Showing posts with label *Jam Perlu Repair. Show all posts
Showing posts with label *Jam Perlu Repair. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

OMEGA Deville for Princess - RM550 4u2fix

Jam mewah lama untuk wanita. Omega DeVille yang tak asing lagi di dalam keluarga Omega.
Jam ni masih cantik tapi perlu baiki sebab shaft&crown dah takde. Perlu cari pakar untuk dapatkan barang2 tersebut untuk baiki.

Rupa paras yang sangat cantik dan menawan. Kelihatan amat menarik dan berketrampilan mewah. Kalau model begini dikeluarkan pada era kini mungkin harganya mencecah belasan ribu ringgit.

Dial bersih, ringkas dan kemas dengan hanya terdapat empat penjuru marker dan 2 bilah jarum pengukur masa.

Bracelet mess wire melekat terus pada casing 10 micron Omega ini tanpa boleh ditukar ganti.


Tu dia luabang shaft dan crown yang hilang dan perlu diganti baru. boleh dapat lagi di bandar2 besar yang ada tukang2 jam lama. Di kawasan teman ni ketandusan mekanik jam yang mahir dan teknologi terkini. So kenalah intai2 lokasi lain yang lebih bagus.

Rupa paras enjin quartz 10 jewels. Masih bersih dan tiada kecacatan. Semua komponen masih ditempatnya. Hanya shaft&crown je takde.

Enjin quartz yang jauh berbeza design nya dari model2 quartz buatan jenama lain.

Buckle jenis 'jewellery lock'. Depan belakang ada cop logo jenama Omega.

Monday, April 16, 2012

SEIKO DIVER 6309-7290 Auto 4U2FIX -SOLD

Jam siri diver jenama Seiko untuk dijual sebagai koleksi boleh atau nak jadikan spare-part pun boleh, up 2 u...
-Model 6309-7290 yang sentiasa jadi buruan penggemar Seiko Diver.
-Automatik 17 jewels.
-Jual murah sikit dari normal price sebab jam kurang sempurna, walau begitu ia befungsi dengan baik.
Poslaju tambah RM7 shj.


Jam ni masih berfungsi dengan elok cuma ada beberapa kekurangan.

Kekurangan yang pertama : CROWN DAH TAK BOLEH NAK LOCK, PERLU BAIKI UNTUK KEMBALI SCREW DOWN CROWN. PELARASAN MASA DAN KALENDAR TIADA SEBARANG MASALAH.


Kekurangan kedua : CERMIN SEDIKIT BERCALAR dan BEZEL INSERT DAH PUDAR.

Bezel lawa lagi tuuuuu!

Bezel insert dan agak pudar dan perlu tukar lain untuk nampak lebih kemas.


Dalam bulatan adalah no siri model jam ini 6309-7290.

Imej movement automatik jam ini. Enjin masih lancar dan bersih.
Original Jepun. Cuma sebab beberapa kekurangan tersebut si atas je aku jual murah jam ni,
kalau sempurna memang Rm400 ke atas lah....

Kalau beli untuk pakai pun boleh sebab ia masih runnning condition tapi kena berhati2 dengan aktiviti melibatkan air sebab crown tak boleh lock (dah bagitau kat atas tadi psl hal ni....).
Kalau nak buat spare-part pn boleh sebab semua elok lagi dan original plak tu...cuma strap je murah aku pasangkan...(sssst RM15 je satu strap, jgn bgtau org ...hehehehe)

Sunday, November 22, 2009

Vintage BULOVA Super Seville - 4u2fix - RM130


Salam kepada semua...jam ini dah lama tersimpan tapi terjumpa balik masa sebok cari barang lain jadi dari dia reput camtu je boleh gak jual kalau ada yang minat...jam ni perlu baiki sebab dah tak bergerak lagi nadinya..tapi rasanya boleh lagi tu sebab semua komponen nya masih ada lagi...tengok2 lah dulu kot berkenan...