Thursday, June 27, 2013

Pakej 4 PAGOL 1 HARGA...all SOLD

Salam, kepada sesiapa yg berminat nak beli Pagol yagn 4 bijik ni teman bagi harga spesel...murah benor...beli 4 bijik sekali gus jimat kos dari beli sebijik-sebijik...
Terpulang kepada anda nak simpan wat koleksi atau nak jual semula sebab kesemua jam2 ni berfungsi dengan cukup baik. 2 bijik auto dan 2 bijik manual.
Kalau berkenan call atau sms teman. Wasapp pun boleh.
016-5385356 Zul Putera

 Semua masih berfungsi dengan baik. Enjin yang telah diservis dan boleh dipakai bila2 masa sahaja.

 Pagol V40
Enjin Automatic, Batu permata Oren pada marker.

 Pagol V10
Enjin Automatic, Batu permata Biru pada marker.
  Pagol V40
Enjin Manual/Kunci

 Pagol V40
Enjin Manual/Kunci

Monday, June 10, 2013

Box OMEGA ORIGINAL (used) -RM250

Jenama jam ni tak perlu nak diperkenalkan lagi. Seluruh dunia horologi tau yang OMEGA ni jam tangan jenama hebat. So segala yang berkaitan secara langsung dengan Omega berstatus hebat dan bernilai tinggi. Tidak terkecuali juga box lama yang teman nak let go ni.

 Masih elok secara keseluruhan. Sikit2 kesan dimakan usia tu tidak dapat dielakkan tapi tapi totally masih segak bergaya.

 Stand for display yang diletakkan di dalam box boleh dikeluarkan dan boleh dipamerkan secara berasingan dari box. Satu kelainan yang ditonjokan berbeza dengan kebanyakan box jam lain yang menggunakan seketul 'bantal' sebagai tempat display jam dalam box.

 Sebagai makluman, box ni agak berat dan tegap juga pada penilaian teman. Tak pasti apa material di dalam balutan merah luar box ni yang menjadikan dia agak berat dan teguh.

 Rupa paras dari tepi kalau jam Omega kita ditayangkan pada tetamu di hari lebaran yang bakal tiba nih...pasti teruja tetamu tengok...

 Tu dia, stand display dia bukan saja boleh alih keluar tapi ada terpampang cop OMEGA pada bahagian utama. Memang lawa dan unik box ni. Jam dalam box tu Orient je sebagai pelakon gantian.

Gelong display tu dibalut dengan kemasan baldu merah.


Box MAURICE LACROIX Original (used) - RM 160

Kali ini box jam berlabel mewah pula untuk dijual.
Hampir pasti ia adalah untuk model 'dress watch' kerana kalau untuk model sport biasanya lebih besar. Hanya ada seunit sahaja untuk dijual. Grab segera. Original swiss made.
Call/sms 016-5385356 Zul Putera

 Kondisi keseluruhan masih elok dan tiada kerosakan serius.

 Kemasan box adalah dari baldu berwarna biru. Sangat eksklusif bersesuaian denga jenama yang dah lama tersohor dalam dunia horologi.

 Dalam box tu adalah jam Girard Perregaux Gyromatic yang berperanan sebagai pelakon gantian sebab Si Maurice Lacroic takde dalam stok, susah nak dapat
 (dah lah susah nak jumpa, mahal pulak tu...)


 

Box RAYMOND WEIL Original (used) - RM150

Box jam jenama Raymond Weil original.
Box bersaiz besar dan agak 'grand' dari saiz box jam-jam biasa.
Tak pasti untuk model Raymond Weil apa tapi yang pasti ia original dan sesuai untuk semua model jenama RW. Andai anda ada jam RW tapi masa beli dulu bogel tanpa box jadi ini lah masanya nak 'rumah' pada jam tersebut.

 Keadaan keseluruhan masih baik dan tiada kerosakan serius. Sikit2 kesan penggunaan dan faktor usia tetap ada. Jangan expect box ni macam brand new kat butik pulak tapi wlaau bagaimana pun ia masih cun lagi.

 Pintu box adalah di bahagian atas. Pintu dua daun. Buka kiri dan kanan.

 Jam Breitling tu sekadar hiasan je, tidak disertakan bersama box RW ini.
Yang nak dijual box RW ni sahaja.


Thursday, June 6, 2013

PIRING HITAM THE BEATLES No.1 - RM185

Piring hitam THE BEATLES Original, bersaiz kecil, lengkap dengan cover original. Permukaan piring hitam masih elok tanpa calar serius. Hampir pasti ia masih boleh digunakan kerana tiada kesan kecacatan serius pada permukaan piring. Barang collectible dan dah hampir pupus di pasaran.. Miliki sekarang sebagai koleksi anda pula.
.





Sunday, June 2, 2013

Enicar Ultrasonic - RM190

-Original swiss made
-Men size 36mm
-Enjin manual winding berkilau keemasan
-25 jewels
-Berfungsi dengan lancar
-Semua part ori kecuali crown dan strap
-Jual murah sahaja...






Nice Dial for SEIKO&TITONI - RM150

Dial Seiko Chronograph-RM150
-diameter dial ialah : 30.5mm
-masih cantik dan seakan baru
-jarang terdapat di pasaran, dah pupus...
Berminat?...call/sms 016-5385356 Zul Putera


Dial Titoni Titoflex-RM130
-terpakai
-dial berukuran 29.5mm
-masih elok dan lawa serta bersih
-yg nampak cemar tu cuma habuk je
-dapat jarum original sekali (original satu set)
-ia memang model dua jarum tanpa jarum saat