Friday, August 31, 2012

ORIENT Calculator - SOLD

Model digital lama dari Orient seumpama ini memang dah lama pupus dari pasaran kini.
Kalau Seiko dan Citizen boleh dapat lagi model digital moden tapi kalau dari jenama Orient memang payah bebenor nak jumpe. Teman bernasib baik sebab dapat sebijik ni ha.
Tu pun dah tak bernyawa lagi dah. Perlu baiki. Tiada jaminan diberikan kepada pembeli.
SOLD AS IS.
Berminat call/sms - 0165385356 Zul Putera

Jam masih lawa dan full original parts.
Walau dah tak bernyawa tapi masih ada harapan untuk kembali 'hidup' kalau di bawa jumpa 'doktor' beliau.


Panel keyboard calculator yang comel dan unik dengan butang2 punat untuk tekan begitu halus dan unik.



Cop dan ukiran tanda jenama Orient.

Guna dua bijik bateri sekali jalan.

Wednesday, August 29, 2012

Seiko Baby UFO Auto - RM590

Original Japan Made.
Automatic Chronograph.
Dila Masih Cantik Dan Bersih.
Luminous masih bernyawa lagi.

Sila hubungi no ini jika berminat - 012 4571158 (Mokna)











Tuesday, August 28, 2012

Tayang Dulu : Dunia Jam DIGITAL....

Beberapa unit jam lama jenis digital berkuasa bateri untuk tatapan umum.
Sila nikmati gambar2 ringkas yang ada sebagai pengenalan.

Liputan penuh bakal menyusul sehari dua akan datang bergantung kepada kelapangan masa teman seharian...TAPI, kalau yang ngelupor ngelejat nak tau juga perihal jam2 dalam iklan ni sila sms atau call untuk jawapan ringkas dan pantas...

Tiga unit digital rare CITIZEN, BULER dan ORIENT CALCULATOR.

Empat unit CASIO G-Terkejut

Sebahagian jam untuk dijual penghabisan stok...

Monday, August 27, 2012

Bracelet Siver 925 Dragon - SOLD

Bangle perhiasan lelaki/wanita Perak 925 original berkepala naga kembar.
Panjang 20.2cm.
Lebar 1cm.
Tebal 0.3cm.
Berat tak pasti sebab tak timbang.






Wednesday, August 15, 2012

SEIKO UFO kontroversi....SOLD ...

Salam Ramadhan kepada semua pengunjung yang rajin singgah di MyLocken dan tidak lokek RM utk sms risik dan survey harga jam UFO ni. Di sini teman nak jelaskan tentang sesuatu yang baru teman sedari selepas seorang rakan berminat nak beli jam ni. Ini berkaitan penutup belakang jam ni yang jadi kontroversi. Sila baca kalau nak tau..
Begini kisahnya....

Gambar di atas memaparkan gambar penutup belakang Seiko UFO 6138-0011 asal yang teman copy dan pinjam dari sumber internet bertujuan nak buat comparison dengan back case yang tersemat pada jam UFO teman di bawah.

Ini pulak penutup belakang Seiko Big Blue 6138-0030 yang telah digunakan pada Seiko UFO teman ni. Terdapat perbezaan antara rupa paras dua permukaan cover back case ni tapi ia sama dan sepadan dari segi saiz dan ketebalan. Teman beli jam ni dari seorang rakan tapi tak sedar bahawa back case jam ni berlainan. Jadi teman berniat nak jual murah dan balik modal je jika ada yang berminat, tapi andai kalian tak berminat pun tak apa sebab jam ni tidak cacat malah begitu cemerlang mengukur masa. Stop watch pulak back to zero bila reset. Nombor belakang tu je yang lain nya, takde masalah besar pun.

Dial lawa dan bersih. Cermin pun tak calar serius, masih jernih dan telus.

Begitu gagah dengan casing besar dan berat, bracelet jugak tebal dan solid.

Tu dia cuba tengok bijik-bijik seni solid dan pejal yang dijalin menjadi seutas rantai yang memegang jam ni. Jarang nak dapat jam ni dengn rantai asal dia ni sebab kebanyakanya telah 'dirembat' sebelum jam nya dijual. Tak patut perbuatan tu...

Imej jarak dekat memaparkan jarum-jarum yang bertugas sekian lama atas permukaan dial jam ni. jarum2 kecil stop watch dan jarum masa berwarna oren begitu menarik perhatian.

Ini juga antara sebab mengapa aku sayang dan suka jam ni. Yesss...jarum saat yang tepat pada sasaran (pukul 12) apabila stop watch di set kepada zero. Mengagumkan bagi sebijik jam yang berusia puluhan tahun begini.

Casing yang besar, berat, tebal, solid.

Gagah. Itu je yang boleh aku katakan. Ringkas dan padat.

Agak kecik Oris Star tu bila dibandingkan dengan Si UFO ni. Macam anak dengan bapak je gayanya.

Enjin automatik ini tetap original. Masih lancar dan tepat masa.

Ini lah back case Big Blue yang terpasang pada UFO teman ni. Takde masalah dari apa2 segi sekali pun cuma corak dan nombor siri je yang berlainan.


Monday, August 13, 2012

Jualan Murah Di Menjelang Aidilfitri..jom singgah..ALL SOLD

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung yang dihargai. Di hari baik dan bulan mulia ni teman nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua dengan cara tersendiri sebagai seorang ahli dalam dunia horologi ni. Ok, di sini teman berhajat nak jual jam2 yang seperti gambar2 berikut dengan harga yang agak murah dari biasa dan agak rendah dari harga pasaran semasa. Tawaran ini hanya sah sehingga 19-08-2012 (Sabtu). Jadi hanya ada beberapa hari je tawaran ni berjalan. Selepas tarikh itu teman akan letak harga macam asal semula.
Bukanlah ia jadi murah sesangat tapi cubalah call/sms untuk tau sendiri kot2 kena dengan bajet anda boleh lah tambah koleksi yang ada tu. Raya, tetap raya tapi jam tetap di hati...betoi tak? hehehehe...
016-5385356 - Zul Putera

SEIKO UFO
-harga asal RM980, harga selepas less jadi RM....SOLD

PAGOL MERCURY
-harga asal RM650, harga selepas less jadi RM...SOLD

MONDIA SKIN DIVER
-harga asal RM400, harga selepas less RM...


CITIZEN PROMASTER
-harga asal RM350,harga lepas less RM...SOLD

SEIKO DIVER
-harga asal RM350,harga selepas less - SOLD

Bukan yang dalam iklan ni je yang dijual murah tapi barang2 lain dalam blog ini juga sedia dijual murah...call/sms untuk sebarang kemusykilan, TQ.

Thursday, August 9, 2012

Seiko Baby UFO&Orient Calendar FOR SALE...

Dua biji jam lama yang unik dan erotik milik seorang rakan peminat jam lama disajikan di sini untuk dijual. Sebijik Seiko Chrono Baby UFO dan sebijik lagi Orient Calendar.
Gambar terperinci macam yang biasa aku paparkan bakal menyusul kemudian.
Sila hubungi no ini jika berminat-012 4571158 (Mokna)

SEIKO BABY UFO -RM590

ORIENT CALENDAR - RM290

Gambar kenangan mereka dengan rakan2 sebaya yang memang menjadi 'penghuni' MyLocken. Yang chrono biru tu dah jual semalam. Yang lain2 masih dibuka untuk jualan.

Wednesday, August 8, 2012

MONDIA Skin Diver for sale...SOLD

Model diver lama dari Mondia swiss made. Dengan berbekalkan enjin manual winding ia adalah jenis rare pada era ini. Ia dapat dibuktikan dengan terteranya imej seorang penyelam yang sangat seksi kerana hanya memakai 'seluar kecik' dan kaki itik disamping goggle dan alat pernafasan dikhalayak umum pada permukaan case back jam ini yang tak dapat kita tengok pada jam2 moden dewasa ini...

BERMINAT? sila call/sms 016-5385356-Zul Putera

Imej di atas membuktikan bahawa jam ini adalah jam diver sejati yang telah melalui zaman kegemilangan sebelum teknologi canggih dan professional sekarang ini mengambil alih status beliau sebagai peranti masa yang agak tersohor pada zaman remaja nya...

Inilah rupa sebenar Mondia Skin Diver yang telah aku dapatkan dari seorang rakan di Ipoh.
Model ni pertama kali aku perolehi semenjak berjinak2 dengan dunia horologi. Sebut rare nanti risau keterlaluan plak tapi hakikatnya ia memang jarang dijumpai.

Jam ni masih cantik lagi dalam kategori vintaj. Tapi kalau bagi seorang pengumpul jam cantik dan sempurna pasti tak minat sebab golongan ini hanya memburu jam yang tiada cacat cela.

Terus terang aku bagi tau jam ni masih mengekalkan keaslian ciri-cirinya dan hanya crown rasanya telah ditukar kerana ia kelihatan masih baru sejak aku beli dari rakan pemilik asal.
Lain2 ok je, cermin ada calar halus dan perlu polish bagi mengembalikan kejernihan nya.

Dial pun tak lah seteruk mana kalau nak banding dengan usia beliau yang confirm lebih tua dari umur aku sendiri yang dah 30an ni. Apek tempat aku biasa repair jam tu cakap jam ni lahir sekitar tahun 1950an..tak pasti plak aku status hujah dia tu samada tepat ke tidak...yang pasti jam ni memang dari zaman silam...

Tu dia ada perkataan 'Friendship' pada permukaan dial. Unik tu, bukan boleh jumpa pada jam2 moden sekarang...kalau nak beli jam2 moden memang sangat mudah, pegi je butik2 jam terus boleh beli tapi kalau jam lama macam ni puas ber 'google' baru boleh jumpa tu pun kat ceruk rantau negara jauh2...kat Malaysia ni kat MyLocken je ada...hehehhehee..
poslaju baru 7 ringgit je...

Si bogel ni bukan main seronok lagi dapat menyelam sampai tak sedor aksi beliau dirakam dan di abadikan hingga kini dibelakang jam...masih belum pasti lagi identiti beliau yang sebenarnya, anak sapa la ni...

Tibalah kepada imej penjana masa yang tersimpan rapi dalam perut jam ni.
Movement manual winding 17jewels yang masih cantik bersinar bak kepingan emas

Aku fokus dekat2 kasi korang usya bagi pueh ati...ia masih lancar mengira waktu tanpa jemu...

Ni plak cop berukir pada bahagian dalam case back. Kalau bukak case back baru boleh nampak.

Ni lah tangan aku yang bertuah boleh masuk internet. Satu dunia boleh tengok. Muka aku pun tak dapat interframe tapi tangan pulak dapat...hehehhehe..

Kemas bergaya dengan strap nylon zulu 18mm. Tebal gak strap ni dan selesa dipakai.