Wednesday, December 9, 2009

Very Rare-TITONI COSMO 66 Auto - SOLD


Model Cosmo 66 ini agak RARE di pasaran. Saya dah simpan agak lama sebagai salah satu jam yang jadi kesayangan dan koleksi peribadi. Jam ini memiliki aksesori yang keseluruhanya adalah original dan bertanda jenama Titoni.
Sedikit info disertakan untuk rujukan anda mengenai jam ini.


casing s/steel yang masih bersinar walau terdapat kesan calar2 halus..belum polish memang macam tu...cermin pulak jenis kaca yang dipotong style 'diamond-9'..jernih dan tanpa calar...

dial agak bersih dan cantik lagi..marker jenis timbul dan jarum masa warna putih..
semua emblem dan logo masih ada di kedudukan masing2..


cermin unik yang tebal dan jernih....casing dan dial yang dinamik..

enjin masih lancar dan berfungsi dengan baik..

crown masih original...tarikh dan hari jenis 'quick set'..mudah dan cepat untuk dilaras..

strap getah bercop jenama Titoni dan logo trademark...
tak pasti strap ini ori atau tiruan tapi yang pasti memang susah nak dapat strap ni...


buckle juga bercop jenama Titoni...mana lagi nak cari benda2 unik macam ni...?susah nak cari dah....

jam ini agak unik dan elok dalam kategorinya (vintaj) kerana keseluruhan kondisi dan aksesorinya yang masih original dan modelnya sendiri yang sukar didapati sekarang...amat berbaloi untuk dimiliki..

Vintage ORIS STAR Automatic - SOLD

ORIS STAR AUTOMATIK
-enjin automatik
-part&aksesori masih ori
-dial cun (2 tone)
-enjin berfungsi dengan baik
-harga murah je,kalau tak percaya boleh sms nego...























Sunday, December 6, 2009

The ORIS Trio - SOLD

1. Oris Big Crown F1 Automatic (yang besar dan dial bulat tu..)
2. Oris Dress Watch Manual Wind (yg square dial biru tu..)
3. Oris Star Automatic (yg bulat dial 2 tone hijau-putih tu..)


coklat, biru dan hijau..warna-warni sang Oris..

berbeza antara satu sama lain dari segi usia, enjin dan aksesori..

menunggu pemilik baru datang menjemput...

keadaan kesemua jam2 ini MASIH SANGAT BAIK....

model2 yang agak rare terutamanya Oris Star tu.....

berbagai gaya...

Monday, November 30, 2009

Vintage Ray-Ban OUTDOORSMAN - SOLD

Jenama : Ray-Ban
Model : Outdoorsman
Buatan : Baush&Lomb USA
Frame : Matte Black
Saiz : 62 [ ] 14
Lense : G-15 (very cool..)


Saiz lense : 62[ ]14 (saiz besar yg sentiasa jadi buruan peminatnya)
Jenis lense : G-15 (warna seperti hitam tapi bila dipakai view adalah kehijauan)

Frame berwarna hitam (model frame yang sentiasa kelihatan klasik)


Logo/emblem trademark original masih kedapatan pada lense kanan.

Masih cantik dan kemas walau dah berusia belasan tahun.

Ukiran B&L pada sisi kedua2 lense membuktikan keaslian.
(klu yg tiruan aka 'cap ayam' hanya sekadar cop je tulisan tu)

Ukiran trademark pada atas palang juga sebagai bukti keaslian.

Sunday, November 22, 2009

The BULOVA's Trio

Tiga unit jam Bulova ni mempunyai kisahnya yang tersendiri...
Ikuti kisah 'mereka' secara ringkas...
1. Bulova Automatic (dial putih).
2. Bulova Sub-Second (dial hitam) SOLD
3. Bulova Super Seville Quartz (dial kuning).


Yang dial putih : NOT FOR SALE (atas sebab tertentu)
Yang dial hitam: DAH JUAL...
Yang dial kuning : UNTUK DIJUAL TAPI PERLU BAIKI SENDIRI

sama tapi tak serupa, berlainan rupa dan usia tapi nama yang sama...

trio yang menarik...3 model dan 3 jenis movement berbeza..

Bulova swiss made..vintage watches..

bersama meniti usia..masih jadi buruan hingga kini kepada peminat2 nya...

bersantai menunggu pemilik baru...mungkin kah anda orangnya?

Vintage BULOVA Sub-Second - SOLD

Model Bulova yang sangat unik dan klasik sekali. Menarik perhatian kerana casingnya yang nipis dan bentuk lug yang agak dinamik dari jam2 lama yang lain. Ketepatan belum di uji dan tahap water resist juga tidak diuji. Rasanya jam2 lama macam ni tak perlu bawak ke aktiviti lasak atau aktiviti yang boleh menyebabkan dia teruji dengan kasar atau berat. Simpan saja buat koleksi atau pakai untuk bergaya je...bukan mudah nak dapat nih...


Jam antik ini masih berfungsi dengan baik menghitung waktu...

Casing bersaiz : 35mm termasuk crown, 40mm lug ke lug, tebal 7mm.

Dial yang masih bersih walau dah berusia puluhan tahun..

Sangat elok fizikal dan mekanikalnya walau dah sangat 'tua'.

back case memaparkan ukiran jenama, no siri dan '10K rolled gold plate'

dalam keadaan berasingan sesama sendiri..mudah buka dan mudah dipasang semula..

ukiran pada belakang back case...emas la gamaknya ye tak...

enjin yang masih bersinar dan bersih tanpa sebarang kesan karat atau kulat...

strap kulit jenis biasa..kalau nak lagi cantik dan kreatif kena tukar strap lain rasanya nih..
takpe kepada sesiapa yang beli nanti saya tukarkan dengan strap yang baru...

Vintage BULOVA Super Seville - 4u2fix - RM130


Salam kepada semua...jam ini dah lama tersimpan tapi terjumpa balik masa sebok cari barang lain jadi dari dia reput camtu je boleh gak jual kalau ada yang minat...jam ni perlu baiki sebab dah tak bergerak lagi nadinya..tapi rasanya boleh lagi tu sebab semua komponen nya masih ada lagi...tengok2 lah dulu kot berkenan...