Thursday, August 2, 2012

SEIKO UFO Chronograph Auto-SOLD

Jam model UFO ni pertama kali 'singgah' di MyLocken sepanjang 4/5 tahun aku berkecimpung dalam dunia horologi ni. Aku jadi sayang pada jam ni sebab beberapa perkara yang mengagumkan. Antaranya ialah sifatnya yang menepati masa dan saiznya yang besor gedabak sekaligus menonjol pada pandangan mata peminatnya dan membuatkan mata mereka yang gilakanya hampir terjojol.

Dial tak la bersih sangat hingga setanding jam baru dari kedai tapi kira cantiklah juga kalau nak banding dengan 'rakan-rakan' yang sebaya beliau. Tu tengoklah emblem SEIKO tu jelas kelihatan masih bersih berseri.

Begitu gagah dengan casing besar dan berat, bracelet jugak tebal dan solid.

Tu dia cuba tengok bijik-bijik seni solid dan pejal yang dijalin menjadi seutas rantai yang memegang jam ni. Jarang nak dapat jam ni dengn rantai asal dia ni sebab kebanyakanya telah 'dirembat' sebelum jam nya dijual. Tak patut perbuatan tu...

Imej jarak dekat memaparkan jarum-jarum yang bertugas sekian lama atas permukaan dial jam ni. jarum2 kecil stop watch dan jarum masa berwarna oren begitu menarik perhatian.

Ini juga antara sebab mengapa aku sayang dan suka jam ni. Yesss...jarum saat yang tepat pada sasaran (pukul 12) apabila stop watch di set kepada zero. Mengagumkan bagi sebijik jam yang berusia puluhan tahun begini.

Casing yang besar, berat, tebal, solid.

Gagah. Itu je yang boleh aku katakan. Ringkas dan padat.

Agak kecik Oris Star tu bila dibandingkan dengan Si UFO ni. Macam anak dengan bapak je gayanya.

Enjin automatik yang pertanggungjawab kan mengisi ruang perut jam ni. Masih lancar dan tepat masa.

'No I/C' UFO ni tertera kat permukaan penutup belakang jam.
6138-0030

Jam ni lawa dan full ori serta tepat masa. Kalau ada yang berminat boleh majukan permohonan anda dengan tawaran-tawaran menarik tapi bagi aku kalau tak jual pun tak apa sebab memang syok pakai. Thank you for watching!

ORIS Star Automatic - SOLD

Original swiss made. Automatic 21 jewels.
Dial berwarna purple two-tone yang sangat cantik dan bersih.
Cermin ada calar2 halus yang masih boleh dibersihkan cuma kau tak sempat nak buat lagi.











Tuesday, July 31, 2012

2 Unit Jam Lama Cantik..SOLD


Dua bijik jam lama yang cantik dan pasti menarik perhatian peminat jam vintaj.
Masih ada gambar2 detail yang belum dimasukkan terutama movement.
Sila amati gambar2 ringkas di bawah dan jika ada pertanyaan sila call/sms
016-5385356 Zul Putera.


SEIKO UFO CHRONOGRAPH AUTOMATIC 6238-0030




ORIS STAR AUTOMATIC



Monday, July 23, 2012

SEIKO Chrono 6139-7080 - SOLD

Seiko Cronograph yang cantik berseri dengan keseluruhan part dan aksesori
masih mengekalkan keaslian dan jati diri asal. Enjin berfungsi baik dan jarum stop watch pun back to zero bila setting stop watch.
Maaf sebab gambar enjin blom upload lagi, tapi enjin masih lancar dan full ori.

Bracelet asal.

Dial masih cantik tapi ada kesan pudar sikit akibat dimamah usia.

Depan dan belakang.




Monday, July 16, 2012

KIENZLE Sub-Second Manual - SOLD

Kienzle antik ini berwajah baru dengan kemasan bracelet mess wire yang didatangkan khas dari Penang oleh seorang rakan juga penggiat memburu jam2 lama.
Harga masih serupa seperti tertera tapi boleh nego sikit2 lagi asalkan berpatutan.


Bracelet ini agak kusam dan kelam kerana saya belom pun sempat polish. Kalau dan polish ni nescaya lagi bersinar...




Ada sedikit kesan pudar pada pukul 10, 11, 12 dan 1.

Rare model...susah nak jumpa...

Vintaj yang menawan....

Strap ini hanya lah sekadar 'tangkap muat' sahaja, anda boleh pakaikan ia apa2 strap yang lebih sesuai mengikut citarasa sendiri....

Dial lawa lagi...biasalah jam lama mesti ada kekurangan dari segi kesempurnaan fizikal mau pun mental nya....ada mental ke?

Ukiran jenama kat belakang case back...

Arrow menunjukkan lapisan dial, enjin dan caseback yang melekat antara satu sama lain, saya tak pandai nak buka risau rosak...tukang jamdi tempat saya pun tak pandai buka...mungkin tukang jam di tempat lain lebih mahir....silakan cuba....saya sendiri pun belum dapat menatap rupa paras enjin jam ini...

Setelah dibuka sekadar ini yang termampu boleh saya paparkan....

Sunday, July 1, 2012

WOODEN WATCHES DISPLAY BOX-SOLD

Box jam kayu solid dan kelihatan mewah.
-Kemasan dalaman baldu warna biru gelap.
Keadaan masih baru.
Kapasiti 12 biji jam boleh simpan tak kira jam buruk atau jam baru/mewah.
Sebijik ni je nak juai, kalau lambat orang lain rembat...
Call/sms : 016-5385356 Zul Putera