Sesekali teman tampilkan pulak jam quartz kat sini.
Kerap kali dihidangkan dengan enjin auto dan manual jadi kali ni kita cuba layan jam bateri pulak.
Tapi jam ni bukan sebarangan juga. Ia buatan Rado swiss made.
Dial jam berwarna brown masih elok, cum ada sedikit kesan2 penuaan dimamah usia.
Cermin kaca flat ada calar sikit. Biasa lah tu dah berusia puluhan tahun kan....
Cun dipakai dan pasti tepat dalam menghitung masa berbanding jam auto atau
manual yang perlu penjagaan lebih rapi dan teliti.
Bracelet ini adalah model vintaj juga. Ia bukanlah original buatan Rado tapi teman pasangkan pada jam ini sebab ia sangat sesuai dan sama saiz flat end dia dengan lug jam ni.
Kalau diteliti dari segi design bracelet ni jelas ia adalah design vintaj yang bernilai lebih RM100 jika dijual berasingan di pasaran biasa.
Crown kecil dan comel ni masih original dan ada logo sauh Rado. Terbaik.
Back case berukir pebagai perkataan tertentu yang membawa maksud ia original dan diiktiraf.
Nombor siri produk juga ada terukir di situ.
Ini lah dia rupa paras enjin quartz buatan swiss.
Seperti kebiasaan enjin quartz swiss yang diguna pakai oleh jenama lain seperti Tissot, Omega, Bulova, Titoni dan lain-lain lagi papan enjin jam adalah berwarna biru dan gold.
Sangat berbeza dengan design model dari jepun dan lain2.
Sangat berbeza dengan design model dari jepun dan lain2.
Clasp yang sangat ringkas dan mudah di buka-pakai.