Sunday, January 30, 2011

SANDOZ Submariner for Diverholic! - SOLD

SANDOZ SUBMARINER

-enjin automatik 25 jewels
-diameter casing 37mm
-kemampuan selaman 100M tapi WR tidak pernah diuji
-bezel macam rolex boleh putar dwi-arah
-cermin acrylic cembung ada kesan rekahan akibat panas pada pukul 12 dan pukul 5
-dial cantik dan bersih tapi luminous dah mati
-enjin berfungsi dengan baik
-crown jenis screw-down
-enjin cantik berkilat keemasan

*menyusul nanti gambar2 lebih menarik dan lebih jelas,ini gambar2 tangkap muat snap waktu malam so tak dapat memaparkan wajah sebenar jam ni, harap maaf.



Tuesday, January 25, 2011

Ray Ban Diamond Hard 62mm


RAY-BAN AVIATOR


Original Vintage Ray-Ban by Baush&Lomb USA.
Model Aviator Diamond Hard
Saiz lense 62[ ]14.
Frame warna gold agak pudar sedikit tona warnanya.
Paddle spring terdapat sedikit kesan terkopek pada pembalut spring.
Condition boleh lah beri - 7:10
Model yang mempunyai populariti yang paling tinggi di dalam keluarga Ray-Ban.
Ada yang mencapai harga hingga RM2K malah ada yang lebih mengikut condition dan kelengkapan pakej jualan.
Antara model terbaik buatan Ray-Ban USA selain dari General 50,14K,Precious Metal dan beberapa model yang unik dan sentiasa jadi idaman penggemarnya yang tersendiri.


Lengkap dengan sarung asal. Kain lap juga original dari Ray-Ban.


Model yang sentiasa jadi idaman dan buruan.


Logo 'berlian' pada permukaan cermin masih kedapatan walau telah agak pudar sikit.


Ukiran jenama tersohor masih jelas di atas permukaan palang.


Ukiran jenama dan saiz spek di bawah palang 62[ ]14 - 62mm


Sepasang skru original pada tiap2 ikatan pada 'kaki' kiri (L) dan kanan (R) spek.
Harus waspada sebab kadang2 orang dah tukar skru tu....


Ukiran BL pada sisi kedua2 cermin kiri (L) dan kanan (R) spek.


Cop ukiran BL terdapat di bahagian dalam nose pad (sepasang).
Kelihatan sedikit comot dan belum sempat dibersihkan. Tetap ori bro....


Ukiran jenama 'Ray-Ban' pada sisi bahagian luar kedua2 (kiri&kanan) kaki spring spek.


Sarung original khas untuk model Diamond Hard saiz 62mm. Banyak juga yang tiruan tapi tetap tak sama kalau kita peka dengan kualiti dan warna materialnya..


Terdapat perkataan 'patent pending 7' di bahagian dasar dalam sarung spek sebagai membuktikan ia adalah asli dan hanya dihasilkan istimewa untuk 'Cik Intan Keras'...
The Legend now is waiting for you....

Sunday, January 23, 2011

GOOBERZ Military Laser Pointer - SOLD


Belum reda dengan King Seiko Square yang saya siarkan semalam hari ni kita menjamu mata pula dengan sebijik jam pelik dan unik era 90an...Berpakaian ala2 tentera komando...memang ke'military'an nyer begitu terserlah sekali dengan uniform hijau dan senjata laser pemusnah pemain bolasepak negara jiran kt sisi beliau tu...

GOOBERZ MILITARY
-enjin quartz (tak tau mana ropanya sbb aku tak bukak pun)
-part jam ni sumer masih ori dan teruna lagi
-kaler body dan strap masih lawa dan tak kelihatan buruk pun lagi
-senjata laser predator tu tak berfungsi dah tapi boleh dibaiki dan belum sempat pegi baiki
-last sekali nak kabor, jam ni aku pakai sendiri jer wat masa ni tapi kalau ada yang berkenan tahap tak boleh tidor malam hubungi aku untuk dapatkan penawarnya...kita dua je yang tau, masyarakat setempat tak tau...hehehehhe...


Jenama jam ni memang sangat gah pada sekitar tahun 1990 an dimana waktu tu aku masih belum ada minat pada jam dan masih belum mampu beli jam ni tatkala seorang kawan aku dah pun pakai dan menayang-nayang pada kami sekalian yang ada untuk kepuasan diri beliau yang agak eksyen masa tu..maklum la jam hebat...boleh fire orang dari jauh...hehehehhe


Semua specs jam ni masih original....susah dah nk jumpa kalau nak compare dengan Casio G-Shock memang model ni jauh lagi susah nak dapat di era sekarang ni..Walaupun jam ni model lama dan aku jangkakan ia berumur sekitar lebih 10 tahun tapi luminous pada semua marker dan jarum masih cemerlang memancarkan sinar ketika suram atau gelita...lagi satu aku kagum pada dial dia yang bersih benor sampeikan tak melampau la aku katakan macam masih baru keluar kedai gaya nya..iyer chorrr betoiii....







Sunday, January 16, 2011

..MILUS Gold Plated Dress Watch - SOLD


MILUS

Jam jenama Milus swiss made yang sangat cantik dan masih berfungsi dengan baik sekali. Model mewah yang suatu masa dahulu hanya dimiliki oleh golongan atasan sahaja. Dengan kombinasi dua jarum (minit dan jam) sahaja dipadankan pula dengan dial yang mempunyai angka roman yang cuma diletakkan pada pukul 12,3,6 dan 9 sahaja menyerlahkan keunikanya. Dial yang sangat bersih dan cantik walau pun sudah berusia puluhan tahun menjadikan ia begitu menarik untuk di jadikan koleksi disamping jam tangan unik yang lain.
VINTAJ-UNIK-RARE

-original swiss made
-jam mewah kategori vintaj
-saiz lelaki
-gold plated
-manual winding 17 jewels
-dial yang sangat bersih dan cantik
-semua part masih asli/original
-enjin sangat bersih dan lancar












Thursday, January 13, 2011

..PAGOL for Ladies - SOLD


PAGOL

-jam tangan vintaj untuk wanita
-original swiss made
-enjin automatik 21 jewels
-enjin running lancar (dah servis)
-kalendar berfungsi dengan baik
-semua parts masih original