Tuesday, April 27, 2010

PAGOL Sub-Second - SOLD


Pagol sub-second manual winding.
Enjin sangat cantik dan running dengan baik dan tepat masa.
Strap kulit dan tang buckle warna gold jenis biasa.
Model Pagol yang lawa macam ni bukan senang nak dapat sekarang geng.
Memang la tak setanding Omega atau Rolex tapi kalau banyak duit pun nak cari di kedai sorry selori la kalau boleh jumpa...hehehehe..sendiri mau ingat bro...


Dial masih bersih, cantik dan original.

Casing adalah 10 micron gold plated (ada cop dia kat tengah antara lug bawah jam)
Diamaeter casing : 36.5mmx38mm.

Penutup casing bercop logo dan jenama Pagol.
Jenis cungkil dan buka.

Enjin bersih bersinar bak permata!
Bukan senang nak dapat enjin bersih macam ni dengna usia jam nya pun dah berpuluh tahun.

Enjin jenis kunci/manual wind.

Masih cantik dalam kategori vintaj.Kalau nak compare dengan jam baru memang la kawan ni kalah sebab dia dah masuk kategori o-tai (old-timer).

RADO CUSHION SHAPE AUTO - SOLD

Rado dress watch.
Cushion shape.
Pergerakan enjin baik tapi kadang terhenti-henti.
Perlu sedikit perhatian untuk menjadikanya lancar.

Save as Draft

dial masih cantik...
ukuran casing : 33mmx36mm.

cermin ada banyak kesan calar tapi tak menghalang pemandangan...kalau tukar lagi cantik

casing berwarna keemasan...masih cantik dan bersih...

crown masih original,belakang casing juga ada cop jenama Rado

enjin automatik 17 jewels swiss made...

di bahagian dalam juga terdapat cop jenama Rado...

Monday, April 26, 2010

RADO DIASTAR LADIES QUARTZ - SOLD

Radi Diastar untuk pompuan. Jam ni kategori moden/butik bukan jam lama/vintaj yer...jangan salah tafsir plak...Jam masih sangat lawa dan sempurna. Takde sebarang kecacatan atau kekurangan pada jam ni. Harga kat kedai pun sekarang masih RM1k ke atas.















RADO NCC 505 AUTOMATIC - SOLD

Original RARE Rado swiss made dress watch
Automatic movement
Good running condition
Dimension : 36.5mmx37mmx12.5mm





















Wednesday, April 14, 2010

Vintage OMEGA SEAMASTER AUTO - SOLD

Omega Seamaster
-automatik
-parts&aksesori semua original
-jam jalan elok dan lancar




tengok nih muka depan dia yang masih bersih dan mulus...dah berpuluh tahun usianya tapi tetap maintain macam baru kualiti dia...huh memang superb!
diameter casing : 33mmx38mm



bentuk empat segi dia ni lawo sebab ada lengkung pada kiri kanan casing, bentuk yang kebanyakan jam mewah dan berjenama besar ketengahkan..orang kata rupa macam ni dipanggil dress watch..betoi ke kome oi? teman tak berapa tau....balun je le...

penutup belakang dia kosong je takde logo jenama dan apa2 tulisan pun..kena cungkil kalau nak bukak penutup nya....

jam ni memang lawo dan bergaya...jam orang2 kaya, teman pun tak mampu pakai, tolong carikan untuk korang boleh lah...

crown masih ori lagi..tarik sekali untuk set tarikh, tarik kali kedua untuk set masa..senang je...

cop bahagian dalam strap kulit ori jam ni..

ni plak zoom pada buckle ori jam ni...kulit apa tak tau le tu tapi nampak gaya macam kulit buaya..teman pun tak tau apa ke bangse nya...

ada cop macam yang teman zoom tu pada celah antara lug jam ni, imej logo omega, angka 20 dan hurup S..itu bermaksud casing jam ni gold filled 20 microns gamaknya...

'plaque or G 20 microns'=gold plated 20 microns
perkataan 'plaque or' tu dari bahasa Perancis kalau teman tak silap..kalau teman salah tolong betulkan..tak pun call je Zidane terus...hehehehe..

enjin automatik jenis flat caliber...

Sunday, April 4, 2010

Rado Diastar Auto - SOLD

Lawa Rado ni kan? memang sangat lawa dan sering jadi buruan peminat Rado...
Warna kilauan kuning emas jam ni memang sentiasa menarik perhatian bila dipakai...
Rasanya tak perlu cerita banyak2 pasal jam ni sebab kebanyakan 'kaki jam' memang dah arif tentang ciri2 jam nih...popular benor dah dia nih sejak sekian lama....