Showing posts with label Rado. Show all posts
Showing posts with label Rado. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

RADO VOYAGER AUTOMATIC - SOLD

As Salam...Seutas Rado Voyager vintaj untuk dijual..
All original parts...jalan lancar dan bagus.
Call/whatsapp 016 538 5356







Thursday, April 10, 2014

RADO Starliner 999 Auto - SOLD

Model dari Rado yang agak jarang kedapatan dengan saiz diameter yang agak besar iaitu 38mm.
Enjin automatik lancar dan berfungsi baik disamping kalendar hari bulan yang juga berfungsi baik.
Dial bersih dan cermin acrylic juga bersih merupakan bonus kepada pemilik jam vintaj yang berusia puluhan tahun ini. Peminat dan pengumpul jam Rado pasti tak mau terlepas salah satu model jam berseni dari pembuat jam tangan swiss made ini.Crown masih original.
call/whatsapp : 016 538 5356





Wednesday, March 26, 2014

RADO Quartz - SOLD

Sesekali teman tampilkan pulak jam quartz kat sini.
Kerap kali dihidangkan dengan enjin auto dan manual jadi kali ni kita cuba layan jam bateri pulak.
Tapi jam ni bukan sebarangan juga. Ia buatan Rado swiss made.

 Dial jam berwarna brown masih elok, cum ada sedikit kesan2 penuaan dimamah usia.
Cermin kaca flat ada calar sikit. Biasa lah tu dah berusia puluhan tahun kan....

 Cun dipakai dan pasti tepat dalam menghitung masa berbanding jam auto atau 
manual yang perlu penjagaan lebih rapi dan teliti.

 Bracelet ini adalah model vintaj juga. Ia bukanlah original buatan Rado tapi teman pasangkan pada jam ini sebab ia sangat sesuai dan sama saiz flat end dia dengan lug jam ni.
Kalau diteliti dari segi design bracelet ni jelas ia adalah design vintaj yang bernilai lebih RM100 jika dijual berasingan di pasaran biasa.

 Crown kecil dan comel ni masih original dan ada logo sauh Rado. Terbaik.

 Back case berukir pebagai perkataan tertentu yang membawa maksud ia original dan diiktiraf.
Nombor siri produk juga ada terukir di situ.

Ini lah dia rupa paras enjin quartz buatan swiss.
Seperti kebiasaan enjin quartz swiss yang diguna pakai oleh jenama lain seperti Tissot, Omega, Bulova, Titoni dan lain-lain lagi papan enjin jam adalah berwarna biru dan gold.
Sangat berbeza dengan design model dari jepun dan lain2.

Clasp yang sangat ringkas dan mudah di buka-pakai.

Sunday, December 8, 2013

Vintaj RADO Golden Gazelle Auto - SOLD

Jam dari Rado yang memiliki keluarga yang besar dalam pengeluaran model.
Kali ini teman tampilkan model Golden Gazelle.
Enjin auto ETA 2789-1, 17 jewels.
Crown original. Strap kulit biasa. Enjin dan kalendar jalan lancar.
Diameter casing 38mm.









Sunday, December 1, 2013

Vintage RADO Quartz - RM250

 Rado original swiss made
Enjin quartz swiss
Kondisi keseluruhan masih bagus lagi.
Cermin kaca, crown original bertanda jenama Rado.
Diametr casing stainless steel ialah 35mm x 38mm.






Wednesday, November 21, 2012

UNTUK DIJUAL : Rado Diastar Automatic..SOLD

Sebijik Rado berkilau dan berseri sebagai buah tangan terbaru dari MyLocken untuk anda yang rajin singgah menjengah tak kira secara sengaja atau tidak di myLocken.blogspot nih..yang penting kita kawan dan berkongsi ilmu tentang horologi tak kira moden atau antik....
Sebijik skuter dan sebijik jam Rado..mana satu pilihan anda?

Rado Diastar ni berkeadaan sangat cantik dan sangat mulus...warna keemasan masih jelas berkilau tanpa ada sebarang kesan pudar atau cacat...

Dial sangat bersih seakan brand new dari kedai walhal ia terpakai (2nd hand), dial cantik juga berwarna emas dihiasi batu permata sebagai marker sebanyak 11 bijik. Jam ni agak mahal di butik Rado tak kira di negeri mana tetapi di MyLocken ia berpatutan dan mampu milik.

Cermin sapphire crystal kalis calar, permukaan cermin bersegi-segi seperti potongan berlian. Casing jenis scratchproof hard metal bersalut warna kuning emas...

 Sentiasa cantik dan bergaya dipakai , warna kilauan emas tersebut sangat menarik perhatian dan  berkelipan bila terkena cahaya tak kira siang atau malam,

Jam mewah terpakai yang masih cantik bergaya..nak beli baru dari kedai jauh beza harga nya...di sini walau terpakai tetapi condition menyamai yang beru dari kedai..so mana lebih untung?

Bracelet jenis stainless steel yellow plated...ukuran diameter bracelet agak besar dan sesuai untuk tangan lelaki dewasa normal,

 Folding clasp ada cop jenama Rado di luar dan di dalam. Untuk info jam ini adalah model yang agak terbaru dari Rado dalam model Diastar seumpama nya dan ia ada beberapa perbezaan kecil tapi agak ketara dibandingkan dengan model yang terdahulu. Antaranya ialah lock pada folding clasp kini jenis picit/tekan pada kiri-kanan clasp manakala yang terdahulu mneggunakan cara cungkil dengan kuku/jari pada hujung clasp. Ternyata pembaharuan ini lebih mudah dan selesa digunakan.

 Imej permukaan penutup belakang jam. Ada perkataan-perkataan tertentu merujuk kepada keaslian dan trademark jam ini, kombinasi nombor sebagai kod bagi makna tertentu pun ada,

Pandangan sisi jam yang menampakkan potongna cermin jenis bertingkat-tingkat seperti potongan berlian. Cermin ini jenis Sapphire Crystal-kalis calar.

Imej permukaan dial jam ketika berada di dalam gelap, jarum jam dan minit serta di sisi marker terdapat luminous jenis super-luminova yang tidak terdapat pada model Diastar sebelum ini (jika saya silap harap betulkan...) sebab ini merupakan Diastar yang ke-5 teman miliki dan hanya pada model ini teman terperasan akan cahaya luminous ini ketika gelap....sorry my bad...

Thursday, October 18, 2012

RADO Diastar Oval - SOLD

Dia datang dengan box dan paper bag. Kemas bergaya dengan pakej lengkap sebagai salah satu koleksi terbaik di MyLocken. Berbekalkan reputasi yang baik dan terpuji Rado Diastar yang mulus ini sedia dijual di sini kepada sesiapa yang berminat.

Add caption