Monday, February 28, 2011

BERITA BAIK UNTUK SEIKO COLLECTOR! - SOLD

KING SEIKO : SOLD
SEIKO LORD MATIC : SOLD
SEIKO WORLD TIME : JUALAN DITARIK SEMULA


Tiga unit model Seiko berprestij tinggi untuk dijual. Seiko KS, Seiko World Time, Seiko Lord Matic. 'Mereka' golongan yang sering jadi buruan Seiko Maniac. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing2 so luangkan sedikit masa menyoroti kisah 'mereka' masing2 di sini jika berminat. Harga pun murah jer kalau nak compare dengan harga pasaran sebenar...


1. SEIKO WORLD TIME GMT
- TAK JADI JUAL
-model 6117-6010
-automatik 17 jewels
-38mmx45mm

-enjin baca masa berfungsi lancar

-kalendar jalan elok, boleh quick-set
-crown original
-model unik dan mahal dalam kategorinya
-model highly collectible (boleh rujuk status model jam ni dari blogger2 yang mahir tentang model2 Seiko untuk lebih keyakinan)


Kekurangan :

*Perlu tukar cermin/polish sebab banyak calar untuk penampilan lebih cantik lagi.
*Bezel bertulis nama bandar GMT di bahagian dalam jammed,perlu servis.

*Penutup belakang casing bukan yang asal tapi bersesuaian dan tiada masalah.
bersama rakan2 yang sama2 nak dilepaskan dari belenggu MyLocken..wait for new owner..
model most wanted dalam family Seiko...kategori 'wajib ada' bagi pemburu2 Seiko vintaj...
Masih lawa dan berprestij, cuma aku je yang kurang excited dengan kerabat2 Jepun model nih..tapi ada juga model Jepun ni yang jadi idaman tapi bukan seiras beliau...
Enjin ori buatan SEIKOSHA...rare...confirm ori Jepun!
Crown original bersaiz besar dan berbeza dari bentuk model Seiko biasa...
Penutup casing telah ditukar kepada yang lain tapi boleh fit dan bersesuaian, tah kemana yang asal aku pun tak tau apa yang owner lepas dah buat...


2. SEIKO KS (KING SEIKO)-SOLD
-model 5246-5030
-enjin automatik 25 jewels
-enjin jenis special HI-BEAT!
-saiz casing 34mmx40mm
-enjin berfungsi dengan baik

Kekurangan:
-kalendar tarikh jammed/sangkut, perlu servis
-cermin perlu polish/tukar sebab ada calar tapi tidak serius
-dial ada kesan penuaan tapi masih elok dan bersesuaian dengan title vintaj
Model paling berprestij dalam keluarga Seiko berbanding dua rakanya di atas.
next...
Hanya setakat ini aku mampu buka, selebihnya tak boleh lagi dah sebab risau rosak sebab aku memang tak tau nak bedah siasat isi perut jam2 complicated macam nih tapi kalau setakat yang guna back case screw down tu boleh lah..jadi kita sama2 tak dapat tengok enjin, menurut owner asal enjin sah original...
Emblem 'KS' yang timbul dan sangat menarik sekali..dial two-tone ada sikit2 kesan tercemar akibat penuaan...raja yang semakin uzur..Raja Seiko...

3. SEIKO LORD MATIC (LM)-SOLD
-model 5606-7010
-automatik 25 jewels

-37.5mmx40mm
-dial cantik ada corak garis2 pada permukaan

-model unik seakan-akan model swiss kerana tidak boleh buka dari belakang casing untuk lihat enjin, perlu buka dari depan sahaja -crown original lagi

Kekurangan :
*Perlu tukar cermin/polish sebab banyak calar.

*Kalendar pada asalnya jenis quick-set
tapi jammed, perlu servis
*Enjin running tak menentu kadang ok kadang sangkut2, perlu servis
Cantik tapi perlu selengaraan rapi untuk kembalikan seri...
Zoom dekat menampakkan garis2 halus dan clar pada permukaan cermin acrylic...
Jarum dan dial masih original
Emblem 'LM' macam juga model KS, timbul dan berkilau...
Penutup belakang casing terpahat teks2 yang membawa maksud2 tertentu...

Sunday, February 27, 2011

Original CHANEL Sunglasses - SOLD

CHANEL SUNGLASSES
*semua parts masih original
*cermin jenis two-tone (atas chrome dan bawah warna perang)
*spek masih elok dan bergaya dipakai kemana saja








Vintaj Ray Ban Aviator Outdoorsman Black - SOLD


RAY-BAN AVIATOR OUTDOORSMAN

*original by Bausch&Lomb USA
*lense g 15 sangat elok takde calar serius
*saiz lenses 58mm
*semua part masih original
*frame hitam itu menawan











Spare-Parts For SEIKO KINETIC - RM180

Komponen alat ganti untuk Seiko Kinetik kesayangan anda. Pusing keliling cari kat kedai pun memang tak akan jumpa komponen begini kerana ia makin pupus. Barangan yang kedapatan di sini untuk dijual ialah "
- dial
-jarum minit dan jarum jam
-cermin 'sapphlex crystal' yang masih terpasang elok pada casing
-penutup belakang casing (cermin ada kesan pecah sikit)
-bracelet two-tone lengkap dengan folding clasp
-casing tepi enjin (yang warna kelabu tu...)








Wednesday, February 23, 2011

Omega De Ville...SOLD


Cik Omega DeVille yang anggun seksi dan bergaya....Ikuti kisah Cik Om yang lawa ni...

Enjin manual wind 17 jewels...bersih bersinar macam baru keluar dari kilang enjin nya....

Ini la wajah Cik Om yang awet muda, lawa dan menawan untuk dipakai kaum Hawa

Berdua-duaan dengan Si Master membuatkan Mat Bond tersisih dan hampir hilang pertimbangan kerana tak berjaya memenangi hati Cik Om tu....

Mat Bond hanya memerhati dari belakang congkak gelagat Cik Om dan boypren nya Si Master bersantai ala2 Titanic...Cik Om kata:"u jam I jam...Si Master balas : "hishhh kita memang sama2 jam lah...sudah kerja...kerja..." Mat Bond yang mencuri dengar perbualan jadi lagi panas...

Wajah2 ayu Cik Om..walau ada jerawat sikit2 tapi tetap gak lawa...janda berhias la katakan....

next...

next...

next..

next...

next...

the crown for every achivement...

Jantung Cik Om setelah dibedah siasat oleh Mat Bond untuk memastikan nama siapakah yang terpahat di hatinya....adakah dia atau Si Master tapi ternyata mereka bertiga sebenarnya adik-beradik yang berketurunan mak tak sama dan bapak pulak lain2...

Ni ukiran jiwa kat belakang pintu hati Cik Om...

Ni plak pernyataan bahawa strap ni ada kelebihan dari sudut yang paling istimewa iaitu boleh rendam dalam apa jenis juga air kecuali air liur Mat Bond yang menitik-nitik tengok Cik Om yang makin seksi....
ehehehehe sekian kisah Cik Om...