMATIC - SOLD


Cosmo 99 salah satu model dari 'keluarga' Cosmo keluaran jenama Titoni.
Model ini agak menyerupai Cosmo 66 cuma bentuk casing dan bentuk dial yang banyak membezakan keduanya.
Dari segi susun atur lanskap pada permukaan dial jelas hampir sama.
Jam ni masih cantik dan berfungsi dengan baik menghitung masa dan kalendar juga masih berfungsi dengan lancar.
CUMA, crown tidak original...tapi agak mudah untuk cari sebab ia berwarna putih (s/steel) tapi kalau kuning (gold) agak sukar jugak nak dapat..Saya sengaja tak cari kerana agak malas kebelakangan ni nak ronda ke kedai apek jam walau berdekatan jadi jual murah sikit lah seadanya...



box tidak di jual..hanya jam sahaja...

masih cantik...

casing bersaiz diameter : 38mmx45mm
tebal : 11.5mm
berat : tak timbang pun...

jam yang kolektif dan berkualiti

dial yang masih cantik dan bersih...

bracelet s/steel yang cantik, berat dan tebal..amat selesa dipakai

Enjin Swiss rotomatic 36000 beat...antara model enjin yang terbaik dari Titoni..
masih bersih dan berfungsi dengan lancar...