Sunday, November 8, 2009

Vintage COUPLE of MIDOs - SOLD

Mido Vintage Automatik
Kedua-dua jam ini masih mengekalkan ciri2 asal (original) pada semua komponen dan aksesorinya. Bukan senang nak dapat tu. Jarang2 didapati. Kalau nak tengok detail secara terperinci untuk tiap2 satu sila scroll untuk lihat iklan yang seterusnya. Ada iklan yang berasingan untuk pasangan Mido ni. Check it out.


Pasangan sepadan Mr & Mrs Mido.
Diameter Mr Mido : 38mm tidak termasuk crown
Diameter Mrs Mido : 27mm tidak termasuk crown.

Bracelet asal yang sangat cantik terutamanya yang ladies tu..serious cakap memang unik dan dinamik dari lain2 bracelet yang saya pernah jumpa sebelum ni...

kedua-duanya berfungsi secara automatik...acrylic glass yang ladies tu ada sedikit kesan berlekuk tapi tak ketara sangat,walau macam tu ia masih tetap jernih dan tidak bercalar...

Memang sesuai dijadikan koleksi bagi pasangan yang sama2 minat jam tangan...

The folding clasp combination...

Gambar memberi seribu makna...teliti dan hayati keunikan ini...
kalau minat boleh runding harga asalkan berpatutan...

MIDO Commander Ocean Star Datoday - SOLD



bersantai bersama pasanganya


dial yang sangat bersih dan cermin yang masih jernih

kondisi hampir sempurna

special folding clasp-deployment buckle

masih cantik dan kemas..seakan2baru

original s/steel bracelet yang sangt muat untuk tangan lelaki dewasa

crown masih ori...
trademark kebanyakan model Mido-buka casing dari side depan/cermin.

Vintage MIDO Datorette (Ladies) - SOLD















Vintage SEIKO Automatik - SOLD

Sebiji Seiko Automatik yang agak cantik dan unik kerana diameter casing yang agak besar dari model2 Seiko yang biasa.
38mm (tidak termasuk crown) dan 45mm lug ke lug..
dial berwarna biru gelap..terdapat kesan berbintik2 sikit yang tidak ketara

crown asal Seiko yang semengnya jarang bertanda jenama...saya pernah jual sebiji Seiko Diver 6105 yang mempunyai crown bertanda SEIKO..jarang2 boleh dapat...

walau tidak sehebat jam swiss made tetapi Seiko tetap gah di hati pengumpul jam tangan...
tepuk dada tanya selera...

cermin plastik berbentuk cembung original...ada calar sikit2 jer..lumrah jam lama...

back casing memaparkan serial no. model jam ini 7005-8060..

Vintage TITONI Space Star - SOLD


Pernah miliki atau lihat model Titoni Space Star begini? Model ni agak kurang tu sebab jarang dapat tengok. Untuk makluman jam ni memang dalam keadaan sangat baik keseluruhan dari segi mekanikal atau pun fizikal nya. Ikuti kisah dan ciri2 nya.


Cermin kaca yang jernih dan mulus.
Fixed bezel yang sangat unik dan jarang sekali kedapatan pada model2 Titoni.

Fungsi jam, tarikh dan hari berfungsi dengan baik sekali.
Dial hitam yang masih bersih.

Casing s/steel yang masih elok tanpa sebarang kerosakan atau calar teruk.
Fixed bezel juga masih elok.

Cermin kaca berbentuk cembung yang masih jernih...

Bracelet dan folding clasp original bertanda jenama Titoni.

Crown asal tanpa pernah ditukar ganti.

Back casing memaparkan cop tanda jenama Titoni Space Star.

Friday, November 6, 2009

Vintage SANDOZ 10 Microns GP - SOLD


Sandoz manual wind atau berkunci. Jenis pergerakan enjin yang kurang diminati oleh sesetengah pengumpul jam tangan lama. Tetapi tidak kurang juga yang menggemari nya. Setiap perkara pasti ada pro-kontra nya. Terpulang kepada minat masing2. Model yang saya jual ni agak istimewa kerana casing jam ini jenis 10 microns gold plated.


Dial yang bertekstur jalur-jalur keemasan.
Dilengkapi sepasang jarum menghitung jam dan minit juga berwarna keemasan

Casing berukuran 34mm (tidak termasuk crown) dan 35 mm lug ke lug

Tarikh jenis non-quick set...
Crown jenis tidak bertanda jenama.

Model Sandoz manual wind yang mempunyai hanya dua jarum penanda masa...

Strap kulit jenis biasa digandingkan dengan buckle juga jenis biasa.

Enjin manual yang masih cantik berwarna keemasan.

Bedah siasat organ dalaman jam ini...

Penutup casing bertanda jenama Sandoz.

Cop menunjukkan saduran emas pada casing.

Sunday, November 1, 2009

Vintage PAGOL M6 Green Palma - SOLD

















Details :-
Jenama : PAGOL
Model : M6 Green Palma
Buatan : Swiss Made
Kandungan Jewel(s): 21 Jewels
Pergerakan Enjin : Manual/Kunci
Fizikal : Masih sangat baik dan masih cantik berseri.
Diameter Casing : 38mm (tidak termasuk crown).
Crown/Pelaras : Original bercop jenama Pagol.
Dial : Berwarna hitam dan masih elok.
Pelindung Dial : Plastik jernih kualiti tinggi dengan kualiti yang bersih tanpa calar.
Logo Jenama : Pada semua bahagian (dial, enjin, back case, folding clasp dan crown).
Jenis Band : Bracelet Pagol stainless steel dan folding clasp bercop jenama Pagol.
Nota : Jam ini sangat cantik dan berfungsi dengan sempurna. Sesuai untuk koleksi atau pun dipakai bergaya. Harga boleh dirunding asalkan munasabah dan berpatutan.