Monday, May 23, 2011

Vintage Ray Ban WINGS B&L USA - SOLD

Kacamata jenama Ray Ban by Bausch&Lomb USA. Saiz besar. Lenses polycarbonate berwarna brown. Frame berwarna gold masih cantik tanpa sebarang kerosakan.

*Casing original tidak disertakan sebab memang takde,tapi aku kasi gak casing lain sebagai ganti.



Lense jelas menampakkan warna brown. Kebiasaan warna lense bagi model ini ialah hitam G15, so yang aku nak jual ni kira susah nak dapatlah sebab ia Brown...



Aku kasi sekali dengan strap hitam dalam gambar tu untuk gantung spek supaya tak jatuh atau terpenyek andai simpan dalam poket.



Spek model ni cukup popular dipakai oleh seorang penggusti veteran iaitu Macho Man sekitar tahun 1980 an dulu...tapi kini ia popular pulak dikalangan muda mudi kat negara kita nih...



Selesa dan kemas dipakai kerana kombinasi lense dan frame yang ringan dan mesra pengguna.



Ada jugak orang yang kata nama model spek ni sempena sebuah kumpulan penyayi kat negara kita ni...ia tidak tepat dan tidak kena mengena sama sekali. Harap maklum.



No siri produk dan trademark ada pada permukaan dalam kaki spek ini.



Ukiran cop jenama terukir pada permukaan tiang tengah antara lense kanan dan kiri spek.

ORI RADO STRAP (NOS)-SOLD

Dapat lagi satu strap ORIGINAL RADO untuk dijual kepada peminat Rado. Barang baru tapi stok lama. Kualiti terbaik (barang belum pakai). Sah ORIGINAL dan bukan tiruan. Jika dah lama cari barang ni so jangan ragu2 terus je dial 016 5385356 untuk deal...VERY LAST PIECE!

Saja fokus dekat2 pada buckle tu kasi Rado Maniac geram tengok seri nya tu..mana taknya barang baru tapi stok lama macam ni jarang2 ada dalam pasaran dengan harga cincai camni...kualiti sama macam kat butik gak tapi kat sana harga sendiri mau ingat la...hehehehehe....

Setelah aku ukur secara manual ia berukuran 17mm...so untuk lug yang berukuran 17mm dan 18mm boleh pakai nih...kalau pasang pada lug 18mm mungkin longgar la sikit tapi kira boleh suit gak ler...1mm je beza tak ketara pun...

Ni dimension buckle plak..saja je bagi detail padahal bukan nak bukak pun buckle tu sebab dah memang sepasang dengan strap dia so watpe plak gatal2 tangan nak tukar lain..

Macam gak 2 set strap yang dah dijual sebelum ni, strap ni gak memiliki buckle yang mudah nak pisahkan dari strap dia pasal lubang untuk spring dia tembus hingga ke tepi macam kebiasaan buckle2 ori buatan swiss tu..Omega punya pun camni gak...

Lubang strap yang masih belum pernah diteroka oleh mana2 pin buckle..

Kualiti yang pasti menggembirakan pemilik baru kelak...barang lawa sapa tak nak ye tak?...harga biasa la setakat nego sikit2 boleh lagi....

Corak yang agak berbeza sikit dari 2 set yang telah aku jual sebelumnya dan kaler yang ni plak hitam..yang 2 set sebelum ni coklat...kaler tak penting tapi yang penting ORI!

Seiko Pulsation Chronograph Automatic-SOLD


Seiko Pulsation-direka khas untuk membaca denyutan nadi. Automatik 17 jewels. Fungsi chronograph/stop watch. Casing besar 40mmx45mm dan berbentuk unik. Inner bezel untuk kegunaan khas para doktor boleh dilaras dua hala dengan mudah dan lancar.
Enjin 6139-6020. Japan A.

Nombor2 pada inner bezel masih jelas dan nyata..mengagumkan jam doktor nih...

Casing agak besar seperti kebanyakan model chrono-auto keluaran Seiko yang lain..dimension casing 40mm tidak termasuk crown yang terbonjol tu dan dari lug ke lug pulak 45mm..besar tu bro macam jam diver swiss made dah...

Aku cukup selesa dengan jam berstrap kulit macam nih...bracelet jam ni memang dah takde sejak beli dari pemilik terdahulu tapi bila aku google kan dia rupa-rupanya design bracelet asal tak lah susah nak cari sebab sama macam model2 Seiko atau Seiko 5 yang lain so kalau korang beli jam ni boleh cari sendiri la bracelet tu yer kat kedai2 jam berhampiran...

Bukan rupa je lawa tapi enjin memang lembut dan lancar..sejak aku beli dari pemilik terdahulu hari Ahad lepas sampai lah ari ni masih belum berhenti lagi enjin nya..masa pun agak tepat jugak so memang berpatutan lah jam ni dengan harga offer aku tu...

Ni bentuk casing aku snap dari beberapa sudut..ternyata lain dari model Seiko yang lain..agak mirip bentuk beberapa Seiko Sealion yang pernah aku jual sebelum nih...

Dua arrow tu point kat perkataan dan nombor rujukan untuk model jam ni...Japan A dan 6139-6020...siri Pulsation...

Movement kebanggaan Seiko...

17 jewels...

Strap dan buckle bercop jenama Seiko..


Acara penutup iklan diserikan dengan pandangan belakang Si Pulsation Automatik yang menjadi buruan Seiko Maniac...

Monday, May 16, 2011

Rare PAGOL 2000 Green Palma - SOLD


Model dari jenama Pagol yang semakin pupus. Lawa dan unik dengan 12 bijik batu permata atas setiap marker. Beberapa keping gambar disertakan untuk santapan mata.
Automatik 25 jewels.




Tuesday, May 10, 2011

FAVRE-LEUBA Rose Gold G20 - SOLD


Jam comel yang sangat menawan dengan salutan 'gold plated 20 microns. Casing rosegold yang sangat cantik. Crown masih original. Enjin manual winding. Mid-size 32mm termasuk crown.
Harga sangat berbaloi untuk sebiji jam kemasan emas.

Muka masih lawa lagi...walau saiz agak kecik untuk orang berbadan besar tapi ia begitu menawan...bersinar berkilauan...

Fokus dekat permukaan dial...not bad...kekal original biar seribu rintangan yang datang...

Ukiran 'sea king' pada bahagian tengah antara lug pada bahagian pukul 6, nama kebanggaan bagi model ini terpahat disisi lug...

Ni pulak ukiran di tengah2 antara lug pada bahagian pukul 12. Ia berbunyi 'gold plated G20'.

Enjin kunci yang sangat2 mengagumkan kondisinya! Tak tau nak kata apa dah untuk tafsir lawa dia tu..you all judge la sendiri dua keping gambar enjin atas dan bawah ni...

original vintage always the best..!

Penutup belakang casing berlogo jenama Favre-Leuba...

next...
next...
Strap kulit sebagai kemasan pilihan bagi pada tangan anda,tapi kalau nak guna bracelet kena cari sendiri sebab ia tidak dibekalkan...rasanya sejak asal dulu lagi ia memang guna strap kulit rasanya kot... Harap berpatutan kualiti dan harga...nego sikit2 takde hal...

Monday, May 2, 2011

Another RADO Ori Leather Strap N.O.S Cond.- SOLD

Satu lagi strap ori Rado untuk jualan. Buckle kaler gold bercop 'RADO'. Brown leather strap. New Old Stock Item. Susah bonar nak jumpe lagi barang NOS camni...

Terdapat cop perkataan2 tertentu pada bahagian dalam strap membuktikan ia barangan tulin buatan swiss.
Terdapat juga satu rangkaian nombor yang mungkin angka2 yang merujuk kepada model produk atau sebagainya.

Lubang spring tembus menembus pada tepi buckle adalah antara ciri2 kelaziman buckle original buatan swiss.

Paparan penuh strap menunjukan ciri2 asli strap kulit ini luar dan dalam.

Lug bersaiz 17mm setelah diukur secara manual. Tapi kalau jam lug 18mm pun boleh juga pakai sebab ia tak jauh berbeza.

Ni dia ukiran perkataan 'RADO' pada permukaan buckle jam ini. Gambar diambil pada jarak dekat untuk memberi imej yang menarik serta jelas kepada yang berminat untuk memilikinya tanpa ragu-ragu...tatak tipu-tipu looo..oli kita kata oli..cap ayam kalu kita kata cap ayam...never lies arrr...

Imej fokus dekat pada permukaan luar strap kulit, kelihatan lubang pada strap yang masih belum pernah dicucuk atau ditembusi oleh mana2 buckle..masih dara lagi...condition 11/10 sebab belum pernah pakai atau pasang kat mana2 jam sekali pun...NOS always rare...
kepada Rado Maniac jangan lepaskan barang baik ini...

Thursday, April 28, 2011

ORI RADO LEATHER STRAP (NOS)-(sold)

Strap kulit original Rado buatan swiss. Buckle berwarna keemasan terukir perkataan 'RADO'. Kulit berwarna brown. Item yang jarang ada dipasaran kini.

Buckle berwarna keemasan masih sangat cantik dan berkilauan. Lubang spring tembus menembus pada tepi buckle adalah antara ciri2 kelaziman buckle original buatan swiss. Begitulah adanya ciri2 yang terdapat pada buckle ini yang mesra pengguna.
Terdapat cop perkataan2 tertentu pada bahagian dalam strap membuktikan ia barangan tulin buatan swiss. Terdapat juga satu rangkaian nombor yang mungkin angka2 yang merujuk kepada model produk atau sebagainya
Paparan penuh strap menunjukan ciri2 asli strap kulit ini luar dan dalam.
Lug bersaiz 17mm setelah diukur secara manual. Tapi kalau jam lug 18mm pun boleh juga pakai sebab ia tak jauh berbeza.
Ni dia ukiran perkataan 'RADO' pada permukaan buckle jam ini. Gambar diambil pada jarak dekat untuk memberi imej yang menarik serta jelas kepada yang berminat untuk memilikinya...
Imej fokus dekat pada permukaan luar strap kulit, kelihatan lubang pada strap yang masih belum pernah dicucuk oleh mana2 buckle..masih dara...condition 11/10 sebab belum pernah pakai atau pasang kat mana2 jam sekali pun...NOS always rare...