Monday, December 28, 2009

MEGA RARE : Jam 3 Kunci Made In France - SOLD

Jenama : CARILLON ROMANET F.F.R
Buatan: PERANCIS
Model : VERITABLE WESTMINSTER
Jenis Kunci : 3 LUBANG


Keseluruhan permukaan hadapan badan jam dilitupi cermin yang dihiasi ilustrasi bunga-bungaan yang masih jelas dan cantik sekali.

Bersinar dan berseri bila terkena cahaya kerana permukaan cermin masih bersih dan berseri.

Tinggi : 58cm
Lebar : 44cm
Tebal : 17cm

Fokus dekat imej bunga yang sangat cantik walau jam ini telah berusia puluhan tahun.

Muka jam yang bersih dan masih mengekalkan keaslian seluruh aksesori dan komponen nya.
Di sertakan di situ kunci pelaras yang diperbuat dari tembaga juga yang asal sejak jam ini dibuat.

Logo trademark jenama jam ini juga masih jelas pada permukaan depan badan jam.

Bahagian dalam jam ini juga masih kemas dan masih mengekalkan ciri2 asal.

Kelihatan sebahagian imej enjin nadi penggerak jam ini yang berfungsi dengan sempurna menghitung masa dan menghasilkan bunyi paluan gong yang sentiasa dinanti-nantikan.

4 komponen paluan gong di sebelah kiri berfungsi secara berselang seli antara satu sama lain dan menghasilkan irama yang merdu dan sedap didengar setiap 15 minit masa berjalan dan pada tepat setiap jam.
4 komponen paluan di sebelah kanan pula berfungsi membuat paluan gong setiap tepat sejam mengikut jumlah jam yang disinggahi nya. Kalau singgah pada pukul 8 maka lapan kali lah ia mengetuk gong tersebut.


Bandul ayunan diperbuat dari plate tembaga yang berbentuk segi lapan (oktagon) masih elok dan berfungsi dengan baik.