Tuesday, May 31, 2011

Bracelet TITONI ORIGINAL (nos)-SOLD

-stainless steel-bersih dan berkilat
-kategori belum pernah pakai
-barang baru tapi stok lama (NOS)
-original keluaran Titoni
-semua tempat patut ada cop memang ada cop jenama Titoni..tak caya tengok sendiri...
-untuk info saiz dan ukuran sila rujuk gambar2
-susah nak dapat yang ori part macam ni sekarang, kalau tiruan banyak ada dalam pasaran..so jangan lepaskan!








Monday, May 30, 2011

Citizen Automatik - SOLD

Jam Citizen vintaj. Saiz casing 38mmX41mm. Enjin automatik. Cermin kaca. Pergerakan dan fungsi amat baik.





POMAR AUTO-RM140


Pomar Automatik. Casing berukuran 37mmX40mm. Pergerakan enjin sangat baik dan kalendar berfungsi dengan tepat.




Add Video


GUESS Sunglasses (used) - SOLD

Kacamata terpakai Original Guess. Model GU6215 (discontinued model). Frame fancy putih dan hijau. Cermin berwarna coklat terang. Saiz 62-18-130. Condition kacamata keseluruhan lebih kurang 9/10.









Tuesday, May 24, 2011

Luxury Style Vintage Ricoh Dynamic Auto Watch - SOLD

Special Automatic 45 jewels. Casing besar berukuran 38mm x 46mm. Rupa yang menarik dan kelihatan mewah. Pergerakan enjin sangat bagus dan lancar. Kalendar juga berfungsi dengan baik. Crown original bertanda jenama.











G-Shock AW-582 Digi-Ana - SOLD

3G-Shock ORIGINAL by Casio. Model Digital-Analog. No model AW-582.
Condition keseluruhan agak baik lebih kurang 8/10.








Monday, May 23, 2011

SEIKO GMT automatic - SOLD

Dah lama benar jam ni dalam stok aku so hari ni kira nak jual asal balik modal sudah lah...jam elok takde sebarang kerosakan...kepada yang mahir dengan jenama Seiko pasti sedar model ni bukan sebarangan model dari fammily vintaj keluaran Jepun...so grab segera....
Seiko GMT World Time untuk dijual dengan murah. Automatic movement by Seikosha. Saiz casing 38mmX45mm. Crown original yang tersendiri. Dial 'world time' yang cantik.

Jam ni dah buat offer banyak kali sebelum ni untuk bagi peluang pada pemburu2 Seiko memiliki model 'panas' ni tapi masih belum jumpa jodohnya. Kali ni sekali lagi pemburu2 Seiko berpeluang mendekatkan diri pada jam ni dan hayati kelebihan2 dan sedikit kekurangan yang ada pada jam ni. Tak kenal maka tak cinta...so kalau dah kenal bolehlah sms 016 5385356 untuk deal....

Kita cerita pasal kelebihan dulu;
1.Jam ni model hebat dan highly collectible dalam family Seiko Vintaj. Harga pasaran biasa mencecah RM1K dan ke atas bergantung kepada condition. Jam aku ni rupa masih lawa lagi tapi ada kekurangan sikit je..nak tau apa dia teruskan membelek2 sampai abis...
2. Enjin jam ni sangat terpuji kerajinanya. Original Seikosha. Kalau tak pakai beberapa hari dia mati so bila nak pakai semula tak perlu nak goncang susah2 atau sungguh2 cuma ambil dan gerak sikit je, asalkan ada gegaran pada jam je enjin akan aktif dan terus berdezzzuuup! Tak caya? try ler sendiri...
Kalendar date jenis quick-set dan berfungsi dengan tepat.

3. Tengok pada permukaan dial jam ni bersih dan takde kesan pudar atau mengelupas macam jam2 tua yang lain. Semua text dan emblem berkenaan trademark Seiko pun masih segar dan jelas. So apa kata kita kata condition dia 7/10..setuju?

4. Agak susah nak cari jam2 lama keluaran Jepun terutamanya jenama Seiko ni untuk model GMT macam ni. Kalau model swiss memang banyak ada dipasaran tapi harga memang tak boleh blah bro...so beli la jam ni murah sikit..GMT juga...heheheh...

5. Crown masih original. Rasanya kalau rosak memang payah bonar nak cari ganti tuh...tak dapek den nak nolong eh...pandai2 la ekau Jang kalau rosak crown tuh...


6. Ni dia movement Seiko 6117-6010 buatan DAINI SEIKOSHA (rujuk arah arrow dalam pic atas tu...). Pergerakan enjin mantap dan lancar pacuan automatik dibantu 17 jewels sebagai pelincir pergerakan. Untuk pengetahuan umum enjin DAINISEIKOSHA hanya terdapat pada model2 Seiko yang tertentu sahaja...model2 terpilih...pasti ada kelebihanya...

Ok kita cerita pasal kekurangan jam ni pulak:
1. Ada kesan cemar dan kotor sikit pada permukaan auto-rotor seperti dalam gambar di atas. Maklum la dah lama bonar wujudnya...Kurang cantik dipandang tapi walau begitu ia tidak menjejaskan kelancaran enjin yang berkhidmat mengukur masa.

2. Ni satu lagi kekurangan yang nyata pada jam ni, penutup belakang casing menggunakan penutup dari jam Seiko model yang lain. Walau begitu ia tidak menjejaskan sebarang aktiviti aktif movement 6117 Daini seikosha yang tersimpan rapi disebaliknya...

3. One more, bracelet original memang takde dan tak mampu untuk disertakan memandangkan tiada dalam stok. So strap kulit hitam macam dalam gambar tu je lah jadi sandaran...

Strap kulit rasanya lebih klasik dipakai bergandingan dengan jam2 lama berbbanding guna bracelet..itu pandangan peribadi aku jer...tepuk dada tanya minat...