Sunday, January 24, 2010

Seiko 7005-8060 Automatic - SOLD


SEIKO BLUE DIAL AUTOMATIK.

enjin 7005-8060 automatik
17 jewels
dial kaler biru gelap (ok lagi takde kesan terkopek/terlalu buruk cuma kesan bintik2 skit je)
casing s/steel agak besar 38mm diameter
enjin bersih dan lancar
tahap ketepatan masa dan water resist tidak diuji..
dijual seadanya...



Monday, January 18, 2010

Original JEAN PAUL GAULTIER - SOLD


Sepasang kacamata berlabel mewah jenama Jean Paul Gaultier.
Walau namanya tidak lah jadi sebutan sehangat Dunhill atau Cartier tetapi hakikatnya ia berada sebaris dengan jenama2 hebat dan mewah di persada fesyen yang serba glamorous zaman ini seperti Chanel, Dior atau LV. 'Hanya jauhari yang mengenal manikam'.
Sedikit info dan gambar untuk penelitian terperinci disediakan untuk kajian dan tatapan anda.


Cop jenama terukir timbul pada permukaan depan sarung kacamata ini.

Ukiran tanda jenama pada bingkai tengah kacamata.
Keseluruhan bingkai adalah jenis steel chrome seakan-akan logam perak yang masih bersinar secara total.

Pandangan depan spek ini yang kelihatan begitu sporty dan elegan.
Sesuai dipakai dalam apa jua keadaan.

Lense jenis two-tone. Di bahagian atas agak gelap sedikit dari yang di bawah. Amat selesa digunakan untuk pemanduan di dalam cuaca panas terik.Tidak silau dan pandangan juga jelas.

Didatangkan lengkap dengan sarung original.

Pandangan sisi yang menampakkan kedua2 kaki spek ini yang flexible menggunakan spring untuk bukaan yang lebih luas kiranya si pemakai mempunyai bentuk muka yang lebar sekalipun.

Cantik, bergaya, berprestij dan selesa dipakai.

Cop jenama JPG pada bahagian dalam sarung. Agak kabur kerana baldu yang meliputi permukaan dalam sarung agak tebal.

Cop trademark 'Buatan Italy' terpahat pada bahagian dalam kaki kanan spek ini membuktikan ianya adalah asli dan bukan seperti spek 'pasar malam' atau seperti istilah remaja kini iaitu 'cap ayam'..

Di sebelah dalam kaki kiri pula terdapat cop jenama dan nombor siri produk ini.

Ukiran jenama JPG terdapat pada bahagian atas kedua2 kaki spek ini.
Cop jenama ini tenggelam dan amat halus ukiranya menunjukkan kualiti dan kesungguhan buatanya di tahap tinggi.

Berada di dalam sarung yang lembut di bahagian dalam dan keras di bahagian luar bagi menjamin keselamatan dan melindungi fizikal spek ini dari bengkok atau pun calar kiranya ia terhimpit atau tertindih di dalam beg atau sebagainya.

Sarung asli jenis 'hard cover' berwarna putih cream ini dibekalkan bersama spek sebagai pakej jualan.

Jenama : JEAN PAUL GAULTIER
Buatan : Italy
Status : Terpakai/Used
Keadaan : Sangat elok (9/10)
Model : Unisex (lelaki boleh,pompuan pun ok juga..)
Jenis Lense : Two-Tone (Hitam dan Cerah)
Frame : Steel Chrome (masih berkilat dan bersih).

Saturday, January 9, 2010

Vintage RAY-BAN TORTOISE SHELL - SOLD

Jenama : RAY-BAN
Buatan : BAUSCH&LOMB USA
Model : Bohemian Tortoise Shell Frame
Jenis Lense : G-15 (hijau harmoni)
Saiz : 58mm (untuk dewasa lelaki dan perempuan/unisex).
Kelebihan : Sangat bagus menapis cahaya UV untuk penjagaan mata yang sihat dalam keadaan cuaca negara kita yang semakin panas terik kebelakangan ini.


Kelihatan sporty dan bergaya...
Discontinued model...

Bingkai berwarna merah hati bercorak seperti 'cengkerang kura2' (tortoise shell) sememangnya kerap terdapat pada model2 buatan Ray-Ban di era tahun 80an.

Pandangan dari sisi di mana Ray-Ban ini tetap kelihatan menarik dan stylish.

Sepasang lenses yang berfungsi melindungi mata dari cahaya berbahaya UV.

Kondisi yang masih cantik dan bersih.

Dilipat ketika tidak digunakan.

Cop dan emblem trademark setiap kacamata Ray-Ban keluaran Baush&Lomb. Jika tiada ciri2 seperti ini ke atas sesebuah spek Ray-Ban keluaran USA bermakna ada yang 'tidak kena'.

Ukiran pada hujung 'kaki' sebelah kiri adalah no kod/no siri model tiap2 kacamata, ia juga dikira sebagai salah satu ciri2 original buatan Syarikat Bausch&Lomb.

Memang bergaya dan elegan dan sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja..

Very Rare-KEINZLE MILITARY - SOLD


KIENZLE MILITARY

Jam jenama gah dari German yang jarang kedapatan sebagai jam tangan. Produk jenama Kienzle ini lebih popular dan dikenali menerusi jam2 dinding kayu kunci 3 lubang dan jam meja kunci juga kebanyakanya 3 lubang.Ada info sikit pasal jam ni bersama lampiran gambar2 daif di bawah...check it out!



Pergerakan enjin secara KUNCI/MANUAL..lumrah bagi sebuah jam zaman 40an...
Saiz diameter casing 32.5mm x 37mm...tak besar dan tak kecik..sedang2 sahaja...

Jam military dengan sub-dial yang menarik dan unik...cukup untuk memikat hati peminat dengan penampilanya..

Crown besar yang jadi kebiasaan dan trademark bagi sesetengah jam vintaj kategori military.
Crown ini adalah yang asal/ori tanpa pernah ditukar ganti dan sememangnya tanpa sebarang cop.

Dial yang masih sangat bersih dan tanpa sebarang kesan lusuh...
Cuma tulisan angka2 jam telah agak pudar sedikit.
Tidak pasti ia terdapat luminous pada asalnya atau pun tidak.

Strap kulit buaya kualiti tinggi berwarna merah amat sesuai dan berpadanan sekali dengan jam ni.
Band asal tidak pasti samada ianya strap kulit atau bracelet...

Imej enjin penggerak nadi jam ini...tertera ukiran jenama Kienzle Germany pada permukaan enjin yang berwarna kuning.

Penutup belakang casing jenis 'bubble back'..jenis kopek untuk buka.
Tahap water resist tidak diuji.

Friday, January 1, 2010