Wednesday, April 14, 2010

Vintage OMEGA SEAMASTER AUTO - SOLD

Omega Seamaster
-automatik
-parts&aksesori semua original
-jam jalan elok dan lancar




tengok nih muka depan dia yang masih bersih dan mulus...dah berpuluh tahun usianya tapi tetap maintain macam baru kualiti dia...huh memang superb!
diameter casing : 33mmx38mm



bentuk empat segi dia ni lawo sebab ada lengkung pada kiri kanan casing, bentuk yang kebanyakan jam mewah dan berjenama besar ketengahkan..orang kata rupa macam ni dipanggil dress watch..betoi ke kome oi? teman tak berapa tau....balun je le...

penutup belakang dia kosong je takde logo jenama dan apa2 tulisan pun..kena cungkil kalau nak bukak penutup nya....

jam ni memang lawo dan bergaya...jam orang2 kaya, teman pun tak mampu pakai, tolong carikan untuk korang boleh lah...

crown masih ori lagi..tarik sekali untuk set tarikh, tarik kali kedua untuk set masa..senang je...

cop bahagian dalam strap kulit ori jam ni..

ni plak zoom pada buckle ori jam ni...kulit apa tak tau le tu tapi nampak gaya macam kulit buaya..teman pun tak tau apa ke bangse nya...

ada cop macam yang teman zoom tu pada celah antara lug jam ni, imej logo omega, angka 20 dan hurup S..itu bermaksud casing jam ni gold filled 20 microns gamaknya...

'plaque or G 20 microns'=gold plated 20 microns
perkataan 'plaque or' tu dari bahasa Perancis kalau teman tak silap..kalau teman salah tolong betulkan..tak pun call je Zidane terus...hehehehe..

enjin automatik jenis flat caliber...

Sunday, April 4, 2010

Rado Diastar Auto - SOLD

Lawa Rado ni kan? memang sangat lawa dan sering jadi buruan peminat Rado...
Warna kilauan kuning emas jam ni memang sentiasa menarik perhatian bila dipakai...
Rasanya tak perlu cerita banyak2 pasal jam ni sebab kebanyakan 'kaki jam' memang dah arif tentang ciri2 jam nih...popular benor dah dia nih sejak sekian lama....











Tuesday, March 30, 2010

TISSOT DIVER'S PR100 AUTO - SOLD


Tissot Diver's PR100 Automatic.
25 Jewels Swiss Made
Semua komponen masih original KECUALI crown.


dial masih bersih dan cantik berseri...
luminous masih berfungsi dan bercahaya dengan terang di dalam gelap...
diameter casing : 40mmx44.5mm

bezel boleh putar satu arah (arah lawan jam)..
tarikh jenis quick-set..

cantik juga kalau pakai strap kulit...

saje copy gambar bagi nampak banyak...

design bracelet yang unik dan menarik...

'buah-buah' rantai yang cantik dan padat...bracelet ni memang selesa pakai sebab agak berat disebabkan materialnya ialah solid s/steel...ori...

sama dan serupa...

double folding clasp asal yang menjanjikan kekemasan dan keselesaan maksimum untuk si pemakai...

ruang belakang jam ini...terdapat penutup khas unutk melindungi enjin sebelum penutup luar casing dipasangkan...


enjin yang menjana pergerakan PR100 ini...automatik 25 jewels...
enjin berwarna keemasan yang begitu bersih walau dah berusia bertahun-tahun...

anak panah menunjukkan perkataan 'sapphire crystal' pada permukaan penutup belakang jam..

anak panah menunjukkan extra bracelet khas untuk divers terdapat di belakang clasp, ia boleh dibuka untuk melaras bracelet agar bersesuaian dengan pergelangan tangan pemakai sekiranya bracelet tidak cukup panjang. Ia juga boleh dilipat dan disimpan disebalik clasp jika tidak digunakan.

Ray-Ax Polarised Sunglasses USA - SOLD





















SWATCH FASHION DIVER WATCH - SOLD