Showing posts with label Jam Diver's. Show all posts
Showing posts with label Jam Diver's. Show all posts

Monday, October 20, 2014

ORIENT LIMITED EDITION 40th ANNIVERSARY - SOLD

ORIENT 40th ANNIVERSARY
Jam keluaran Orient Edisi Terhad sempena ulang tahun ke 40 model King Diver.
Hanya 2000 unit keluaranya untuk pasaran seluruh dunia!
Enjin automatik. Bezel diver boleh laras terletak di bhgn dalam cermin.
Semua crown untuk laras masa, bezel dan date jenis screw down.
Semua part masih original. Bracelet terhad dan padan untuk tangan lelaki dewasa normal.






Monday, July 7, 2014

SEIKO SAMURAI DIVER 200M - SOLD

Jam SEIKO DIVER SNM009K aka SAMURAI.
Original Japan. 43mm casing. Screw down crown.
Dalam keadaan terbaik. Tiada cacat cela. Hanya kesan penggunaan.
Semua part masih asal/original. Tiada box dan dokumen.

Sunday, December 1, 2013

CITIZEN Diver Titanium Auto - SOLD

Model diver 200M istimewa dan jarang didapati dengan casing Titanium dari Citizen Japan.
Kondisi keseluruhan adalah sangat baik dan masih mengekalkan keaslian part secara keseluruhan nya. Enjin yang sangat lancar dan tepat masa. Model yang sudah pupus dari pasaran semasa.













Monday, September 16, 2013

GEMPAR : Penyu Mendarat di Telok Senangin, Perak!

Gempar pada petang 16-09-2013 kebetulan pada hari sambutan Penubuhan Malaysia di Telok Senangin, Lumut, Perak kerana masyarakat setempat menjumpai dua ekor Penyu mendarat di pantai tersebut! Gile rare! Ikuti sorotan peristiwa dari lensa kamera wartawan terbabit.

Gambar ini diambil setelah 'mereka' dua ekor telah terkantoi akibat kehadiran
 disedari pengunjung pantai. Terpaksa berdiri tegak untuk cover story majalah TIMES.
Setelah soal siasat rupa-rupanya mereka berdua bersaudara dan dari pemeriksaan pihak berkuasa mereka berdaftar dengan no kad pengenalan 6309-7040 dan satu lagi 6105-8110.
Di bawah merupakan kronologi pergerakan yang tak berapa nak licik mereka.

 Pergerakan terancang mereka tidak berjaya memperdaya mata pengunjung pantai walau mereka sibuk bersantai degan keluarga masing2. Walaupun merangkak ala2 komando pun masih dapat dihidu dan dikesan orang ramai.

Wartawan memberanikan diri mengambil gambar wajah Penyu dari jarak dekat di bahagian muka depan Penyu yang hensem ala2  model Jepun. Memang Paparazziman betol press ni...hehehhehee...

Mereka berdua ekor terpaksa berlakon seolah-olah tiada apa berlaku.
Cuba sekali lagi memperdayakan orang ramai. 
Tengok tu boleh pulak mengeliat-ngeliat konon2 rilexs...

 So mana mau lari Tok? Dah tua2 tu jangan la banyak berjalan...rehat2 dah lah...

Mula bergerak kembali merangkak merentasi pasir basah menuju ke arah daratan yang penuh debunga wangi..hehehe Lefthanded la pulak....

 Ini bab yang paling kelakar dapat dirakam Paparazziman.
Penyu 2 ekor ni cuba nak panjat pokok demi nak menyorok, nak tanya korang, pernah dan boleh ke Penyu panjat pokok? hahaha confirm belom pernah terjadi kan...

Akhirnya tersadai di bawah pokok yang rendang di tepi pantai.
Terpaksa berlakon seolah-olah takde apa2 berlaku. Akhirnya mereka berdua telah tertangkap akibat ketahuan singgah di Pantai Telok Senangin yang indah. Mereka telah ditempatkan dipusat ternakan penyu yang dinamakan MyLocken Klasik. Meraka dikhabarkan selamat dan berbahagia di sana disamping rakan2 baru seperti Fortis,Poljot,Monster, Zilla, Breitling dan ramai lagi....
-SEKIAN-

Monday, July 29, 2013

Rare SEIKO Diver 70M Proof - SOLD

Sebutir khazanah laut dari Jepun yang sangat susah nak jumpa sekarang ni.
Jam ni sedang menjalani rawatan sebab ia baru mengalami demam2 dan pening akibat perjalanan jauh dari  negara Timur Tengah untuk ke Malaysia dan ke MyLocken khas nya.
So buat masa ini ia sekadar untuk tatapan pengumpul untuk bagi menangani kedahagaan masing2 berkaitan jam diver lama seangkatan dengan nya.
Tunggu laporan penuh dari  wartawan MyLocken kelak.
 
Note: JAM INI MASIH BELUM DIMANDIKAN DAN BELUM DILAKUKAN SEBARANG SOLEKAN. INI ADALAH RUPA ASAL BELIAU SETIBANYA DARI NEGARA PADANG PASIR. KECANTIKAN SEBENAR AKAN DIDEDAHKAN KEMUDIAN SETELAH PULANG DARI RAWATAN.
 
 
 
 
 

 

 


Tuesday, July 2, 2013

RARE: SANDOZ Super Compressor Auto-SOLD

Model jam vintaj yang terlalu jarang didapati di pasaran.
Model Super Compressor dan berkeupayaan menyelam sedalam 200M.
Jika di eBay kerap boleh tengok ia diiklankan tapi tidak di Malaysia.
Diameter casing 40mm tidak termasuk crown.
Kedua-dua crown berfungsi baik dan bertanda logo jenama Sandoz.
Bezel berada di dalam dan boleh laras dwi-arah.
Enjin berfungsi dengan sangat baik. Dial masih cantik walau dah berusia puluhan tahun.








Tuesday, May 14, 2013

Used BREITLING COLT CHRONOMETER ORIGINAL

Antara jenama jam paling popular di kalangan jenama2 mewah yang lain.
Masih berfungsi dengan baik dan masih kelihatan menawan.
Trademark bracelet yang dibentuk sedikit 'senget' pada semua bracelet Breitling membuat jam ini mudah dikenali apabila ia tersemat di tangan sesiapa saja.