Salam Ramadhan kepada semua pengunjung yang rajin singgah di MyLocken dan tidak lokek RM utk sms risik dan survey harga jam UFO ni. Di sini teman nak jelaskan tentang sesuatu yang baru teman sedari selepas seorang rakan berminat nak beli jam ni. Ini berkaitan penutup belakang jam ni yang jadi kontroversi. Sila baca kalau nak tau..
Begini kisahnya....
Begini kisahnya....
Gambar di atas memaparkan gambar penutup belakang Seiko UFO 6138-0011 asal yang teman copy dan pinjam dari sumber internet bertujuan nak buat comparison dengan back case yang tersemat pada jam UFO teman di bawah.
Ini pulak penutup belakang Seiko Big Blue 6138-0030 yang telah digunakan pada Seiko UFO teman ni. Terdapat perbezaan antara rupa paras dua permukaan cover back case ni tapi ia sama dan sepadan dari segi saiz dan ketebalan. Teman beli jam ni dari seorang rakan tapi tak sedar bahawa back case jam ni berlainan. Jadi teman berniat nak jual murah dan balik modal je jika ada yang berminat, tapi andai kalian tak berminat pun tak apa sebab jam ni tidak cacat malah begitu cemerlang mengukur masa. Stop watch pulak back to zero bila reset. Nombor belakang tu je yang lain nya, takde masalah besar pun.
Tu dia cuba tengok bijik-bijik seni solid dan pejal yang dijalin menjadi seutas rantai yang memegang jam ni. Jarang nak dapat jam ni dengn rantai asal dia ni sebab kebanyakanya telah 'dirembat' sebelum jam nya dijual. Tak patut perbuatan tu...
Imej jarak dekat memaparkan jarum-jarum yang bertugas sekian lama atas permukaan dial jam ni. jarum2 kecil stop watch dan jarum masa berwarna oren begitu menarik perhatian.
Ini juga antara sebab mengapa aku sayang dan suka jam ni. Yesss...jarum saat yang tepat pada sasaran (pukul 12) apabila stop watch di set kepada zero. Mengagumkan bagi sebijik jam yang berusia puluhan tahun begini.
Ini lah back case Big Blue yang terpasang pada UFO teman ni. Takde masalah dari apa2 segi sekali pun cuma corak dan nombor siri je yang berlainan.