Sunday, August 25, 2013

Bukan sebarang CITIZEN - SOLD

Sebijik jam Citizen model yang sangat sukar nak jumpa.
Rupa paras menggoda seakan lenggok swiss made tapi sebenarnya Japan Made.
Beliau ialah CITIZEN MASTER PARA SHOCK PHYNOX.
For sale, anda BERMINAT? call/sms/whatsapp lg senang...016 5385356 for best price.

 Saiz casing 35mm tak termasuk crown.
Enjin manual winding 19 jewels run elok dan lancar.

 Rupa paras dial yang masih sangat cantik walau usia dah berpuluh tahun.
Difahamkan bahawa model ini adalah antara model terawal keluaran Citizen Corp.
RARE...RARE...RARE...

 Casing nipis dan cermin cantik takde calar.
Menonjolkan ciri-ciri jam vintaj kategori mewah.

Casing disaluti emas 20 microns GP (gold plated)
Penutup enjin jenis snap bukan screw down lock.
Jam lama tapi cantik begini memang sangat berbaloi dimiliki.

Monday, August 19, 2013

TIMBERLAND Chronograph Pilot Watch

-Timberland original accessories.
-Model chronograph.
-Semua parts masih original.
-All stainless steel.
-Sesuai untuk lelaki dewasa (saiz 45mmX48mm)
-Sekali tengok ia seiras model jam Tissot.

Dial/muka yang sangat cantik dan bersih. Permukaan dial ada corak2 halus sebagai hiasan seni.
Hujung jarum saat ada berbentuk seperti kapal terbang.
Mungkin in model jam khas untuk pilot agaknya...

Cantik dan sesuai untuk dipakai dalam menjalani apa2 aktiviti sekalipun.
Lasak, formal, rilex, sukan...semua boleh!

Logo Timberland tertera megah di bahagian atas bezel pada bahagian 'pukul 12'.

Bracelet solid stainless steel. Padat, tebal dan berat.
Selesa dan terasa 'ada' di tangan semasa dipakai.

Baki bracelet yang masih disimpan andai untuk kegunaan tangan yang lebih besar.

Logo Timberland timbul pada permukaan folding clasp. Ori.

Permukaan belakang penutup enjin juga ada logo trademark Timberland berserta beberapa patah perkataan lain sebagi symbol sesuatu.

Sunday, August 18, 2013

Vintage ROYCE Leadership 600 Automatic - SOLD

Jam vintage Royce model Leadership 600
Enjin automatic 77 jewels (rare&unik)
Fungsi keseluruhan masih baik.
Crown masih original.









Wednesday, August 14, 2013

Rare KIENZLE Tam-Tam Germany - SOLD

Jam loceng meja antik jenama Kienzle buatan Germany dan ia adalah keluaran sempena Piano Forte dan Tam-Tam (teman pun tak pasti apa maksud Piano Forte tu...)
 Jam berfungsi dengan baik. Loceng pun berbunyi dengan baik dan agak kuat.
Jam loceng rare Kienzle Tam-Tam yang sentiasa jadi buruan collector Kienzle.

Muka jam masih bersih dan agak cantik jika dibandingkan dengan usianya yang dah berpuluh tahun. Cermin pun elok takde pecah atau retak. Calar2 sikit biasa lah tu barang antik....

 
 Casing jam ni sebenarnya cantik jika dibersihkan dan kalau di 'polish' semula, cuma teman tak sempat nak buat so jual seadanya lah...

 Tu dia fokus dekat pada permukaan dial Tam-Tam...susah dapat nih....

 Agak besar sikit dari kawan nya Si Smiths tu...(Smith tu dh jual dah...)

 Bulatan merah kat dalam gambar atas tu nak bagi tau bahawa punat penekan untuk memberhentikan bunyi loceng telah hilang atau tiada lagi tapi walau bagaimana pun perkiraan jam masih berjalan baik. Loceng berbunyi kuat dan nyata.

Ni pulak imej anak panah menunjukkan dua pelaras untuk memusing setting pada belakang casing bercop ada bertanda nama Kienzle, so ia membuktikan bahawa ia adalah komponen asal dan tulin dari jam ini.

Tuesday, August 13, 2013

Very Rare Swiss Made SONATA Record Player - RM2600

-Pemain rekod lama mudah alih
-Jenama Sonata buatan Thorens-swiss made
-Sangat unik dan berbeza dari jenis2 kebiasaan pemain rekod seumpamanya
-Masih berfungsi dengan baik (terbukti berfungsi setelah diuji).

Pemain rekod ini merupakan antara yang ter-unik pernah saya lihat dari banyak2 pemain rekod sama era dengan nya.

Dilindungi kotak dibahagian luar nya. Kotak kayu dihiasi imej lukisan bermotifkan pemandangan pokok. Di bahagian atas kotak pula imej seekor naga yang sedang melingkarkan badan nya.

Pandangan sisi kanan kotak mempunyai lubang kecil untuk memasukkan engkol pemutar bagi menghidupkan enjin pemain rekod ini.

Ini gambar semasa saya menguji fungsi pemain rekod ini. Ternyata ia masih boleh digunakan dengan baik. Mampu memutarkan lagu pada rekod dengan bunyi/suara yang agak kuat.


Arrow menunjukkan perkataan 'Made By Swiss Firm'. Tulisan agak kecil jadi tak dapat nak tunjuk dengan jelas selain ia terlindung disebalik komponen seperti dalam gambar tu.

Di atas merupakan imej enjin pemain rekod ini. Ia memaparkan imej ukiran yang berbunyi 'Thorens swiss made'. Ia disertai dengan logo barangan tersebut dengan perkataan berbunyi 'O.SCHOCH SWISS-MADE'.

Pemegang kotak tersebut diperbuat dari logam jenis tembaga. Jelas juga kelihatan gambar lukisan bermotif pemandangan pada permukaan kotak tersebut.

Gambar menunjukkan peti simpanan mata jarum pemain rekod tu yang terdapat dibahagian dalam kotak.

Sejumlah jarum 'mata' pemain rekod ini dibekalkan kepada pembeli bersama pemain rekod ini sebagai pakej.

Peti muzik zaman dulu..sekarang memang susah nak jumpa dah....

RARE Vintage BREITLING Waterproof - SOLD

Original rare swiss made
Manual winding 17 jewels
Strong running condition
Complete with 'rel keretapi' original bracelet
This beauty 31mm diameter watch is circa 1940's...

Dial masih elok walau dah berusia puluhan tahun...

 Dua generasi lagenda horologi Breitling

 Bracelet otai terbaik....
 

 

 


 
 
Enjin masih cun dan berfungsi baik....
 
Bracelet vintaj...
 


Tuesday, August 6, 2013

SEIKO UFO - SOLD

SEIKO UFO
6138-0011
for sale...