Tuesday, December 4, 2012

SEIKO Sportsmatic Auto - SOLD

Sebijik jam Seiko yang agak istimewa dalam kategori jam lama keluaran Seiko Japan. Model Sportsmatic dianggap agak istimewa kerana enjin jam ini tidak lagi dikeluarkan dan reka bentuk enjin pun agak baik dan mampu menyaingi model2 buatan swiss.

Model edisi Sportsmatic ini mampu bersaing dengan model2 lain seperti SeaLion dan lain2 model istimewa seangkatan denganya keluaran Seiko Japan.


Jam ni dah takde bracelet asal jadi teman pasangkan aje dengan strap kulit jenis biasa macam dalam gambar tu. Kalau anda beli jam ni nanti pasangkan lah dengan strap atau pun bracelet yang lebih baik kerana jam ni hebat so biarlah aksesori nya pun hebat juga,

Walau pun dah berusia puluhan tahun tapi rupa paras dan keupayaan enjin menghitung masa tetap unggul dan stabil macam jam2 moden juga. Itulah antara kelebihan jam2 lama ni iaitu material nya sangat berkualiti dari pelbagai segi.

Dress watch vintage style....

Dalam lakaran bulatan  merah di atas menunjukkan tempat di mana perkataan 'DIASHOCK 17 JEWELS' terletak tapi ia dah pudar akibat dimamah usia.
Casing bersaiz 37mm tidak termasuk crown.

Pakai strap biasa pun anggun apatah lagi kalau  pakai bracelet,

Casing agak tebal kerana nak menampung saiz enjin yang agak tebal juga berbanding model2 lain.
 Mengikut kod pada nombor siri jam ni ia lahir pada bulan Jun 1976 so ia dah berumur 36 tahun!
Lebih setahun dari umur teman sendiri! (teman lahir pada Mei 1977)

  
Enjin 7625D 17 jewels,

Enjin agak bersih dan lancar walau dah berusia puluhan tahun.