Saturday, September 14, 2013

Vintage INGERSOLL Triumph - SOLD

Rare model dari pengeluar jam jenama Ingersoll.
Buatan Great Britain kini England.
Enjin jenis manual winding/kunci.
Diameter casing 33mm x 41.5mm
Dibuat bersempena motor military jenama Triumph.







Thursday, September 5, 2013

Vintaj OMEGA Seamaster Automatic - SOLD

Bertemu kembali di siri jualan jam lama di MyLocken Klasik.
Kali ini teman bawakan sebijik Omega Seamaster untuk di dagangkan dipasaran jam lama.
Keadaan yang masih agak cantik dan mengekalkan keaslianya walau dah berusia puluhan tahun.
Jam vintaj kelas mewah yang tidak perlu diperkenalkan lagi..OMEGA Swiss Made.
Call/sms/Whatsapp : 016 5385356 Zul Putera

 NOTA: Rupa paras jam ini sebenarnya lebih cantik dari gambar dipaparkan, oleh kerana gambar kurang berkualiti jadi ia kelihatan agak kusam dan suram.

 Dial original dan bersih. Cermin mulus takde calar kasar/serius.
Ketiga-tiga jarum  masih original. Kalendar pun befungsi dengan bagus.

Casing gold plated (GP) 20 microns (ada terukir di tengah2 lug)
 Sangat segak digayakan dalam apa jugak suasana.
Jam mewah yang masih kekal berprestij.

 Strap kulit jenis biasa (non-Omega),
buckle Omega aftermarket amat elok dan sedondon.

 Sangat sesuai dengan strap kulit.
Boleh juga dipasang bracelet jika ada (teman tak ada...)

Cun jam ni bosss...so apa lagi call me....

 Crown masih original, bertanda logo Omega.

 Cop kat belakang back case, kuda 'pelik' yang mengujakan...

Monday, August 26, 2013

Used Pilot Watch FORTIS FLIEGER AUTO - SOLD

Sekadar iklan ulangan tapi menampilkan detail yang lebih lengkap.
Tampil dengan box dan beberapa kad berserta sarung kad original.
Jam cantik sempurna yang masih menanti tuan baru,
come make a deal....016 5385356 call/sms/whatsapp Zul Putera

Tiada apa nak kata lagi. Gambar menceritakan segala nya. Masih cun dan sempurna.
Cermin kaca jenis flat langsung tiada calar! Dial sangat bersih tanpa cela!

 Set yang disertakan seperti asal dari kedai.

 Jarum oren sangat menarik perhatian. Casing PVD coated begitu cantik dan kemas.

 Ini aje lah yang dapat....

 Box dan casing kad tu dah semakin lusuh dan banyak kesan terkopek pada bahagian tepi2 box.

 Strap kulit ni original sejak beli. Ada cop perkataan FORTIS pada bahagian dalam strap.
Ada kesan warana pudar pada strap tu tapi andai ia di polish dengan kiwi hitam ia akan 
kelihatan elok semula sebab ia kulit asli.

 Ukiran pada back case.

 Crown besar dan jenis screw down lock.
Buckle juga asli dan bercop logo Fortis.


Vintage CYMA AUTO Hammer/Bumper - SOLD

Jarang sekali boleh kita temui jam menggunakan enjin bumper/hammer selain dai Omega.
Kini Cyma muncul dengan enjin jenis yang sama.Walau tak sehebat jenama Omega tapi ia tetap menarik dan berbaloi dimiliki pada hemat saya.
Call/sms/whatsapp 016 5385356 for best price....

 Dial tak berapa comel dah tapi masih mengekalkan keaslian.
Jam lama memang lah tak cantik macam jam baru/moden so sapa yang faham tu takde masalah lah.

 Cermin acrylic takde calar kasar atau yang serius. Halus2 kesan pemakaian tu biasa lah.

 Rupa paras enjin bumper/hammer jam ini sangat unik dan hebat.
Persis enjin Omega yang sinonim dengan kilauan emas yang memukau.

Ini zoom fokus dekat untuk anda saksikan sendiri adakah ia benar2 memukau atau sekadar 'ayat power' saja. Cyma atau jenama lain memang sangat kurang buat enjin jenis begini.
Kalau jenis auto biasa memang banyak dan normal jumlah nya.

 Back case jenis cembung seakan model bubble. Ia jenis screw down dan bukan jenis kopek-snap.
Ada lorek ukiran perkataan 'CYMA AUTOMATIC' dan beberapa perkataan lain 
yang tak berapa jelas dan sukar nak ambik gambarnya.

Ada cop CYMA juga di bahagian dalam back case ni.

Crown tak original rasanya sebab cop pada permukaan tu bukan logo Cyma 
seperti pada folding clasp tu. Walau begitu ia sedondon dan masih 
berfungsi dengan baikwalau ada goyang2 sikit ketika melaras jarum.

TITONI COSMO KING - SOLD

urgent sale....
 TITONI COSMO KING
all original parts
automatic
very good condition...
call/sms : 016 5385356 Zul Putera

 









Sunday, August 25, 2013

Bukan sebarang CITIZEN - SOLD

Sebijik jam Citizen model yang sangat sukar nak jumpa.
Rupa paras menggoda seakan lenggok swiss made tapi sebenarnya Japan Made.
Beliau ialah CITIZEN MASTER PARA SHOCK PHYNOX.
For sale, anda BERMINAT? call/sms/whatsapp lg senang...016 5385356 for best price.

 Saiz casing 35mm tak termasuk crown.
Enjin manual winding 19 jewels run elok dan lancar.

 Rupa paras dial yang masih sangat cantik walau usia dah berpuluh tahun.
Difahamkan bahawa model ini adalah antara model terawal keluaran Citizen Corp.
RARE...RARE...RARE...

 Casing nipis dan cermin cantik takde calar.
Menonjolkan ciri-ciri jam vintaj kategori mewah.

Casing disaluti emas 20 microns GP (gold plated)
Penutup enjin jenis snap bukan screw down lock.
Jam lama tapi cantik begini memang sangat berbaloi dimiliki.

Monday, August 19, 2013

TIMBERLAND Chronograph Pilot Watch

-Timberland original accessories.
-Model chronograph.
-Semua parts masih original.
-All stainless steel.
-Sesuai untuk lelaki dewasa (saiz 45mmX48mm)
-Sekali tengok ia seiras model jam Tissot.

Dial/muka yang sangat cantik dan bersih. Permukaan dial ada corak2 halus sebagai hiasan seni.
Hujung jarum saat ada berbentuk seperti kapal terbang.
Mungkin in model jam khas untuk pilot agaknya...

Cantik dan sesuai untuk dipakai dalam menjalani apa2 aktiviti sekalipun.
Lasak, formal, rilex, sukan...semua boleh!

Logo Timberland tertera megah di bahagian atas bezel pada bahagian 'pukul 12'.

Bracelet solid stainless steel. Padat, tebal dan berat.
Selesa dan terasa 'ada' di tangan semasa dipakai.

Baki bracelet yang masih disimpan andai untuk kegunaan tangan yang lebih besar.

Logo Timberland timbul pada permukaan folding clasp. Ori.

Permukaan belakang penutup enjin juga ada logo trademark Timberland berserta beberapa patah perkataan lain sebagi symbol sesuatu.