Thursday, April 28, 2011

ORI RADO LEATHER STRAP (NOS)-(sold)

Strap kulit original Rado buatan swiss. Buckle berwarna keemasan terukir perkataan 'RADO'. Kulit berwarna brown. Item yang jarang ada dipasaran kini.

Buckle berwarna keemasan masih sangat cantik dan berkilauan. Lubang spring tembus menembus pada tepi buckle adalah antara ciri2 kelaziman buckle original buatan swiss. Begitulah adanya ciri2 yang terdapat pada buckle ini yang mesra pengguna.
Terdapat cop perkataan2 tertentu pada bahagian dalam strap membuktikan ia barangan tulin buatan swiss. Terdapat juga satu rangkaian nombor yang mungkin angka2 yang merujuk kepada model produk atau sebagainya
Paparan penuh strap menunjukan ciri2 asli strap kulit ini luar dan dalam.
Lug bersaiz 17mm setelah diukur secara manual. Tapi kalau jam lug 18mm pun boleh juga pakai sebab ia tak jauh berbeza.
Ni dia ukiran perkataan 'RADO' pada permukaan buckle jam ini. Gambar diambil pada jarak dekat untuk memberi imej yang menarik serta jelas kepada yang berminat untuk memilikinya...
Imej fokus dekat pada permukaan luar strap kulit, kelihatan lubang pada strap yang masih belum pernah dicucuk oleh mana2 buckle..masih dara...condition 11/10 sebab belum pernah pakai atau pasang kat mana2 jam sekali pun...NOS always rare...

Tuesday, April 26, 2011

PAGOL A1 Penuh Dengan Kepujian...SOLD

Enjin automatik 25 jewels. Saiz casing 37mmX40mm. Cermin kaca tebal dan jernih. Semua parts masih asal. Dail SANGAT2 bersih. Enjin berfungsi sangat lancar dan tepat masa. Kalendar jenis quick-set. PENDEK KATA SANGAT2 TERPUJI PERIBADINYA TU SEBAB DAPAT A1....

PERINGATAN KEPADA PENCINTA PAGOL: Sila GRAB sebelum terlambat,bukan senang nak dapat model ni dan bukan mudah juga dapat CONDITION BAGUS macam ni.

No aku? ni dia....CALL/SMS 24 JAM SEHARI...016 5385356 Zul Putera

Permukaan dial yang bersih dan hampir sempurna...marker pun menarik sebab tebal dan timbul..
Landskap yang menarik, bersih dan original...cermin kaca tebal dan jernih..calar sikit tu ada lah...
Dari kiri kanan pemandangan lanskap takde cacat cela..rugi kalau lepaskan jam cantik macam ni begitu saja..anda peminat Pagol? kalau iye jangan tunggu lagi...tak selalu dapat macam nih...
Date indicator jenis menegak..cukup mudah nak set kalendar sebab jenis laras cepat (quick-set)..lembut dan mudah nak adjust tarikh dan hari..perfect!
Indah dan menawan...harga boleh nego lagi asal berpatutan..barang lawa dan ori memang ada 'harga tersendiri'..tiada 'rojak' tiada 'pasembur' untuk djual di sini...jika ori kita kata ori..jika tidak kita maklumkan...
Opsss lupa..jika anda perasan ini iklan kali kedua jam ni sebab iklan yang pertama jam ni guna bracelet 'palsu' (kepunyaan Seiko) saya tak perasan tapi setelah mendapat teguran dan khidmat nasihat rakan seperjuangan dan kebetulan ada bracelet ori gantian yang berpadanan so terus pasang dan inilah hasilnya...
Rupa paras muka jam ni yang berbentuk oval...
Casing pun lawa juga lagi..calar sikit2 kesan penggunaan tu biasalah...jam dah berusia puluhan tahun memang la ada kekurangan sikit...
Crown masih ori...
Penutup belakang jam...
Enjin automatic 25 jewels..jam lama kalau tahap 23 jewels ke atas memang movement dia cun lah..jam ni pun kategori tip top gak enjin dia..kalau letak dan tak pakai lama gak power reserve dia sebelum nak mati...
Akhir kata ni lah dia clasp original jam ni..tulisan timbul dan font perkataan 'PAGOL' tu pun memang trademark dia..blom ada lagi clasp fake dikesan dalam abad ini untuk jenama Pagol vintaj...

Monday, April 18, 2011

PAGOL 747 Art Of Design...SOLD

Automatik 25 jewels. Saiz casing 37mmX42mm tanpa crown. Dial AMAT2 UNIK dan BERSENI. Semua parts masih original. Rim kuning keemasan. Keseluruhan keadaan dan fungsi jam masih dalam kategori bagus.


Dial berseni yang tiada tandingan..'A' class dalam kategori vintaj....







Arrow tu tunjuk ada sikit macam crack pada cermin acrylic tapi hanya di bahgian dalam, tak dapat nak rasa dengan tangan kalau kita gosok atau raba pada permukaan cermin tu...tak tau nak explain macam mana boleh jadi sebab dapat dari pemilik asal dah macam tu...harap maklum...
Dua rakan yang kelihatan akan terpisah tidak lama lagi.


ORIS Anti-Shock automatic - SOLD


Jam vintaj Oris swiss made. Automatic 25 jewels. Saiz casing 37mmX41mm tanpa crown. Part semua original. Overall condition sangat bagus. Dial hijau two-tone. Marker gold menyerlah sebab timbul dan berkilat.





Dua sekawan yang mungkin akan terpisah atau mungkin bersama2 di bawah naungan majikan yang baru kelak...

Dial hijau dua tona warna amat mengujakan pemburunya..


Marker2 yang kelihatan gagah dan tegap menghiasi lanskap hijau Oris ini...
Crown masih original..arrow menunjukkan bahagian tepi casing yang masih mengekalkan jalur2 halus original casing jam ini membuktikan ia tidak digilap/polish dengan kasar sebelumnya..mengekalkan ke'ori'an...

Movement 25 jewels yang masih mantap dan berfungsi dengan baik sekali...

Folding clasp kelihatan tidak original kerana tiada sebarang cop jenama pada komponen tersebut..

Friday, April 15, 2011

KIENZLE Made In Germany - (SOLD)

Jam RARE buatan German. Casing bersaiz 33.5mm termasuk crown. Enjin jenis kunci. Dial masih sangat cantik dan original. Marker cantik dengan angka penuh dari 1 hingga 12.
Berasal dari keluarga jam dinding German yang terkenal seangkatan Mauthe dan Junghans.

Dial masih sangat cantik walau ia kategori vintaj...dial memang ori dan bukan replika seperti kebanyakan yang terdapat dipasaran..berhati-hati membeli belah tuan2...

Keseluruhan condition jam adalah sangat baik dan memuaskan. Begitu susah nak jumpa model ni kerana Kienzle ni otai jam dinding 3 kunci so bila dia menghasilakan jam tangan pulak memang la kategori jarang-jarang...

Pergerakan enjin pun lancar dan tepat masa..

Saiz pun memang normal bagi kebanyakan jam model military...tak kecik sangat dan tak besar sangat...sesuai jadi koleksi...

Tengok tu cermin pun cemerlang bangat, takde calar kasar..kalau halus2 tu biasa la akibat kesan pemakaian sebab ia jenis acrylic..kalau sapphire memang tak calar...

Tertera megah 'MADE IN GERMANY'....

Bracelet 'rel keretapi' menurut istilah yang sering digunakan oleh orang2 lama kumpul jam...

Enjin cemerlang dan bersih....

Buatan yang agak unik dan berbeza dari model2 buatan swiss tapi ia menggunakan swiss parts sebagai sokongan...

Lawa weiiii...

Tu dia rel keretapi melebarkan sayapnya...

Crown tu memang yang original tanap sebarang cop...Kienzle pun bukan ada logo trademark apa pun....sekadar tulis Kienzle macam tu aje lah...betoi ke?

Permukaan penutup belakang casing simple je dengan perkataan 'stainless steel back'...