Friday, May 31, 2013

CITIZEN Digital Multifunction - RM180 (4U2fix)

Al-kisah jam ni dah lama teman simpan walau tak berapa popular dikalangan peminat jam lama tapi ia ada kelebihan tersendiri. Bagi peminat jam digital lama, jam ni antara buruan mereka kerana ia sangat jarang kedapatan dan lebih2 lagi ia lahir dari salasilah keluarga jam antara tiga terbaik dari Jepun iaitu Citizen.
Berminat sila call/sms - 016 5385356 Zul Putera

Semua part masih original.
Dah tak berfungsi. Mungkin perlu baik pulih sebab teman dah cuba pasang bateri baru tapi masih tak mau hidup. Perlu cari mekanik untuk baiki. SOLD AS IS. Tiada paksaan.

Enjin teman dah buka dan tengok tapi lupa nak sertakan gambar enjin.
Enjin original dari Citizen. Model enjin 4 jewel. Masih bersih dan tiada lumut atau karat.




Monday, May 27, 2013

WAYFARER B&L USA (need some repair) - RM250

Kacamata jenama Ray-Ban by Bausch&Lomb USA. Model Wayfarer.
Cermin kaca G-15 terdapat calar2 pada permukaan cermin.
Perlu sedikit selenggara dan perlu baiki sikit spek ni.








TITONI 14K Gold Rim - SOLD

Sekian lama model ini tidak lagi muncul di mana2 blog penjual jam tanah air kita. Kini di simpanan teman ada sebijik untuk dijual berpatutan dengan kondisinya. Kondisi keseluruhan agak bagus juga dan sesuai dijadikan koleksi. Model agak jarang dan sering diburu peminatnya yang tersendiri.

Walau bukan box asal tapi ia sepadan dan sama usia...box vintaj..

Dial jam ini boleh diteliti sepenuhnya dulu,tak berapa cantik tapi sangat unik...kenapa unik???
a. Terdapat satu batu permata pada setiap marker jam,batu2 ini bukan sebarangan batu sebab menurut rakan yang 'pandai batu' berkata ia adalah jenis batu yang mempunyai nilai carat yang tertentu.
b. Rim (fluted) dibuat dari emas solid 14K.
c. Diameter casing 38mm iaitu lebih besar dari model Cosmo King biasa yang mempunyai rim fluted biasa (bukan emas 14K)

Crown original, tegap dan besar.

Ukiran yang sangat berseni, kadangkala rasa sayang untuk dilepaskan...

Enjin automatik boleh berfungsi dengan cara auto atau pun cara kunci,

Tertera simbol '14K' pada case back jam ini sebagai bukti ia adalah Cosmo King 14K rim yang sebenar bukan model Cosmo King biasa...

Bracelet two-tone bukan yang asli tapi ia sepadan dan boleh digunakan. Bracelet asal tah ke mana tak pasti sebab sewaktu dapat jam ni dari pemilik asal keadaanya dah memang begitu.

Berpatutan dengan harga...

Friday, May 24, 2013

ORIS Anti-Shock - SOLD

Oris vintaj original swiss made. Jam ber enjin kunci. Masih berfungsi baik.
Jual murah RM220 nego...mana nak cari jam vintaj Oris murah begini....
Call/sms : 016-5385356 Zul Putera
Ukiran pada penutup belakang jam Oris vintaj ini sangat unik dan menarik...
Sangat anggun dan sedondon jam ni bila dipasangkan dengan bracelet 'reel keretapi' yang juga rare dan vintaj...
Ni imej penuh back case jam ni....
Rupa paras enjin dan suasana dalam 'engine room'...
Masih elok dan jalan lancar...
Enjin Oris lama memang begini, simple dan kemas manakala enjin moden terkini memaparkan rotor berwarna merah sebagai trademark,





Super RARE BULER Digi-Ana - RM480

Rare digital analog dari swiss. Semua part masih asal/original.
Berfungsi baik. Bukan mudah nak jumpa jam digital bautan Swiss. kalau anda rajin sila Google jenama Buler Swiss Made ni dan anda akan dapati bahawa model inni begitu jarang dikeluarkan.
Berminat call/sms 016-5385356 Zul Putera.




 





Tuesday, May 14, 2013

Used BREITLING COLT CHRONOMETER ORIGINAL

Antara jenama jam paling popular di kalangan jenama2 mewah yang lain.
Masih berfungsi dengan baik dan masih kelihatan menawan.
Trademark bracelet yang dibentuk sedikit 'senget' pada semua bracelet Breitling membuat jam ini mudah dikenali apabila ia tersemat di tangan sesiapa saja.