Saturday, January 9, 2010

Very Rare-KEINZLE MILITARY - SOLD


KIENZLE MILITARY

Jam jenama gah dari German yang jarang kedapatan sebagai jam tangan. Produk jenama Kienzle ini lebih popular dan dikenali menerusi jam2 dinding kayu kunci 3 lubang dan jam meja kunci juga kebanyakanya 3 lubang.Ada info sikit pasal jam ni bersama lampiran gambar2 daif di bawah...check it out!



Pergerakan enjin secara KUNCI/MANUAL..lumrah bagi sebuah jam zaman 40an...
Saiz diameter casing 32.5mm x 37mm...tak besar dan tak kecik..sedang2 sahaja...

Jam military dengan sub-dial yang menarik dan unik...cukup untuk memikat hati peminat dengan penampilanya..

Crown besar yang jadi kebiasaan dan trademark bagi sesetengah jam vintaj kategori military.
Crown ini adalah yang asal/ori tanpa pernah ditukar ganti dan sememangnya tanpa sebarang cop.

Dial yang masih sangat bersih dan tanpa sebarang kesan lusuh...
Cuma tulisan angka2 jam telah agak pudar sedikit.
Tidak pasti ia terdapat luminous pada asalnya atau pun tidak.

Strap kulit buaya kualiti tinggi berwarna merah amat sesuai dan berpadanan sekali dengan jam ni.
Band asal tidak pasti samada ianya strap kulit atau bracelet...

Imej enjin penggerak nadi jam ini...tertera ukiran jenama Kienzle Germany pada permukaan enjin yang berwarna kuning.

Penutup belakang casing jenis 'bubble back'..jenis kopek untuk buka.
Tahap water resist tidak diuji.