Friday, February 26, 2010

Pagol Green Palma Manual - SOLD

-Pagol Green Palma
-Manual wind/kunci 23 jewels tuh...(boleh tahan gak banyaknya jewels dia...)



Model Pagol pok kelapa hijua...
Dial ada kesan berbintik-bintik akibat penuaan...

Pergerakan enjin masih lancar menghitung masa...
Cermin plastik dah tukar keapda yang baru..jernih dan bersih..



Walau dial ada kekurangan sikit tapi emblem Pagol dan logo pokok kelapa hijau masih jelas kelihatan. Teks 'incabloc' dan 'swiss made' juga masih jelas dan mudah di baca....

Masih menawan dan layak dijadikan koleksi...

Crown masih ori tuh....hmmm memang masih ada nilai yang tinggi jam nih cuma bracelet asal yang dah takde...slow2 cari mesti boleh dapat punya!


Luaran penutup belakang casing....


Enjin manual/kunci jam ni masih bersih dan berkilat...jalan pun cantik lagi so ada minat? roger saya terus....

Bahagian dalam penutup casing...berseni 'tekstur'..

Tu dia kalau tak caya yang enjin dia masih berkilat! silau tuh kalau tengok lama...

Seiko Helmet 6139 Automatic - SOLD

Seiko Helmet
Automatik 6139-7101


Lawa lagi dan tak rugi simpan sebagai koleksi...

Dial pun tidak mengecewakan sebab masih agak cantik juga...kombinasi warna hijau dan kuning mewarnai angka2 dan jarum memang menawan dalam menghiasi dialnya...

Kelihatan sepadan dengan box tu tapi sebenarnya box tu untuk jam Seiko lain...pinjam untuk bergaya kejap jer tu...

Model yang telah berusia lebih 25 tahun jika tak silap saya..(kalau silap tolong betulkan).
Bracelet yang dipakai tu bukan original dan tiada cop jenama Seiko pada folding clasp.

Design casing yang tebal dan besar serta timbul membuatkan ia nampak tegap dan ranggi dipakai. Jam ni slah satu model yang kerap saya pakai sendiri kebelakangan ini ganti kepada Oris F1 biru tuh..!

Macam helmet ke macam apa...? tah ler janji 'masyuk...' hehehhee....

Di bahagian tepi casing di atas lug tu permukaan nya bergaris-garis halus menjadikan permukaanya agak unik.

Cop kat belakang casing...

Enjin automatik 6139...

Friday, February 19, 2010

Titoni Space Star (4U2FIX) - SOLD

Jam ini perlu dibaiki.
Kerosakan tak berapa serius cuma dari apa yang saya perhatikan kerosakan nya ialah:-
-spring putus
-cermin calar agak teruk/perlu tukar kalau nak cantik lagi
-shaft dan crown takde
Lain2 kelihatan ok je dan enjin pun masih bersih berkilat...
Rotor bergerak lancar apabila dipusingkan dan boleh dengar bearing berbunyi dengan lembut dan berdetik-detik...
Dial pun ok lagi cuma pudar sikit sebab dah lama...

Titoni Space Star
Rotomatic (automatic)
25 Jewels















Wednesday, February 17, 2010

Seiko Double Chrono 6138 Auto - SOLD


Seiko Chrono 6138-0011
Enjin Automatic
Dial comot sikit
Masa bergerak dengan baik.
Kalendar-tarikh&hari juga berfungsi dengan baik dan jenis quick set.
Jarum pun comot sikit sebab cat dah lekang2 sebab lama sangat kot..
Dua2 sub-dial tu masih 'hidup' tapi stopwatch dah tak boleh main (perlu baiki).
Bezel jenis fixed, insert warna biru masih cun dan berseri.
Diameter casing 43mmx45mm.
Jam berat dan selesa dipakai.


Berat dan selesa dipakai...bezel biru tu masih lawa lagi dan berseri...
Tahap water resist dan ketepatan masa tidak diuji...

Model yang sentiasa jadi buruan Seiko Collectors...
Stop watch nak kena repair kalau nak lebih sempurna...

Bracelet dan folding buckle s/steel...
Agak panjang dan sesuai untuk tangan lelaki dewasa..

Enjin 6138 yang masih agak bersih...kelihatan lebih 'sesak' dibandingkan dengan enjin automatik yang biasa tanpa fungsi chrono...

Tuesday, February 16, 2010

Vintage Germany 'CUCKOO CLOCK' - SOLD


Salam semua, saya tidak pandai dalam hal jam 'cuckoo' ni dan ini first time beli kerana nak cuba mendalami seni jam jenis ni pulak selain dari jam tangan. Ternyata saya kurang berminat dan berniat utk menjualnya semula. Melalui rakan2 yang 'ahli' dalam bidang ni saya mendapatkan sedikit khidmat nasihat tentang berbagai perkara dan termasuklah juga harga jualan yang sesuai dengan kondisinya yang 'kaku' kerana perlu dibaiki sejak ia dibeli lagi. Menurut kawan jam ini juga sentiasa jadi buruan peminat2 nya kerana jumlahnya agak terhad dan agak sukar lagi didapati berbanding jam2 tangan vintaj.


Sedikit info :
-Buatan German.
-Burung masih ada di dalam sarang nya.
-Peti suara burung masih elok.
-Enjin bersih dan bercop 'Made In Germany disamping cop2 yang lain.
-Fizikal luaran yang masih cantik dan memuaskan.
-Ada beberapa barangan pada jam ini yang telah hilang menurut kawan saya yang telah membelek2 nya selepas ia dibeli tempohari.
-Saiz : Tinggi-235mm (tidak termasuk panjang rantai)
Lebar-235mm (dari tepi ke tepi ukiran bunga2 an)


















Thursday, February 11, 2010

Seiko 5 Sports Automatik 7009 - SOLD


Seiko 5 Sports yang jarang kedapatan di pasaran kini. Dengan fixed bezel s/steel chrome menyerupai jam diver membuatkan jam ini nampak tegap dan bergaya untuk dipakai. Sedikit info ringkas untuk jam ini:-
Pergerakan enjin adalah jenis Automatik 7009-8570.

Enjin masih berfungsi dengan baik menghitung waktu.
Kalendar day/date juga masih berfungsi dengan elok dan jenis quick-set.
Ukuran casing 38mmx43mm.
Bezel jenis fixed dengan angka2 kiraan 60 saat di atas nya.
Keseluruhan keadaan jam adalah sangat baik dan memuaskan.
















Sunday, February 7, 2010

Vintage RADO Voyager Automatic - SOLD

Rado Original Swiss Made model Voyager
Enjin jenis automatik 17 jewels. Enjin masih baik dan bersih.
Semua part dan aksesori adalah original dan bertanda logo jenama Rado.
Tahap keupayaan water resist tidak pernah saya uji.
Ketepatan masa juga tidak diuji tapi enjin masih lancar dan berfungsi dengan sangat baik.
Kalendar day/date berfungsi dengan sempurna.


design seperti Rolex

fixed bezel berwarna emas (gold top)

kelihatan segak bergaya dipadankan dengan box lama Rado

bracelet agak panjang dan sesuaiserta cuku untuk tangan elaki dewasa

logo 3 kuda laut menghiasi permukaan belakang jam

crown original berlogo sauh trademark jam2 tangan Rado

enjin dan penutup belakang yang bertanda jenama Rado

the voyager

bracelet dan folding clasp original bertanda jenama Rado