Wednesday, December 26, 2012

Vintaj ROSKOPF PATENT for sale...SOLD

Jam tangan yang sangat lama usianya tapi berjaya tampil dengan rupa paras yang agak cantik dan kemas. Entah dari mana datang dail yang agak mulus tu tidak diketahui sebab ia sudah pun mengalami kepupusan yang ketara sekali kebelakangan ini. Ia datang dari Kuantan berkelana ke Perak mencari 'tuan' baru. Ini dia ROSKOPF PATENT yang begitu otai sekali...

 Casing bersaiz 34mm agak besar dari kebiasaan jam2 keluaran jenama ini iaitu hanya sekitar 30mm-33mm sahaja yang biasa kedapatan di pasaran. Cermin jenis acrylic berbentuk cembung/dome. Jarum saat pun ikut melengkung ke dalam selaras dengan permukaan cermin yang cembung tersebut. Design begini memang menyerlahkan gaya jam lama/antik.

 Dial berwarna hitam agak cantik dan kurang kesan penuaan. Menurut pemilik asal ia adalah dial gantian tapi ia tetap berstatus asli. Hanya itu info yang saya dapat dari pemilik asal setelah jam ni saya terima. Original tapi gantian bermakna ori juga lah tu kan....

 Crown tiada sebarang tanda jenama tapi sedondon dan sesuai dengan casing. Teman tak tau nak agak samada ia original atau sebaliknya sebab tak pernah tengok pun crown Roskopf yang ada sign apa-apa selama ni....

 Casing jam enjin kunci kebiasaanya memang nipis begini. Ringan dipakai dan bergaya di tangan.

 Permukaan penutup belakang jam penuh dengan ukiran trademark Roskopf.
Ada perkataan dan ada juga kombinasi nombor2 yang membawa maksud tertentu.

 Rupa paras enjin manual winding/kunci 21 jewels. Enjin masih lancar tapi agak lewat sikit menghitung masa sekitar 5 minit dalam sehari (kiraan/ujian secara kasar je tu...).

Masih bergaya di pakai setanding jam2 moden yang lain. Tapi kalau nak lawan dengan jam lama jenama lain ternyata Roskopf masih mendahului carta ke 'otai' an.

Wednesday, December 12, 2012

CITIZEN Automatic - SOLD

Jam lama keluaran Jepun yang sentiasa evergreen di hati pengumpul jam2 lama. Walau tidak sehebat pesaing dari swiss tapi ia ada aura tersendiri dalam kelasnya yang juga tersendiri. Berikut sebijik Citizen Automatik dari negara Jepun untuk dijual murah-murah. 

 Full original parts.

 Dial masih elok dan ada sikit2 je pencemaran akibat dimamah usia yang sangat lama.

 Cop belakang jam.

 Enjin automatic 21 jewels. Lancar dan bagus. Teman dah antor servis dah.

 Crown pun masih original. 'CTZ' tu singkatan untuk Citizen lah....

 Folding clasp ada cop jenama. Ori.

 Casing berbentuk agak unik dan menarik.
Ukuran casing dari sisi kiri ke kanan ialah 39mm.
Ukuran dari hujung ke hujung lug ialah 41.4mm.


Tuesday, December 11, 2012

OMEGA Geneve Automatic - SOLD

 Omega Geneve automatic yang perlu di baik pulih sikit. Disebabkan di daerah teman tinggal takde mekanik handal yang sedia baiki Omega jadi teman ambil keputusan jual je seadanya berpatutan dengan keadaan dan jenama nya yang tak perlu diperkenalkan lagi.

 Rupa yang cantik dan gah tapi ada sedikit masalah enjin. Jarum minit dan jam tak mau bergerak walau jarum saat bergerak cantik dan lancar berpusing 360 darjah tanpa henti. Enjin masih lancar tapi perlu sedikit baik pulih atas masalah seperti yang tersebut di atas.

 Semua part masih ori kecuali strap dan buckle dah takde yang asal. Crown masih asal.

 Cermin pun masih asli. Ada calar2 halus tapi kalau polish jadi suci murni lah semula.

 Box dalam gambar tidak disertakan sebab kawan teman punya, pinjam jap je tu untuk sesi fotografi...

 Ukiran pada permukaan dalam case back cover.

 Tertera kod '20 micron' goldplated pada tengah2 antara dua kaki lug. Ia memberi makna casing jam ni goldplated jadi ia adalah bagus dan tahan lama.

Rupa paras enjin automatic caliber 1022. Enjin bersih dan bersinar keemasan tapi perlu dibaiki kerana mengalami masalah sedikit. Apabila enjin berfungsi dan jarum saat bergerak jarum minit dan jarum jam tak ikut serta, bila adjust secara manual pun kedua2 jarum tu tak ikut serta. Itulah masalah nya atas jam ni. Teman jual murah sebab teman faham dan pasti ia perlu dibaiki dan perlu sejumlah kos. RM450 sangat berpatutan siap poslaju.

Saturday, December 8, 2012

Kamera YASHICA Electro 35 - RM250

Kamera lama Yashica buatan Jepun. Tak pasti bila kelahiranya tapi ia memang unik dengan saiz yang  besar dan material buatan yang baik dan kukuh sangat sesuai dijadikan perhiasan atau koleksi.
Berikut beberapa gambar untuk penelitian lanjut.Check it out...













Friday, December 7, 2012

SEIKO 7005-8062 Automatic-RM120

Jam lama dari Seiko yang masih lancar pergerakanya dan agak tepat masa yang dihitung. Memiliki wajah dan penampilan yang kurang menarik tapi mempunyai 'isi hati' yang bersih dan suci. Soroti gambar2 berikut untuk rujukan kalian.

 Muka tak lah buruk sangat cuma inner ring tu yang dah rosak dan buruk serta perlu tukar. Itu yang menyebabkan muka jam ni kelihatan teruk benor sedangkan ia masih agak baik. Jarum2 ok lagi dan masih ori.

 Casing bersaiz diameter 38mm tak termasuk crown. Agak besar dari model2 Seiko lama yang lain.
Bukaan lug bersaiz 19mm. Saiz berangka ganjil yang jarang ada pada jam moden. Biasanya bersaiz 18mm atau 20mm.

 Permukaan belakang casing memaparkan nombor model dan nombor siri buatan jam ni.

 Enjin dalam kategori terbaik. Walau dah berusia puluhan tahun tapi masih lancar dan mempunyai ayunan rotor yang 'lembut dan ringan'.


Wednesday, December 5, 2012

Ray-Ban Outdoorsman B&L USA - SOLD

Sebijik Ray-Ban vintaj ingin di jual murah sesuai dengan kondisi dan berpatutan dengan harga ditawarkan. Model buatan USA yang telah mengalami kepupusan kekal dan tiada ganti nya lagi dari segi mutu buatan dan kualiti. Yang banyak dijual di kedai2 kini ialah buatan Italy oleh syarikat Luxotica. For info, kualiti buatan Italy juga bagus tapi tinggal lagi ia bukan tergolong dalam kategori colletible item(s).

Frame berwarna hitam ini telah pudar warnanya dan ada juga kesan warna hitam tersebut telah lekang dan menampakkan material dalaman iaitu besi asal frame. Walau bagaimana pun ia masih selesa dipakai tatkala sang matahari mencabar ketajaman mata dengan suluhan cahaya kehidupan..

Kedua-dua lense kiri dan kanan terdapat kesan calar-calar pada permukaan nya.
Sungguh pyn begitu ia tidak menghalang pandangan si pemakai kerana ia fenomena biasa bila menghadapai barangan lama terpakai.

'Kaki' jenis cangkuk pun dah pudar dan lekang warna serta balutanya tapi ia masih boleh dipakai dengan selesa.



1. Perkataan 'B&L RAYBAN USA' masih jelas terukir pada permukaan besi tengah antara dua cermin.
2. Skru berwarna emas adalah skru baru kerana skru asal berwarna hitam telah rosak.
3. Nose pad juga adalah baru ditukar kerana yang lama juga telah rosak.

Pandangan sisi spek.

Zoom dari bawah menampakkan frame yang telah sedikit rosak di mamah usia. Ori...vintaj...

Tuesday, December 4, 2012

SEIKO Sportsmatic Auto - SOLD

Sebijik jam Seiko yang agak istimewa dalam kategori jam lama keluaran Seiko Japan. Model Sportsmatic dianggap agak istimewa kerana enjin jam ini tidak lagi dikeluarkan dan reka bentuk enjin pun agak baik dan mampu menyaingi model2 buatan swiss.

Model edisi Sportsmatic ini mampu bersaing dengan model2 lain seperti SeaLion dan lain2 model istimewa seangkatan denganya keluaran Seiko Japan.


Jam ni dah takde bracelet asal jadi teman pasangkan aje dengan strap kulit jenis biasa macam dalam gambar tu. Kalau anda beli jam ni nanti pasangkan lah dengan strap atau pun bracelet yang lebih baik kerana jam ni hebat so biarlah aksesori nya pun hebat juga,

Walau pun dah berusia puluhan tahun tapi rupa paras dan keupayaan enjin menghitung masa tetap unggul dan stabil macam jam2 moden juga. Itulah antara kelebihan jam2 lama ni iaitu material nya sangat berkualiti dari pelbagai segi.

Dress watch vintage style....

Dalam lakaran bulatan  merah di atas menunjukkan tempat di mana perkataan 'DIASHOCK 17 JEWELS' terletak tapi ia dah pudar akibat dimamah usia.
Casing bersaiz 37mm tidak termasuk crown.

Pakai strap biasa pun anggun apatah lagi kalau  pakai bracelet,

Casing agak tebal kerana nak menampung saiz enjin yang agak tebal juga berbanding model2 lain.
 Mengikut kod pada nombor siri jam ni ia lahir pada bulan Jun 1976 so ia dah berumur 36 tahun!
Lebih setahun dari umur teman sendiri! (teman lahir pada Mei 1977)

  
Enjin 7625D 17 jewels,

Enjin agak bersih dan lancar walau dah berusia puluhan tahun.