Wednesday, December 26, 2012

Vintaj ROSKOPF PATENT for sale...SOLD

Jam tangan yang sangat lama usianya tapi berjaya tampil dengan rupa paras yang agak cantik dan kemas. Entah dari mana datang dail yang agak mulus tu tidak diketahui sebab ia sudah pun mengalami kepupusan yang ketara sekali kebelakangan ini. Ia datang dari Kuantan berkelana ke Perak mencari 'tuan' baru. Ini dia ROSKOPF PATENT yang begitu otai sekali...

 Casing bersaiz 34mm agak besar dari kebiasaan jam2 keluaran jenama ini iaitu hanya sekitar 30mm-33mm sahaja yang biasa kedapatan di pasaran. Cermin jenis acrylic berbentuk cembung/dome. Jarum saat pun ikut melengkung ke dalam selaras dengan permukaan cermin yang cembung tersebut. Design begini memang menyerlahkan gaya jam lama/antik.

 Dial berwarna hitam agak cantik dan kurang kesan penuaan. Menurut pemilik asal ia adalah dial gantian tapi ia tetap berstatus asli. Hanya itu info yang saya dapat dari pemilik asal setelah jam ni saya terima. Original tapi gantian bermakna ori juga lah tu kan....

 Crown tiada sebarang tanda jenama tapi sedondon dan sesuai dengan casing. Teman tak tau nak agak samada ia original atau sebaliknya sebab tak pernah tengok pun crown Roskopf yang ada sign apa-apa selama ni....

 Casing jam enjin kunci kebiasaanya memang nipis begini. Ringan dipakai dan bergaya di tangan.

 Permukaan penutup belakang jam penuh dengan ukiran trademark Roskopf.
Ada perkataan dan ada juga kombinasi nombor2 yang membawa maksud tertentu.

 Rupa paras enjin manual winding/kunci 21 jewels. Enjin masih lancar tapi agak lewat sikit menghitung masa sekitar 5 minit dalam sehari (kiraan/ujian secara kasar je tu...).

Masih bergaya di pakai setanding jam2 moden yang lain. Tapi kalau nak lawan dengan jam lama jenama lain ternyata Roskopf masih mendahului carta ke 'otai' an.