Sunday, October 18, 2009

Vintage WEST END Swiss Made Watch - SOLD



















Jenama : WEST END
Model : Fowan Prima
Kandungan Jewel(s) : 25 Jewels

Buatan : Swiss Made
Keadaan : Enjin sangat baik dan waktu dihitung dengan agak tepat.
Fizikal : Casing s/steel yang masih kemas dilengkapi ring berwarna keemasan yang masih bersinar dan saling tak tumpah seperti design Rolex rupa parasnya.

Dial : Masih elok dengan ruang kalendar hari/day di bahagian atas seperti Titoni Cosmo King dan ruang kalendar tarikh pada pukul 3. Jarum saat merah yang menarik dan unik (panjang dan berbentuk arrow).
Pergerakan Enjin : Automatik
Pelindung Dial : Plastik berbentuk cembung berkualiti tinggi tanpa kesan calar yang ketara dilengkapi 'cyclop'.

Logo Jenama : Dial, enjin, penutup casing, crown dan clasp.
Crown/Pelaras : Original bertanda jenama logo 'W' mewakili West End Watch Co.
Band : Bracelet 'two tone' jubilee dengan folding clasp original bertanda jenama
'W' mewakili West End Watch Co.
Diameter Casing : 37mm (tidak termasuk crown).
Nota : Jenama dan model yang agak sukar didapati dengan kondisi yang boleh dikatakan 'hampir sempurna', ciri2 jam lama yang menarik.

Vintage Mido Commander Automatic - SOLD

















Jenama : MIDO
Model : Commander
Buatan : Swiss Made
Keadaan : Enjin berfungsi dengan sangat baik dan waktu dihitung dengan agak tepat.
Fizikal : Casing berwarna keemasan bersaiz 36mm yang berbentuk unik dan jarang didapati (berbentuk segi empat dan dihiasi lekuk2 yang menarik).

Dial : Masih elok dan berwarna keemasan dengan ruang kalendar hari/tarikh di bahagian pukul 3. Hanya terdapat sedikit kesan pudar dimakan usia pada permukaan dial.
Pergerakan Enjin : Automatik
Pelindung Dial : Plastik berbentuk cembung berkualiti tinggi tanpa kesan calar yang serius.

Logo Jenama : Dial, enjin, penutup casing, crown dan clasp.
Crown/Pelaras : Original bertanda jenama Mido.
Band : Bracelet original berwarna keemasan dengan folding clasp original bertanda jenama Mido.

Diameter Casing : 36mm (tidak termasuk crown).
Nota : Model dari kumpulan jam2 lama Mido yang mempunyai rupa bentuk dial dan casing yang termasuk dalam kategori RARE.

Friday, October 16, 2009

Ladies TAG HEUER PROFFESIONAL - SOLD

Jenama : Tag Heuer
Model : Professional 200M
Buatan : Swiss Made
Enjin : Quartz (kuasa bateri)
Status : Terpakai
Spesifikasi : Semua parts masih asal (original)
Saiz : Kecil (sesuai untuk wanita)
Nota : Perlu menjalani proses baik pulih.


rupa yang sporty dan bergaya...

segala cop dan trademark wajib yang masih jelas dan kurang calar...

enjin nadi penggerak jenis quartz..walau pun quartz ia tetap hebat bersandarkan kepada namanya yang begitu gah sekali...

dari arah mana pun kita tengok tetap menawan...barang berjenama memang ler menawan..heheee

crown asal jam ini yang berlogo jenama Tag Heuer...

rubber strap Original yang masih elok tanpa sebarang kerosakan..terpampang cop jenama Tag Heuer..

cop 'swiss made' di bahagian dalam di kedua belah rubber strap

Sunday, October 11, 2009

Vintage Rare SANDOZ Swiss Made - SOLD


Acrylic ada sedikit kesan retak yang tak serius...

Dial terdapat kesan-kesan penuaan...standard la tu barang lama...

Emblem jenama 'Sandoz' yang tak terdapat lagi pada model2 jam Sandoz yang lain...

Klasik dan menarik...

Crown masih original...

back case yang kurang kesan calar sebab jarang buka...

Walau dah terlalu lama usianya tapi enjin nya masih bersih dan berfungsi dengan baik sekali..

Jenama : Sandoz
Buatan : Swiss Made
Pergerakan enjin : Kunci/Manual Wind
Kandungan Jewel : 17 Jewels
Diameter casing : 33mm (tidak termasuk crown).
Keadaan : Enjin dalam keadaan yang bersih dan berfungsi dengan sempurna. Masa dan tarikh berfungsi dengan baik.
Fizikal : Casing s/steel yang masih cantik dan kemas.
Dial : Berwarna kuning cair yang mengalami bintik2 halus kesan penuaan, ketiga-tiga jarum penanda masa s/steel masih bersih dan berfungsi dengan baik.
Crown/Pelaras : Original dengan logo jenama Sandoz.
Pelindung Dial : Plastik berbentuk cembung kualiti tinggi yang tiada kesan calar ketara tetapi ada sedikit kesan seakan retak yang tidak serius dan juga tidak ketara (pada pukul 3/tarikh).
Tanda Jenama : Dial, enjin, crown dan penutup belakang casing.
Jenis Tali Ikat : Strap kulit kualiti tinggi bukan jenama Sandoz.
Nota : Model ini adalah agak unik dan rare dibandingkan dengan model Sandoz yang lain, lihat sahaja font tulisan perkataan 'SANDOZ' di atas dial yang agak jarang dilihat berbanding font yang digunakan oleh lain2 model Sandoz yang sering kita jumpa kini.

Tuesday, October 6, 2009

Jam Vintage SANDOZ Automatik - SOLD












Jenama : SANDOZ
Model :
Diver's Watch
Pergerakan Enjin : Automatik
Buatan : Swiss Made
Kandungan Jewel(s) : 25 Jewels
Fizikal : Masih elok dan masa serta tarikh masih berfungsi dengan baik. Tarikh non-quick set.
Diameter Casing :
36mm (tidak termasuk crown)
Crown/Pelaras : Original tak bertanda
Dial :
Berbentuk cembung (pie pan ala2 Omega Constellation).
Pelindung Dial: Plastik kualiti tinggi berbentuk dome yang tiada kesan calar ketara. Agak bersih. Kelihatan seperti jarum saat juga melengkung mengikut bentuk acrylic glass. Unik dan menarik.
Logo Jenama : Dial, penutup belakang casing, folding clasp dan enjin.
Jenis Tali Ikat :
Bracelet s/steel bersaiz 20mm dan s/steel folding clasp bertanda jenama 'S' untuk Sandoz.

Model Diver dari Sandoz yang agak jarang didapati dengan bentuk dial yang unik dan agak menarik sesuai dijadikan koleksi disamping jam2 lama anda yang lain.
Nota : Gambar enjin tidak dapat disertakan kerana sangat ketat untuk membuka penutup belakang jam ini (saya takde alat yg mencukupi untuk kerja2 membukanya).Tetapi ia telah dipastikan MASIH ORIGINAL sewaktu mendapatkanya dulu dari seorang 'apek/uncle collector jam lama di Ipoh (apek tu dah buka tunjuk kat saya tapi selepas tu dia ketatkan semula,tak sangka jadi sangat2 ketat pulak lepas tu...saya nak buka semula dah tak boleh pulak...).
JAMINAN DARI SAYA KEPADA PEMBELI : JIKA ANDA BUKA DAN TENGOK ENJIN ADALAH BUKAN ASLI WANG AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA DAN KOS POS SAYA AKAN TANGGUNG SEPENUHNYA UNTUK PEMULANGAN SEMULA JAM INI.
Terima kasih.

Friday, September 25, 2009

Vintage ORIENT HAND-WINDING - SOLD


Vintage ORIENT HAND-WINDING discontinued model in condition of New Old Stock...
*Orient
*Model 'dress watch'.
*Enjin jenis kunci (tanpa had)
*34mm diameter casing.
*Semua part DIJAMIN original.
*Status adalah masih baru.
*Warna keemasan keseluruhan jam adalah masih cantik bersinar.
*Saiz untuk lelaki.
*Gambar enjin tak dapat snap sebab sengaja tak mahu buka back case untuk mengelakkan sebarang calar dari berlaku.


Masih sangat cantik dan berseri...dress watch

Ini bukan gambar dari kedai jam yer..., saya sendiri yang snap dan kebetulan ada simpan 2 unit stand jam Orient macam dalam gambar tu jadi terus saya pasangkan agar nampak lebih eksklusif dan menarik...

Sangat sesuai untuk sebarang majlis rasmi sebab warna keemasan bergemerlapan yang menampakkan kemewahan dan gaya pemakai..

Wajah ayu dan susuk bentuk yang menarik...

Dari sisi juga anggun dan menawan...

Menggunakan clasp jenis 'bangle clasp'.

Wednesday, September 23, 2009

Vintage Ray-Ban AVIATOR-CLASSIC METAL 52mm

Aviator yang masih dalam kondisi yang sangat baik. Saya simpan dah lama untuk nak beri pada anak lelaki saya yang kini berumur 3 tahun setengah. Nak didik dia agar jaga mata dari terdedah kepada cahaya ultra-violet yang agak terik di negara kita kebelakangan ni.

Brand : RAY-BAN by BAUSH & LOMB U.S.A
Model : AVIATOR-CLASSIC METAL
Frame : GOLD
Size : 52mm [ ] 14 (small-boy size)
Lense : G-15