Showing posts with label Jam Dinding. Show all posts
Showing posts with label Jam Dinding. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Kienzle 3 Kunci - RM3500

-Original Kienzle 3 Kunci Made in Germany
-Body kayu solid dan tebal (original)
-Enjin lancar dan tepat masa
-Berbunyi dengan indah dan merdu setiap 15 minit
-Condition keseluruhan sangat baik....
*call/sms 016-5385356 (Zul Putera)



Wednesday, October 5, 2011

Jam Dinding 2 Kunci STAR-SOLD

-Jam dinding lama jenama Star
-Rupa paras yang menarik tapi perlu repair sikit
-Sila teliti gambar untuk lebih kepastian dan status beliau...
-Harga jualan yang sangat murah untuk sebuah jam lama/antik..
-Harga semasa bagi jam yang dalam keadaan sempurna tak payah servis sekitar RM350-RM480
-Di MyLocken HANYA RM180 siap poslaju dan hanya perlu selenggara sikit saja...

Pemandangan side depan jam ini yang sememangnya masih cantik kayu asasnya. Bahagian depan takde terkopek atau pecah tapi bahagian belakang ada sikit kesan terkopek pada permukaan papan (lupa snap gambor utk bhgn blkg...)

Side kiri dan kanan body kayu jam ni juga masih elok dan tak rosak.

Bahagian dalam juga elok dan bersih.

Muka jam ni masih cantik dan mulus...sudah nak dapat lawa macam nih...

Ni parts jam nih...bandul masih lawa dan berkilat...sepasang jarum masih elok dan lurus serta mengekalkan warna hitam asal...cuma kunci dan rosak pada bahagian pemegang untuk pulas tapi lubang pada kunci masih elok dan boleh guna dengan sempurna...itu dia kelebihan dan kekurangan jam nih...

Enjin original tapi rasanya perlu servis sebab jam ni saya simpan dalam keadaan tidak digunakan jadi tak pasti enjin berfungsi sempurna atu tidak...


Anak panah menunjukkan satu bahagian yang mana jika kita tarik ke bawah akan menyebabkan bunyi terhasil secara manual, ia telah saya uji sendiri dan ternyata ia masih mamapu menghasilkan bunyi paluan yang kuat..lain2 tak pandai sebab sebenarnya bidang jam dinding ni tak berapa tau...siskit2 tau lah tu pun rujuk dari kawan2 peringkat otai...
-DIJUAL SEADANYA..SOLD AS IS...FOR YOU TO FIX IT-

Wednesday, January 5, 2011

Junghans Made In Germany...BOTH SOLD

*Jam tangan SOLD...
*Jam dinding 3 kunci SOLD

JUNGHANSS

made in germany

Kembali mOeneliti iklanL jam 3 kunci GeDrmany ini tapi kali ni saya gandingkan dengan saudaranya dari kalangan jam tangan yang sekampung denganya. Kita sedia maklum model 3 kunci memang sukar nak dapat lagi sekarang ni tapi boleh juga cari dari pengumpul-pengumpul jam dinding asalkan ongkos nya ada tapi kalau jam tangan Junghans macam yang dalam gambar ni memang jauh lebih susah nak cari, jadi gandingan Junghans ni adalah satu pakej yang memang jadi idaman penggemarnya.


JAM TANGAN JUNGHANS
-enjin jenis manual winding/kunci
-15 jewels
-saiz casing kategori boy size
-enjin lawa dan berfungsi dengan baik
-dial bersih dan cantik tapi ada kesan terkopek sikit berhampiran pukul 9
-enjin cantik, bersih dan bersinar


JAM DINDING JUNGHANS
-model 3 kunci
-keadaan sangat elok dan berfungsi dengan baik (dah servis)
-semua part masih asal
-menghasilkan irama yang jauh lebih merdu dan unik berbanding model 2 kunci
-kualiti keseluruhan adalah masih baik, jangan mengharap keadaan cantik seperti dari kedai kerana ia barang antik yang dah berusia puluhan tahun so faham2 lah....

















Monday, December 28, 2009

MEGA RARE : Jam 3 Kunci Made In France - SOLD

Jenama : CARILLON ROMANET F.F.R
Buatan: PERANCIS
Model : VERITABLE WESTMINSTER
Jenis Kunci : 3 LUBANG


Keseluruhan permukaan hadapan badan jam dilitupi cermin yang dihiasi ilustrasi bunga-bungaan yang masih jelas dan cantik sekali.

Bersinar dan berseri bila terkena cahaya kerana permukaan cermin masih bersih dan berseri.

Tinggi : 58cm
Lebar : 44cm
Tebal : 17cm

Fokus dekat imej bunga yang sangat cantik walau jam ini telah berusia puluhan tahun.

Muka jam yang bersih dan masih mengekalkan keaslian seluruh aksesori dan komponen nya.
Di sertakan di situ kunci pelaras yang diperbuat dari tembaga juga yang asal sejak jam ini dibuat.

Logo trademark jenama jam ini juga masih jelas pada permukaan depan badan jam.

Bahagian dalam jam ini juga masih kemas dan masih mengekalkan ciri2 asal.

Kelihatan sebahagian imej enjin nadi penggerak jam ini yang berfungsi dengan sempurna menghitung masa dan menghasilkan bunyi paluan gong yang sentiasa dinanti-nantikan.

4 komponen paluan gong di sebelah kiri berfungsi secara berselang seli antara satu sama lain dan menghasilkan irama yang merdu dan sedap didengar setiap 15 minit masa berjalan dan pada tepat setiap jam.
4 komponen paluan di sebelah kanan pula berfungsi membuat paluan gong setiap tepat sejam mengikut jumlah jam yang disinggahi nya. Kalau singgah pada pukul 8 maka lapan kali lah ia mengetuk gong tersebut.


Bandul ayunan diperbuat dari plate tembaga yang berbentuk segi lapan (oktagon) masih elok dan berfungsi dengan baik.