Thursday, December 8, 2011

MAUTHE Germany Wall Clock - RM220

-original Mauthe Made In Germany
-casing,cermin kaca dan dial sahaja untuk dijual enjin dan jarum dah takde
-keadaan sangat elok dan cantik
-alat ganti yang sangat sukar didapati

Keadaan masih cantik dan lawa walau dah berusia berpuluh tahun tapi ia sekadar alat ganti kiranya anda ada model yang sama dalam simpanan untuk di 'upgrade' kan. Kalau nak buat perhiasan macam tu saja kat dinding rumah pun boleh juga. Ia memang masih lawa lagi. Sila tengok gambar2 lain untuk penelitian lanjut.

Arrow dalam gambar tu ialah dimension ukuran diameter casing keseluruhan iaitu 315mm. Diameter dial pulak ialah 273mm mengikut ukuran bahagian depan dial.

Cun lagi, gantung saja2 kata dinding pun kira ok jugak kot....

Tu dia logo trademark jenama Mauthe generasi yang ke berapa aku pun tak pasti sebab brand ni ada guna banyak logo dan berubah-ubah dari masa ke semasa...check la fakta ni dalam gooogle kalau anda rajin demi untuk kepastian...

Perkataan 'MADE IN GERMANY' masih kedapatan dengan keadaan yang masih jelas.

Cermin boleh dibuka pada satu lock yang terletak pada kedudukan pukul 6.

Tebal keseluruhan ialah 64mm dan cermin pulak jenis kaca cembung. Cermin pun lawa lagi dan takde calar serius.

Mengikut pengamatan saya kalau tak salah plate logam yang menjadi casing pada rajah yang bertanda arrow tu ialah jenis tembaga. Mengikut warna nya yang kemerah-merahan jelas ia adalah tembaga jenis lama dan baik.

Breitling Skeleton - SOLD

-manual winding movement
-40mm diameter casing
-see through case back
-very nice gold colour casing







Monday, December 5, 2011

NOS Vintage Ray-Ban Sunglasses - RM850

Model buatan Ray-Ban by Bausch&Lomb
Original B&L USA
Model ni sangat2 jarang boleh dapat lagi sekarang tak kira dari collector mau pun kedai.
Cantik dan unik. Sesuai untuk lelaki atau perempuan.
Semua ciri-ciri masih original dan sangat elok dan cantik.
Hanya pernah cuba pakai 2-3 kali sahaja.
Casing dan kain lap disediakan.
Model yang dah pupus dari pasaran.
Hanya ada seunit sahaja untuk dijual.















Sunday, December 4, 2011

Omega Constellation Manual Winding - SOLD

-enjin manual winding/kunci
-semua part masih ori kecuali strap kulit
-model Constellation yang agak rare kerana kebiasaanya menggunakan enjin auto
-lokasi jam dan pemilik di Ipoh,Perak.
Jika berminat sila hubungi pemilik jam ini sendiri ditalian : 012-5802149-(Tapa)






Wisel Antik - SOLD

The Acme
-wisel antik lengkap dengan rantai sebagai penggantung
-material jenis logam stainless steel
-buat England
-unik dan rare






Vintage Oriental Ceramic Tea Set by Nikko - SOLD

Set terdiri daripada :
-1 unit teko dengan penutup
-1 unit bekas gula dengan penutup
-1 unit bekas susu/creamer
-6 unit cawan
-6 unit piring lapik cawan
-semua adalah original keluaran Nikko Oriental Ceramic
-condition sangat bagus dan memuaskan tanpa pecah atau sompek

Gambar di ambik masa niaga kat pasar karat Memory Land (Loken,Ipoh) siang tadi (Ahad)...ramai yang merisik tapi sebab harga tak sesuai jadi tak dapat nak lepaskan...cuba iklankan kat dalam blog pulak kot2 jumpa jodoh dia...

Ilustrasi menarik dan kelihatan mewah gaya Inggeris...bukan nak banggakan orang Inggeris pulak tapi tulah gaya yang memang ada pada set nih...


Imeje dalam gambar adalah rupa cop jenama yanga tertera kat belakang setiap satu unit kelengkapan yang terdapat dalam set nih....tapi kecuali bekas creamer rasanya takde cop ni tapi ilustrasi tetap sama, saya tak dapat jelaskan kenapa sebab tak arif dalam bidang pinggan mangkuk nih..


Condition masih elok lagi...sesuai nak guna hari2 atau pun nak letak dalam lemari buat perhiasan pun boleh...terpulang pada anda...

Menurut seorang rakan yang arif dengan perkakas ceramic macam ni kata nya ia dah berusia lebih kurang 20 tahun, saya tak pasti samada pendapat tu betol ke tak...anda lebih tau jawapanya kerana anda lebih bijak sebagai pengguna/pembeli...

Thursday, December 1, 2011

Talipinggang Antik Tembaga Imej Bunga - SOLD

-tali pinggang antik
-dibuat dari tembaga lama
-bakel berukir imej bunga
-sederhana panjang
-keadaan masih elok cuma perlu polish untuk lebih berseri
-barangan antik yang semakin pupus