Thursday, March 25, 2010

PAGOL A1 AUTO - SOLD

Pagol A1 ni perlu dibaiki kerana tak berfungsi lagi.
Antara kekurangan yang ada pada jam ini ialah:
-enjin tidak berfungsi tapi masih ada harapan untuk dipulihkan menurut rakan otai kaki jam
-cermin kaca terdapat kesan calar yang agak banyak
-crown tidak original (pakai yang bertanda 'CTZ' mungkin Citizen punya kot...)
-band (strap/bracelet) takde disertakan


box tak jual,hanya perhiasan jer....jam je nak jual murah2 seadanya...

bentuk casing bujur yang unik seperti Seiko Diamatic atau Rado Diastar

dari tepi nampak macam square tapi sebenarnya bujur
casing bersaiz diameter : 37mmx40mm

Enjin Swiss 25 jewels yang masih lengkap dan cantik....

penutup belakang casing masih yang asal dan ber cop jenama Pagol...

Sunday, March 14, 2010

SEIKO Sea-Lion C22 Automatic - SOLD

Seiko Sea-Lion C22
Automatik
24 Jewels
Diameter casing: 36mmx40mm
Condition masih berfungsi dengan baik menghitung masa dan fungsi kalendar juga masih elok.


Permukaan dial masih cantik cuma terdapat habuk2 halus yang menjadikan ia nampak kusam dan pudar. Anda perlu cari tukang jam untuk buka dan cuci cermin dan bersihkan permukaan buang habuk pada permukaan dial tu untuk kembalikan serinya! Dial jam ini berwarna silver two-tone tu sebab susah nak ambik gambar yang cantik kerana ia membiaskan cahaya.
Cermin terdapat sedikit kesan calar2 halus. Masih elok lagi dan tak perlu tukar baru.

Terdapat emblem Seiko 'selfdater' dan '24 jewels'.
Bagi saya jam ini unik bukan saja kerana ia dari keluarga Sea-Lion tetapi ia lebih unik dan jadi buruan kerana enjin nya dibekalkan dengan jewels yang agak banyak bagi sebiji jam Jepun iaitu sebanyak 24!

Bracelet dan folding clasp s/steel yang agak panjang dan sesuai untuk tangan lelaki dewasa.

Logo imej singa laut/sea-lion masih terdapat pada permukaan belakang penutup casing walau ia agak pudar akibat kesan pemakaian. Kalau nak tengok logo tu perlu tengok dengan teliti sebab ia dah agak pudar.
Terdapat perkataan 'Sea-Lion C22, Diashock,Waterproof dan nombor siri produk.

Enjin C22 automatik 24 jewels yang masih cantik dan bersih...running juga ok...

Saturday, March 13, 2010

SEIKO 5 Sports Auto 6309-8360

* tak jadi jual..

Seiko cantik dan rare nk jual murah dan berpatutan...
automatik 17 jewels
enjin 6309-8360
enjin dia masih running cantik lagi...
kalendar berfungsi dengan sempurna

full ori parts

-diameter casing 38.5mmx44mm
-dial sangat bersih
-cermin ada kesan calar2 sikit tapi tak perlu tukar sebab sikit jer...
-bezel sangat cantik dan unik boleh putar dwi-arah
-kalendar jenis quick-set


cun lagi dan full ori..terbaik...
sayang gak nak let go sebab susah dapat model Seiko 5 Sports guna enjin 6309...

Anak panah menunjukkan jarum panjang dan tajam ala2 model military..
design jarum tu yang buat saya jadi sayang nak lepaskan dia pergi...


box tu tak jual...nk jual jam tu jer...


nampak sepadan dengan box tu walau bukan dia punya..

bezel dia unik dan tak macam design jam Seiko diver yang lain,lihat permukaan tepi bezel yang berbeza dengan model 6309 yang lain..tebal dia 3mm dan jenis boleh putar dwi-arah..

bracelet s/steel dan folding clasp ori lagi tuh!

Menggunakan enjin Seiko 6309 automatik 17 jewels (antara yang terbaik dalam keluarga Seiko,betul ke?)

Enjin masih sangat bersih dan takde sikit karat atau kotoran pun...superb!

lihat lah jam cantik ini puas2..kalau minat roger saya....

SOLVIL et TITUS Quartz - SOLD



















Sunday, March 7, 2010

Vintage ORIENT WORLD TIME DIVER - SOLD


Jam lama yang bersaiz dimeter agak besar (43mmx46mm).
Condition terbaik. Good running conditon omputih cakap....
Jarang didapati jam lama buatan Jepun dalam kategori 'world diver' macam model ni.

Dial two-tone hijau kekuningan yang cantik memukau.

Dial masih sangat bersih seakan-akan NOS.

Bergaya kalau pakai jam ni keran saiz yang mampu mencuri tumpuan peminatnya bak kata pepatah 'hanya jauhari mengenal manikam'.

Jenama Jepun yang kurang dapat sambutan berbanding Seiko atau Citizen tetapi Orient juga mampu memiliki peminatnya yang tersendiri dengan model2 yang segak begini. Orient boleh!

Cantik, besar, kelihatan gagah dan tegap.

Bracelet s/steel dan folding clasp Orient.

Enjin Orient automatik 25 jewels.
Walau dah berusia puluhan tahun tetapi kebersihan enjin ini berada di tahap terpuji pada penilaian saya!


NOTE: Tahap water resist dan tahap ketepatan masa tidak diuji. Jika ingin memiliki sebiji jam lama/vintaj risiko ini perlu dihadapi dengan hati terbuka.

Wednesday, March 3, 2010

Pre-Owned ORIS Big Crown F1 Williams - SOLD

ORIS F1
Saiz besar 40.5mm diameter casing.
Cermin sapphire crystal.
Dalam gelap boleh nampak jarum dan dot-dot pada setiap penanda masa selang jarak lima minit.
Tengok lah gambar2 amatur ni untuk cuci mata dan menikmati keunikan nya...silakan.











Tuesday, March 2, 2010

Vintage RAY-BAN Wayfarer Folding - SOLD

Ray-Ban Wayfarer Folding buatan USA yang tiada lagi produksi pengeluaranya kini.
Cermin G-15 original buatan Bausch&Lomb USA bersaiz 50mm.
Matte black Frame France.




Bersaiz 50mm (sederhana besar untuk lelaki dewasa).
Terdapat kesan2 calar pada permukaan cermin kiri dan kanan tetapi tidak menghalang penglihatan sama sekali.

Spek yang jadi idaman muda-mudi kini.

Boleh dilipat sehingga sebesar...... (seperti dalam gambar).

Anak panah menunjukkan sedikit kesan 'sompek' yang tidak ketara.

Emblem original pada kedua-dua arm di bahagian luar.

Anak panah menunjukkan ukiran B&L mewakili nama syarikat pembuat lenses.
Ukiran ini merupakan salah satu ciri2 utama untuk mengenal keaslian kacamata jenama Ray-Ban keluaran USA seperti ini.

Cop jenama pada bahagian dalam arm kiri dan kanan.

Nombor siri produk pada hujung arm..juga merupakan syarat wajib untuk Ray-Ban original.