Showing posts with label Sandoz. Show all posts
Showing posts with label Sandoz. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

RARE: SANDOZ Super Compressor Auto-SOLD

Model jam vintaj yang terlalu jarang didapati di pasaran.
Model Super Compressor dan berkeupayaan menyelam sedalam 200M.
Jika di eBay kerap boleh tengok ia diiklankan tapi tidak di Malaysia.
Diameter casing 40mm tidak termasuk crown.
Kedua-dua crown berfungsi baik dan bertanda logo jenama Sandoz.
Bezel berada di dalam dan boleh laras dwi-arah.
Enjin berfungsi dengan sangat baik. Dial masih cantik walau dah berusia puluhan tahun.








Sunday, September 30, 2012

SANDOZ DIVER AUTO - SOLD

Jam diver Sandoz ni sekali pandang macam Rolex GMT. Jam ni masih dibuka unutk jualan. Ada perubahan pada jam ni tapi teman belom sempat update gambar. Walau bagaimanapun ia tetap mengekalkan komposisi sama cuma ada sedikit perubahan sahaja dari segi kosmetik. Tunggu kalau minat.






Sunday, January 30, 2011

SANDOZ Submariner for Diverholic! - SOLD

SANDOZ SUBMARINER

-enjin automatik 25 jewels
-diameter casing 37mm
-kemampuan selaman 100M tapi WR tidak pernah diuji
-bezel macam rolex boleh putar dwi-arah
-cermin acrylic cembung ada kesan rekahan akibat panas pada pukul 12 dan pukul 5
-dial cantik dan bersih tapi luminous dah mati
-enjin berfungsi dengan baik
-crown jenis screw-down
-enjin cantik berkilat keemasan

*menyusul nanti gambar2 lebih menarik dan lebih jelas,ini gambar2 tangkap muat snap waktu malam so tak dapat memaparkan wajah sebenar jam ni, harap maaf.



Thursday, January 13, 2011

SANDOZ Gold Plated - SOLD


SANDOZ GOLD PLATED

-original swiss made
-enjin automatik
-enjin berwarna gold bersih dan berkilau
-casing 10 micron gold plated
-crown takde cop logo sandoz tapi ia tetap cantik berwarna gold sedondon dengan warna casing
-berfungsi dengan baik







Friday, November 6, 2009

Vintage SANDOZ 10 Microns GP - SOLD


Sandoz manual wind atau berkunci. Jenis pergerakan enjin yang kurang diminati oleh sesetengah pengumpul jam tangan lama. Tetapi tidak kurang juga yang menggemari nya. Setiap perkara pasti ada pro-kontra nya. Terpulang kepada minat masing2. Model yang saya jual ni agak istimewa kerana casing jam ini jenis 10 microns gold plated.


Dial yang bertekstur jalur-jalur keemasan.
Dilengkapi sepasang jarum menghitung jam dan minit juga berwarna keemasan

Casing berukuran 34mm (tidak termasuk crown) dan 35 mm lug ke lug

Tarikh jenis non-quick set...
Crown jenis tidak bertanda jenama.

Model Sandoz manual wind yang mempunyai hanya dua jarum penanda masa...

Strap kulit jenis biasa digandingkan dengan buckle juga jenis biasa.

Enjin manual yang masih cantik berwarna keemasan.

Bedah siasat organ dalaman jam ini...

Penutup casing bertanda jenama Sandoz.

Cop menunjukkan saduran emas pada casing.

Sunday, October 11, 2009

Vintage Rare SANDOZ Swiss Made - SOLD


Acrylic ada sedikit kesan retak yang tak serius...

Dial terdapat kesan-kesan penuaan...standard la tu barang lama...

Emblem jenama 'Sandoz' yang tak terdapat lagi pada model2 jam Sandoz yang lain...

Klasik dan menarik...

Crown masih original...

back case yang kurang kesan calar sebab jarang buka...

Walau dah terlalu lama usianya tapi enjin nya masih bersih dan berfungsi dengan baik sekali..

Jenama : Sandoz
Buatan : Swiss Made
Pergerakan enjin : Kunci/Manual Wind
Kandungan Jewel : 17 Jewels
Diameter casing : 33mm (tidak termasuk crown).
Keadaan : Enjin dalam keadaan yang bersih dan berfungsi dengan sempurna. Masa dan tarikh berfungsi dengan baik.
Fizikal : Casing s/steel yang masih cantik dan kemas.
Dial : Berwarna kuning cair yang mengalami bintik2 halus kesan penuaan, ketiga-tiga jarum penanda masa s/steel masih bersih dan berfungsi dengan baik.
Crown/Pelaras : Original dengan logo jenama Sandoz.
Pelindung Dial : Plastik berbentuk cembung kualiti tinggi yang tiada kesan calar ketara tetapi ada sedikit kesan seakan retak yang tidak serius dan juga tidak ketara (pada pukul 3/tarikh).
Tanda Jenama : Dial, enjin, crown dan penutup belakang casing.
Jenis Tali Ikat : Strap kulit kualiti tinggi bukan jenama Sandoz.
Nota : Model ini adalah agak unik dan rare dibandingkan dengan model Sandoz yang lain, lihat sahaja font tulisan perkataan 'SANDOZ' di atas dial yang agak jarang dilihat berbanding font yang digunakan oleh lain2 model Sandoz yang sering kita jumpa kini.

Tuesday, October 6, 2009

Jam Vintage SANDOZ Automatik - SOLD












Jenama : SANDOZ
Model :
Diver's Watch
Pergerakan Enjin : Automatik
Buatan : Swiss Made
Kandungan Jewel(s) : 25 Jewels
Fizikal : Masih elok dan masa serta tarikh masih berfungsi dengan baik. Tarikh non-quick set.
Diameter Casing :
36mm (tidak termasuk crown)
Crown/Pelaras : Original tak bertanda
Dial :
Berbentuk cembung (pie pan ala2 Omega Constellation).
Pelindung Dial: Plastik kualiti tinggi berbentuk dome yang tiada kesan calar ketara. Agak bersih. Kelihatan seperti jarum saat juga melengkung mengikut bentuk acrylic glass. Unik dan menarik.
Logo Jenama : Dial, penutup belakang casing, folding clasp dan enjin.
Jenis Tali Ikat :
Bracelet s/steel bersaiz 20mm dan s/steel folding clasp bertanda jenama 'S' untuk Sandoz.

Model Diver dari Sandoz yang agak jarang didapati dengan bentuk dial yang unik dan agak menarik sesuai dijadikan koleksi disamping jam2 lama anda yang lain.
Nota : Gambar enjin tidak dapat disertakan kerana sangat ketat untuk membuka penutup belakang jam ini (saya takde alat yg mencukupi untuk kerja2 membukanya).Tetapi ia telah dipastikan MASIH ORIGINAL sewaktu mendapatkanya dulu dari seorang 'apek/uncle collector jam lama di Ipoh (apek tu dah buka tunjuk kat saya tapi selepas tu dia ketatkan semula,tak sangka jadi sangat2 ketat pulak lepas tu...saya nak buka semula dah tak boleh pulak...).
JAMINAN DARI SAYA KEPADA PEMBELI : JIKA ANDA BUKA DAN TENGOK ENJIN ADALAH BUKAN ASLI WANG AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA DAN KOS POS SAYA AKAN TANGGUNG SEPENUHNYA UNTUK PEMULANGAN SEMULA JAM INI.
Terima kasih.