Kacamata jenama Ray Ban by Bausch&Lomb USA. Saiz besar. Lenses polycarbonate berwarna brown. Frame berwarna gold masih cantik tanpa sebarang kerosakan.
*Casing original tidak disertakan sebab memang takde,tapi aku kasi gak casing lain sebagai ganti.
Lense jelas menampakkan warna brown. Kebiasaan warna lense bagi model ini ialah hitam G15, so yang aku nak jual ni kira susah nak dapatlah sebab ia Brown...
Aku kasi sekali dengan strap hitam dalam gambar tu untuk gantung spek supaya tak jatuh atau terpenyek andai simpan dalam poket.
Spek model ni cukup popular dipakai oleh seorang penggusti veteran iaitu Macho Man sekitar tahun 1980 an dulu...tapi kini ia popular pulak dikalangan muda mudi kat negara kita nih...
Selesa dan kemas dipakai kerana kombinasi lense dan frame yang ringan dan mesra pengguna.
Ada jugak orang yang kata nama model spek ni sempena sebuah kumpulan penyayi kat negara kita ni...ia tidak tepat dan tidak kena mengena sama sekali. Harap maklum.
No siri produk dan trademark ada pada permukaan dalam kaki spek ini.
Ukiran cop jenama terukir pada permukaan tiang tengah antara lense kanan dan kiri spek.