Tuesday, July 6, 2010

RADO STARLINER DAYMASTER - SOLD

RADO STARLINER DAYMASTER
Model yg saya gelar sebagai 'face-off' macam filem lakonan Cage-Travolta yg mana diorg tukar muka. Jam ni pada pemerhatian saya agak sukar gak nk dapat pada pasaran semasa. Nak kata jam ni hebat tu memang la tak hebat langsung tapi dah memang susah nak dapat apa nak buat...kalau jam moden yg harga sampai beribu2 pun kalau kita nk dan ada pulak duitnya straight jer gi kedai sure boleh dapat punya tapi jam macam ni walau ada duit byk pun kalau dah tak ada k barangnya kat mana nak korek jang? hehhee..sendiri mau ingat....jengok lah di mylocken...


dial yg unik dua warna

terdapat sedikit kesan gam pada marker pukul 11

dimension casing

cermin acrylic baru..nasib ada stok di kedai kalau tak memang tak cun la jam nih...

dial yg masih cantik dalam kategori vintaj...jam lama kalau boleh dapat dalam keadaan macam ni boleh dikira masih sangat lawa la...

model face-off ni agak jarang gak kt pasaran sbb unik dan collector pun tak akan lepas peluang nk miliki sebab susah dapat...

tu dia arrow tunjuk marker yg timbul nak menyerlah sekali..tu la dia antar seni jam lama yang tak ada pada kebanyakan jam2 moden sekarang...

crown original yang keluaranya awal sebelum crown yg bertanda sauh seperti kebanyakan yg kita jumpa sekarang dikeluarkan...

tetap cantik walau tanpa bracelet asal...strap kulit pun mengancam juga...

enjin jam ni agak berlainan dengan dekoratif enjin2 jam2 lama Rado yg lain...saya tak pandai berkenaan enjin tapi walau macam mana pun saya tetap dapat detect yg enjin ni ada keisimewaan dan kelainan dari model2 yg lain...

cop 'Rado swis's tu pun tidak terdapat pada semua model Rado kerana kebanyakan model lain hanya terdapat cop tersebut pada permukaan rotor sahaja

enjin berwarna keemasan dan masih bersih berseri...pergerakan pun lancar sebab saya dah hantar servis sebelum ini

cop pada permukaan luar penutup belakang casing jam...

ni pulak cop pada permukaan dalam penutup casing..agak berbeza dari model lain kerana cop ini kelihatan seperti cop biasa berbanding dengan cop menggunakan ukiran pada model2 jam Rado yg lain..tp jgn risau ia tetap ORI...