SEIKO RALLY DIVER
*jam divers highly collectible
*model 7006 automatic 19 jewels
*model diver 70m (jarang kedapatan keran biasanya model Seiko 150m and above)
*keseluruhan jam berfungsi dengan elok dan sempurna
*bezel tidak boleh putar (tidak diketahui jenis boleh putar atau ia memang jenis fix)
*bezel insert masih jelas dan terang
*diameter casing 41mm (casing jenis lebar bahagian tepi hampir menyerupai 6105)
*dial berwarna biru candy masih bersih dan cantik
*water resist tidak diuji
*enjin masih bersih bersinar
*bracelet s/steel 'wire mesh band' disertakan

Jam divers yang semakin pupus kini..kalau model penyu masih boleh dapat lagi dikalangan blogger2 Malaysia tapi model ni jarang...jarang...

Amat segak dan bergaya dipadankan dengan 'wire mesh band' walaupun ia bukan hak milik asal jam ini tapi memang sepadan dan kelihatan nak jadi macam Omega Ploprof la pulak...

Bentuk sisi bezel lain dari model Seiko divers yang lain..tebal dan lekuk2 di bahagian tepi bezel lebih berbentuk bersegi-segi

Bahagian tepi casing agak lebar sikit seakan-akan model Seiko Penyu...

Fokus dekat wire mesh band....berkilat dan cantik

Crown brtanda 'S' yang pastinya membawa maksud Seiko..dulu saya ada jual sebiji model 6105 yang menggunakan crown bertulisan penuh 'SEIKO'...sekarang nak dapat lagi memang susah sebab dah hampir pupus...

Back case yang lebar dan sememangnya berbeza dari model divers selepas generasi model ini...

Back case yang bercop jenama dan model....biasa lah ni...

Enjin yang masih bersih dan cantik walau dah berusia puluhan tahun...running pun cantik juga...

Original 19 jewels...

Posing sisi...wire mesh tetap angkuh dengan gayanya

Bezel insert yang masih jelas memaparkan angka2 sukatan spesifik bagi kegunaan tertentu Si Penyelam...

Tetap menawan dari sudut mana pun dilihat....