Showing posts with label Pagol 1000. Show all posts
Showing posts with label Pagol 1000. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Paparan Lengkap PAGOL 1000 Vintaj-SOLD

Model siri 1000 yang tidak asing lagi dalam keturunan Pagol Swiss Made.
Automatik dan full original. Men saiz. Pasti puas hati dalam kategori vintaj.
"Hanya jauhari mengenal manikam"

Emblem '1000' yang jadi kebanggan model ini kerana ia tidak banyak dan susah nak dapat.

Permukaan dial yang agak cantik walau ada sikit2 kesan penuaan tapi lanskap dia memang 'A'..
1. Pokok kelapa kat pukul 12 - RARE BANGAT
2. Marker batu orange kat pukul 9 dan 3 - JARANG-JARANG ADA
3. Ruang kalendar menegak-KADANG-KADANG ADA
4. Jarum jam fancy ada kaler oren dan biru - SIKIT-SIKIT ADA

Bracelet dan folding clasp ORIGINAL.

Batu marker warna oren tapi tak tau kelas jenis batu apa yang digunakan tu..kalau rujuk dengan ahli yang 'main' batu cincin pasti boleh dapat jawapanya...

Pokok kelapa kat pokok 12 nih kali kedua aku dapat dalam tempoh lebih kurang 4 tahun so boleh panggil rare ke tidak keadaan ni? hehehhee

Crown pemulas confirm original!

Penutup belakang casing ni ada kesan gosok pada setiap lekuk2 untuk letak tool pembuka dia tu, mungkin pemilik terdahulu gosok sebab banyak sangat kesan terkopek atau sumbing kot masa kerja2 membuka...tapi jangan risau ia elok dan tidak cacat...

Movement automatik yang sangat lancar dan berfungsi tepat masa.
Kebersihan enjin juga di tahap mengagumkan...memang bersih berseri!

25 jewels automatik swiss made

Folding clasp original

bracelet yang bercorak sangat klasik...kalau tak silap ada juga brand Enicar guna bracelet corak macam nih..tak pasti sapa tiru sapa...janji ORI...

Menanti tuan baru...ANDA KE YANG BERTUAH TU? APA, MAHAL SANGAT? BUKAN SAJA2 LETAK MAHAL TAPI MODEL NI MEMANG SUSAH DAPAT ...itulah harga untuk barang yang hampir pupus....

Thursday, July 22, 2010

PAGOL 1000 Two Tone Auto - SOLD

PAGOL1000
-two-tone Automatic
- diameter casing : 40mm X 44mm
- enjin jenis automatic 25 jewels
- masa berfungsi dengan baik





























Sunday, May 30, 2010

PAGOL 1000 AUTOMATIC - SOLD

PAGOL 1000
Model rare dan sentiasa jadi buruan penggemar Pagol.

Seperti model 2000 dan 5000 yang pernah saya siarkan sebelum ni, model 1000 ni juga tidak kurang hebatnya malah first time saya dapat sejak sekian lama mencarinya.
Semua part masih original (rujuk gambar disertakan untuk kepastian). Enjin automatik 25 jewels.
Pergerakan enjin elok dan cemerlang menghitung masa.
Kalendar day/date elok dan berfungsi dengan baik.



dial ada sedikit kesan penuaan tapi tetap lawa dengan pokok palma masih segar menghijau..
kusam dan pudar tu biasalah untuk kategori vintaj...diameter casing : 36mmx44mm

Cara-cara melaras kalendar jam ini:
1.Untuk melaras hari (monday-sunday) tarik keluar crown dan putar jarum minit mengikut putaran jam mengikut masa 24 jam sehingga panel yang memaparkan hari menunjukkan perubahan hari dari satu hari ke hari yang berikutnya mengikut hari yang anda pilih untuk di set kan. Ok selesai bab day/hari.
2.Untuk melaras haribulan (1-31) tarik keluar crown dan putar jarum minit mengikut putaran jam hingga masa menunjukkan pukul 12. Kemudian undurkan putaran ikut arah lawan jam hingga masa menunjukkan pukul 8. Putar semula jarum minit mengikut arah jam hingga masa menunjukkan pukul 12 dan ulang beberapa kali hingga panel yang memaparkan tarikh menunjukkan perubahan tarikh. Ok selesai.

terdapat 2 ketul batu 'permata biru' pada pukul 6 dan pukul 9...aku memang kagum dengan lanskap jam ni...unik dan menarik...vintage always no 1!

bracelet seakan rupa paras kepunyaan model Titoni Space Star tapi pak cik collector otai yang jual jam ni kat aku kata memang ori dan katanya dia dah simpan jam ni 6 tahun dalam rupa paras macam ni..wallahualam.

rim cantik macam Rolex/Cosmo King, marker permata biru dan logo angka 1000 sebagai trademark model rare..

crown masih asal, tulin, original..

folding clasp original bercop luar dan dalam

ni cop kat bahagian dalam folding clasp

back case masih elok takde sumbing atau bocor..

rotor comot sikit, aku pun tak tau macam mana boleh jadi macam tu..sekarang aku sedang cari rotor baru kalau dapat untuk tukar rotor ni biar cantik berseri sikit...tapi yang ni pun elok befungsi dengn baik..takde masalah sebenarnya cuma kurang cun jer...

cop kat bahagian dalam penutup belakang casing...switzerland