Monday, October 29, 2012

Koleksi ZIPPO untuk dijual

Beberapa bijik pemetik api bergaya jenama Zippo original USA untuk dijual. Tiga model dan rupa paras yang berbeza boleh anda miliki kini secara sah dan murah sebab teman nak jual kira cincai dan tak ikut harga lama yang pernah teman iklankan. Ni kira jualan balik modal je ni sebab nak pusing modal nak beli yang lain pulak. Teman ni bekas perokok,dah tinggalkan amalan merokok ni lebih kurang 10 tahun dah tapi minat simpan Zippo ni sebab ia unik dan collectible. Bukan nak cari untung sangat tapi seronok dapat jual dan puas bila dapat memiliki walau pun untuk jangka masa singkat je. Anda pun collector juga so anda pasti faham 'perasaan' tu.

So ini harga baru yang sedia teman tawarkan kepada yang berminat memiliki nya.
RODEO RM160 kini SOLD 
75 YEARS ANNIVERSARY RM175 kini RM130 
SILVER CASE RM130 kini SOLD

Ini rupa paras Zippo2 tu. box hitam kat atas tu Rodeo punya sebab ia NOS. Yang dua bijik lagi tu dah takde kotak nya dah.

Ni pulak imej pada bontot lighter2 ni. Ada beberapa text dan kombinasi nombor2 sebagai kod untuk beberapa maksud yang collector tegar lighter Zippo ni pasti faham.

Sunday, October 28, 2012

PAGOL 3 sekawan - ALL SOLD,

Jualan secara pakej 3 unit PAGOL vintaj RM1100. Harga bagi tiap sebijik ialah Pagol Mercury-RM560, Pagol M5-RM380, Pagol 424-RM380. Lebih jimat jika beli secara pakej 3 bijik sekali jalan (saved RM220!). Ketiga-tiga jam unik ini dah terjual. SOLD.TQ.

Gambar berikut pulak ialah 3 unit jam lama dengan kesemuanya mempunyai dial berwarna hijau. Jika ada yang berminat sila rujuk iklan penuh di ruangan list jenama barangan di sebelah kanan anda untuk rujukan terperinci berkenaan ciri2 dan harga bagi setiap satu. OMEGA GENEVE BEAUTIFUL (sold), MONDIA SKIN DIVER (sold), TITONI SPACE KING (available). Kalau kena harganya ia akan jadi milik anda.


.


Friday, October 26, 2012

OMEGA Geneve - SOLD

Omega Geneve yang sangat cantik dan full original parts. Dial yang bersih dan unik dengan warna two-tone kombinasi hijau-hitam. Movement caliber 1012 berfungsi dengan lancar dan tepat masa. Jam ini berasa dalam keadaan sangat mulus fizikal dan dalamanya kerana ia jarang dipakai kerana ia adalah jam koleksi oleh pemilik asal.Begitu jarang untuk ditemui jam lama dalam keadaan cantik dan sempurna begini.
Gambar2 terperinci disediakan boleh menceritakan segalanya, nak tulis macam2 pun rasa malas sebab ia dah jelas dan tak perlu bersuluh lagi. Jika kena gaya perbincangan ia akan jadi milik anda dan harga asal iklan teman sebelum ni iaitu RM2300 pasti akan menyusut pantas seimbang dengan budi bicara.
Jika berminat sila call atau sms 016-5385356 (Zul Putera).















Friday, October 19, 2012

DALIL Satellite Automatic-SOLD

Dalil Satelitte Automatic. Saiz casing 35mm tidak termasuk crown. Condition masih cantik seperti dalam gambar disertakan. Enjin lancar dan tiada sebarang masalah.
Add caption

SEIKO 5 Sports Automatic


Seiko5 Sports yang masih cantik dan collectible. Enjin automatic. Cermin tebal dan tidak bercalar kasar. Bezel boleh laras dwi-arah. Casing stainless steel bersaiz  38mm tak termasuk crown x 43mm dari lug ke lug. Enjin berfungsi sempurna dan begitu juga kalendar.










Thursday, October 18, 2012

UNTUK DIJUAL : SWATCH Irony Automatic

Swatch Irony Automatic 23 jewels. Saiz casing 37mm tidak termasuk crown. Semua part masih asli asal ori. Amat susah nak jumpa model automatic dari jenama Swatch ni walau pun ia buatan swiss. Model ni kalau tak silap teman keluaran 1994. Walau begitu ia masih berfungsi dengan baik dan lancar. Yang lebih menggembirakan ialah ia datang dengan fizikal seperti asal, semua part masih original. Jam collectible macam ni jangan lepaskan ia disambar orang!








RADO Diastar Oval - SOLD

Dia datang dengan box dan paper bag. Kemas bergaya dengan pakej lengkap sebagai salah satu koleksi terbaik di MyLocken. Berbekalkan reputasi yang baik dan terpuji Rado Diastar yang mulus ini sedia dijual di sini kepada sesiapa yang berminat.

Add caption









Sunday, October 7, 2012

NOS ZIPPO Rodeo 2002 - SOLD

Zippo Original NOS keluaran tahun  2002 (dah 10 tahun tu...). Kondisi masih bersih dan lawa sebab tak pernah guna lagi (nama pun NOS...). Lengkap dengna box asal dan cert guarantee dalam box. Emblem 
berilustrasikan cowboy sedang bermain sukan rodeo.