Tuesday, January 15, 2013

RARE SEIKO Seikomatic-R - SOLD

Model dari keluaran Seiko yang amat payah nak jumpa. Enjin lancar dan agak rare kerana ia kombinasi 30 jewels, biasa jam Seiko paling banyak pun 21 jewels tapi ini spesel skit. Casing unik dan lawa, cermin cembung dan dinamik. Berbaloi dijadikan koleksi. Call or sms teman 016 5385356 Zul Putera 24 jam sehari!
Model : 8305-5000 
Date production : June 1967

Jam Seiko yang teralu jarang ditemui. Ada tapi susah jumpa.
kadang2 jumpa tapi orang tak nak jual sebab ia susah dapat..tapi di MyLocken ada utk dijual...

Masih cantik lagi....dial pun bersih dan lanskap dial jugak agak unik dan berseni.

Hanya guna leather strap. Kalau ada bracelet asal lagi bagus tapi tmemang dah takde..

Ukuran dimension casing jam ini. Saiz sederhana besar.

No model tertera di permukaan penutup casing.
SS tu tak tau menatang apa...
8305-5000 tu no model jam ni
7701214 tu kombinasi tarikh buatan jam ni dan no siri keluaranya jika teman tak silap ler...
kot teman silap tolong le sms bior pebetoi balik..

Condition keseluruhan masih sangat baik walau dah berusia puluhan tahun. Amat berbaloi dijadikan koleksi dalam kelompok Seiko vintaj.

Enjin 30 jewels jam ni besar dan penuh dalam casing. Jarang jam square macam ni enjin besar dan penuh, biasanya enjin jam casing begini kecil dan berbentuk lonjong'

Tu saksikan sendiri keunikan enjin jam ni. 30 jewels.


Sunday, January 13, 2013

Kotak Jam Kayu Mewah dan Cantik - SOLD









Rubber Strap For Seiko Monster - SOLD

Strap getah diver original khas untuk model Diver SKX. Dapat dari pembekal jam tangan Seiko, Confirm original. Masih baru dalam plastik dan belum pakai lagi.











Vintaj SEIKO Auto 7005 - RM250

Jam ni agak cantik bentuk casing dan warna dialnya biru candy. Enjin automatik 17 jewels berfungsi lancar dan tarikh jenis quick set. Ada cross hair pada permukaan dial.
Model no : 7005-7052









Vintaj TIMEX Manual - SOLD

Jam lama buatan Britain jenama Timex untuk dijual. Enjin manual winding. Condition keseluruhan masih elok dan enjin lancar berfungsi. Dial warna biru cantik dan bersih. Enjin special dan unik berbeza dari rekabentuk enjin buatan swiss. Jenama jam legenda dan kerap di pakai oleh pembesar-pembesar negara Amerika masa dulu-dulu.













Wednesday, December 26, 2012

Vintaj ROSKOPF PATENT for sale...SOLD

Jam tangan yang sangat lama usianya tapi berjaya tampil dengan rupa paras yang agak cantik dan kemas. Entah dari mana datang dail yang agak mulus tu tidak diketahui sebab ia sudah pun mengalami kepupusan yang ketara sekali kebelakangan ini. Ia datang dari Kuantan berkelana ke Perak mencari 'tuan' baru. Ini dia ROSKOPF PATENT yang begitu otai sekali...

 Casing bersaiz 34mm agak besar dari kebiasaan jam2 keluaran jenama ini iaitu hanya sekitar 30mm-33mm sahaja yang biasa kedapatan di pasaran. Cermin jenis acrylic berbentuk cembung/dome. Jarum saat pun ikut melengkung ke dalam selaras dengan permukaan cermin yang cembung tersebut. Design begini memang menyerlahkan gaya jam lama/antik.

 Dial berwarna hitam agak cantik dan kurang kesan penuaan. Menurut pemilik asal ia adalah dial gantian tapi ia tetap berstatus asli. Hanya itu info yang saya dapat dari pemilik asal setelah jam ni saya terima. Original tapi gantian bermakna ori juga lah tu kan....

 Crown tiada sebarang tanda jenama tapi sedondon dan sesuai dengan casing. Teman tak tau nak agak samada ia original atau sebaliknya sebab tak pernah tengok pun crown Roskopf yang ada sign apa-apa selama ni....

 Casing jam enjin kunci kebiasaanya memang nipis begini. Ringan dipakai dan bergaya di tangan.

 Permukaan penutup belakang jam penuh dengan ukiran trademark Roskopf.
Ada perkataan dan ada juga kombinasi nombor2 yang membawa maksud tertentu.

 Rupa paras enjin manual winding/kunci 21 jewels. Enjin masih lancar tapi agak lewat sikit menghitung masa sekitar 5 minit dalam sehari (kiraan/ujian secara kasar je tu...).

Masih bergaya di pakai setanding jam2 moden yang lain. Tapi kalau nak lawan dengan jam lama jenama lain ternyata Roskopf masih mendahului carta ke 'otai' an.

Wednesday, December 12, 2012

CITIZEN Automatic - SOLD

Jam lama keluaran Jepun yang sentiasa evergreen di hati pengumpul jam2 lama. Walau tidak sehebat pesaing dari swiss tapi ia ada aura tersendiri dalam kelasnya yang juga tersendiri. Berikut sebijik Citizen Automatik dari negara Jepun untuk dijual murah-murah. 

 Full original parts.

 Dial masih elok dan ada sikit2 je pencemaran akibat dimamah usia yang sangat lama.

 Cop belakang jam.

 Enjin automatic 21 jewels. Lancar dan bagus. Teman dah antor servis dah.

 Crown pun masih original. 'CTZ' tu singkatan untuk Citizen lah....

 Folding clasp ada cop jenama. Ori.

 Casing berbentuk agak unik dan menarik.
Ukuran casing dari sisi kiri ke kanan ialah 39mm.
Ukuran dari hujung ke hujung lug ialah 41.4mm.