Sunday, November 8, 2009

Vintage TITONI Space Star - SOLD


Pernah miliki atau lihat model Titoni Space Star begini? Model ni agak kurang tu sebab jarang dapat tengok. Untuk makluman jam ni memang dalam keadaan sangat baik keseluruhan dari segi mekanikal atau pun fizikal nya. Ikuti kisah dan ciri2 nya.


Cermin kaca yang jernih dan mulus.
Fixed bezel yang sangat unik dan jarang sekali kedapatan pada model2 Titoni.

Fungsi jam, tarikh dan hari berfungsi dengan baik sekali.
Dial hitam yang masih bersih.

Casing s/steel yang masih elok tanpa sebarang kerosakan atau calar teruk.
Fixed bezel juga masih elok.

Cermin kaca berbentuk cembung yang masih jernih...

Bracelet dan folding clasp original bertanda jenama Titoni.

Crown asal tanpa pernah ditukar ganti.

Back casing memaparkan cop tanda jenama Titoni Space Star.

Friday, November 6, 2009

Vintage SANDOZ 10 Microns GP - SOLD


Sandoz manual wind atau berkunci. Jenis pergerakan enjin yang kurang diminati oleh sesetengah pengumpul jam tangan lama. Tetapi tidak kurang juga yang menggemari nya. Setiap perkara pasti ada pro-kontra nya. Terpulang kepada minat masing2. Model yang saya jual ni agak istimewa kerana casing jam ini jenis 10 microns gold plated.


Dial yang bertekstur jalur-jalur keemasan.
Dilengkapi sepasang jarum menghitung jam dan minit juga berwarna keemasan

Casing berukuran 34mm (tidak termasuk crown) dan 35 mm lug ke lug

Tarikh jenis non-quick set...
Crown jenis tidak bertanda jenama.

Model Sandoz manual wind yang mempunyai hanya dua jarum penanda masa...

Strap kulit jenis biasa digandingkan dengan buckle juga jenis biasa.

Enjin manual yang masih cantik berwarna keemasan.

Bedah siasat organ dalaman jam ini...

Penutup casing bertanda jenama Sandoz.

Cop menunjukkan saduran emas pada casing.

Sunday, November 1, 2009

Vintage PAGOL M6 Green Palma - SOLD

















Details :-
Jenama : PAGOL
Model : M6 Green Palma
Buatan : Swiss Made
Kandungan Jewel(s): 21 Jewels
Pergerakan Enjin : Manual/Kunci
Fizikal : Masih sangat baik dan masih cantik berseri.
Diameter Casing : 38mm (tidak termasuk crown).
Crown/Pelaras : Original bercop jenama Pagol.
Dial : Berwarna hitam dan masih elok.
Pelindung Dial : Plastik jernih kualiti tinggi dengan kualiti yang bersih tanpa calar.
Logo Jenama : Pada semua bahagian (dial, enjin, back case, folding clasp dan crown).
Jenis Band : Bracelet Pagol stainless steel dan folding clasp bercop jenama Pagol.
Nota : Jam ini sangat cantik dan berfungsi dengan sempurna. Sesuai untuk koleksi atau pun dipakai bergaya. Harga boleh dirunding asalkan munasabah dan berpatutan.

Wednesday, October 28, 2009

Vintage OMEGA GENEVE - SOLD


Jam ini dianggarkan dikeluarkan pada tahun 1973.Kini usianya telah lebih 30 tahun.
Lihat enjin nya yang mengagumkan! sangat bersih dan berseri!

Di mana2 terdapat logo dan tanda jenama jam Omega ini kerana hampir kesemua komponen dan aksesori masih original. Cuma strap kulit sahaja tidak berjenama Omega.

Diametr casing 35mm (tidak termasuk crown) dan 41mm lug ke lug.
Cermin terdapat sedikit kesan lekuk yang kurang ketara tapi masih jernih dan tidak bercalar...
Kalau rasa kurang selesa dengan cermin tu boleh ditukar saja..masih boleh didapati..

Caliber 1012..automatik movement

crown original yang masih terdapat logo Omega dengan jelas dan nyata...

agak sukar mendapat jam vintaj berusia lebih 30 tahun yang masih memiliki kualiti enjin sebegini cantik berseri...

strap kulit biasa dan tang buckle Omega replika yang 'sebijik' seperti Original..

terdapat sedikit kesan2 calar halus pada permukaan penutup belakang jam ini...biasa la tuh brg lama...

Details :-
Jenama : OMEGA
Model : Geneve
Buatan : Swiss Made
Kandungan Jewel(s): 23 Jewels
Pergerakan Enjin : Automatik
Fizikal : Sangat baik dan masih cantik berseri berwarna keemasan.
Diameter Casing : 34mm (tidak termasuk crown).
Crown/Pelaras : Original bercop jenama Omega.
Dial : Berwarna keemasan dan masih bersih.
Pelindung Dial : Acrylic glass yang terdapat sedikit kesan lekuk di tengah2 cermin, walau begitu cermin masih jernih dan terdapat kesan calar2 halus yang tidak ketara.
Logo Jenama : Pada semua bahagian-dial, enjin, back case, tang buckle dan crown.
Jenis Band : Jenis kulit tanpa jenama Omega dipadankan dengan buckle replika berwarna keemasan. Walaupun buckle adalah replika tetapi ia sangat cantik seperti original.

Friday, October 23, 2009

Vintage UNIVERSAL GENEVE - SOLD


















Jenama : UNIVERSAL GENEVE
Model : -
Kandungan Jewel(s) : 17 Jewels

Buatan : Swiss Made
Keadaan : Enjin sangat baik dan waktu dihitung dengan agak tepat.
Fizikal : Casing berwarna keemasan yang masih bersinar dan elok.

Dial : Masih elok dengan tanda jenama dan logo Universal Geneve.
Pergerakan Enjin : Manual wind/Kunci
Pelindung Dial : Plastik berbentuk cembung berkualiti tinggi tanpa kesan calar yang ketara.

Logo Jenama : Dial, enjin dan penutup casing.
Crown/Pelaras : Original tak bertanda jenama.
Band : Strap kulit jenis biasa takde cop jenama.

Diameter Casing : 31mm (tidak termasuk crown).
Nota : Jenama dan model jam lama yang agak kurang dipasaran.

Thursday, October 22, 2009

Vintage ORIS DRESS WATCH - SOLD



















Very hard to find Oris Square (Dress Watch).

Pergerakan secara berkunci.
Casing gold plated 10 microns.
Crown original tidak bertanda.
Strap kulit jenis biasa bersaiz lug 16mm.
Dimension casing : 30mm termasuk crown X 36mm lug ke lug.
Enjin dalam keadaan good running condition.
Nota : Jam berbentuk square memang unik dan kemas tapi agak sukar nak dapat kerana penampilan dan rupa bentuknya melambangkan kemewahan dan prestij yang tinggi menjadi sebab ia menjadi rebutan para collector(s).

Monday, October 19, 2009

Oris Big Crown F1 Automatic - SOLD


muka yang agak besar 41mm tak termasuk crown...

back casing yang boleh nampak komponen enjin automatik Oris High Mechanical..

trademark jenama Oris...Big Crown (crown besar).

bracelet s/steel yang tebal dan lebar..cop jenama Oris pada clasp juga amat jelas dan besar..

cop jenama di bahagian dalam folding clasp berserta nombor siri

puas hati pakai jam ni kerana saiz casing yang besar dan kemasan s/steel yang tebal dan berat..
jam jenis macam ni yang saya suka...