Thursday, March 25, 2010

DIASTAR&DIAMATIC..teman tapi mesra... - SOLD

Dua2 jam ni ada persamaan dari segi bentuk casing nya tu sebab aku pasangkan bersama dalam sesi fotografi nih...sama unik sama lawa...

Si Kuning dari Swiss dan Si Putih dari Jepun..
dalam mylocken bertemu jua....

pasangan kembar tak seiras....aku nak jual kot nanti 'budak-budak ni' tapi bukan sekarang..nak pakai melaram dulu sampai jemu...klu ada yg bran OFFER dengan harga 'luar batasan' boleh dipertimbangkan tapi itu pun belum pasti lagi samada akan dijual atau tak...hehehhee..

Seiko Diamatic tu aku beli dari rakan blogger dan....
Rado Diastar tu plak aku beli dari sorang brader tokey ikan kat Ipoh (tu pun setelah berminggu-minggu memujuk rayu..hehehhee..ayat power baru dapat walau agak mahal...)

buah hati baru mengisi kekosongan blog yang naif nih...jadilahhh kan...

Diastar : cermin kaca kalis calar dengan potongan bertingkat2 dari kiri-kanan dan tinggi di tengah2 permukaan jam. Memang unik dan juga trademark bagi kebanyakan model2 Rado bujur nih...
Diamatic : cermin plastik dengan potongan ringkas dua baris dari atas-bawah pada permukaan dalam cermin...tidak kurang juga uniknya berbanding Diastar di atas...

TITONI COSMO 99 AUTOMATIC - SOLD


Cosmo 99 salah satu model dari 'keluarga' Cosmo keluaran jenama Titoni.
Model ini agak menyerupai Cosmo 66 cuma bentuk casing dan bentuk dial yang banyak membezakan keduanya.
Dari segi susun atur lanskap pada permukaan dial jelas hampir sama.
Jam ni masih cantik dan berfungsi dengan baik menghitung masa dan kalendar juga masih berfungsi dengan lancar.
CUMA, crown tidak original...tapi agak mudah untuk cari sebab ia berwarna putih (s/steel) tapi kalau kuning (gold) agak sukar jugak nak dapat..Saya sengaja tak cari kerana agak malas kebelakangan ni nak ronda ke kedai apek jam walau berdekatan jadi jual murah sikit lah seadanya...



box tidak di jual..hanya jam sahaja...

masih cantik...

casing bersaiz diameter : 38mmx45mm
tebal : 11.5mm
berat : tak timbang pun...

jam yang kolektif dan berkualiti

dial yang masih cantik dan bersih...

bracelet s/steel yang cantik, berat dan tebal..amat selesa dipakai

Enjin Swiss rotomatic 36000 beat...antara model enjin yang terbaik dari Titoni..
masih bersih dan berfungsi dengan lancar...

PAGOL A1 AUTO - SOLD

Pagol A1 ni perlu dibaiki kerana tak berfungsi lagi.
Antara kekurangan yang ada pada jam ini ialah:
-enjin tidak berfungsi tapi masih ada harapan untuk dipulihkan menurut rakan otai kaki jam
-cermin kaca terdapat kesan calar yang agak banyak
-crown tidak original (pakai yang bertanda 'CTZ' mungkin Citizen punya kot...)
-band (strap/bracelet) takde disertakan


box tak jual,hanya perhiasan jer....jam je nak jual murah2 seadanya...

bentuk casing bujur yang unik seperti Seiko Diamatic atau Rado Diastar

dari tepi nampak macam square tapi sebenarnya bujur
casing bersaiz diameter : 37mmx40mm

Enjin Swiss 25 jewels yang masih lengkap dan cantik....

penutup belakang casing masih yang asal dan ber cop jenama Pagol...

Sunday, March 14, 2010

SEIKO Sea-Lion C22 Automatic - SOLD

Seiko Sea-Lion C22
Automatik
24 Jewels
Diameter casing: 36mmx40mm
Condition masih berfungsi dengan baik menghitung masa dan fungsi kalendar juga masih elok.


Permukaan dial masih cantik cuma terdapat habuk2 halus yang menjadikan ia nampak kusam dan pudar. Anda perlu cari tukang jam untuk buka dan cuci cermin dan bersihkan permukaan buang habuk pada permukaan dial tu untuk kembalikan serinya! Dial jam ini berwarna silver two-tone tu sebab susah nak ambik gambar yang cantik kerana ia membiaskan cahaya.
Cermin terdapat sedikit kesan calar2 halus. Masih elok lagi dan tak perlu tukar baru.

Terdapat emblem Seiko 'selfdater' dan '24 jewels'.
Bagi saya jam ini unik bukan saja kerana ia dari keluarga Sea-Lion tetapi ia lebih unik dan jadi buruan kerana enjin nya dibekalkan dengan jewels yang agak banyak bagi sebiji jam Jepun iaitu sebanyak 24!

Bracelet dan folding clasp s/steel yang agak panjang dan sesuai untuk tangan lelaki dewasa.

Logo imej singa laut/sea-lion masih terdapat pada permukaan belakang penutup casing walau ia agak pudar akibat kesan pemakaian. Kalau nak tengok logo tu perlu tengok dengan teliti sebab ia dah agak pudar.
Terdapat perkataan 'Sea-Lion C22, Diashock,Waterproof dan nombor siri produk.

Enjin C22 automatik 24 jewels yang masih cantik dan bersih...running juga ok...

Saturday, March 13, 2010

SEIKO 5 Sports Auto 6309-8360

* tak jadi jual..

Seiko cantik dan rare nk jual murah dan berpatutan...
automatik 17 jewels
enjin 6309-8360
enjin dia masih running cantik lagi...
kalendar berfungsi dengan sempurna

full ori parts

-diameter casing 38.5mmx44mm
-dial sangat bersih
-cermin ada kesan calar2 sikit tapi tak perlu tukar sebab sikit jer...
-bezel sangat cantik dan unik boleh putar dwi-arah
-kalendar jenis quick-set


cun lagi dan full ori..terbaik...
sayang gak nak let go sebab susah dapat model Seiko 5 Sports guna enjin 6309...

Anak panah menunjukkan jarum panjang dan tajam ala2 model military..
design jarum tu yang buat saya jadi sayang nak lepaskan dia pergi...


box tu tak jual...nk jual jam tu jer...


nampak sepadan dengan box tu walau bukan dia punya..

bezel dia unik dan tak macam design jam Seiko diver yang lain,lihat permukaan tepi bezel yang berbeza dengan model 6309 yang lain..tebal dia 3mm dan jenis boleh putar dwi-arah..

bracelet s/steel dan folding clasp ori lagi tuh!

Menggunakan enjin Seiko 6309 automatik 17 jewels (antara yang terbaik dalam keluarga Seiko,betul ke?)

Enjin masih sangat bersih dan takde sikit karat atau kotoran pun...superb!

lihat lah jam cantik ini puas2..kalau minat roger saya....

SOLVIL et TITUS Quartz - SOLD