Monday, April 28, 2014

SEIKO Bell-Matic Alarm 4006-6031 - SOLD

Jam vintaj automatik berfungsi sebagai penggera secara mekanikal.
Unik bukan? Biasa fungsi penggera hanya ada pada jam digital tapi hakikatnya
jam vintaj yang lebih hebat teknologi nya.
Model 4006-6031. Dial biru kehitaman yang agak bersih.
Enjin lancar mengukur masa. Kalendar dan penggera/alarm berfungsi dengan baik.
Semua part masih ORIGINAL/ASAL/ASLI/TULIN.
Kalau minat call/sms/Whatsapp : 016 5385356







Sunday, April 20, 2014

SEIKO Navigator Timer Auto - RM320

Seiko Navigator Timer 6117-6410 Automatic.
Model yang agak diminati dikalangan pelbagai variasi yang dihasilkan oleh Seiko Corp.
Model kelahiran Jepun ni masih lancar berfungsi dan memiliki kondisi yang agak elok dan cantik.
Casing yang besar dan lebar. Inner bezel yang boleh putar menambah seni dan keunikan jam ni.
Dial juga agak bersih dan cermin acrylic cuma ada calar halus kesan pemakaian.
Jarum GMT asal telah KEHILANGAN/MISSING.
Call/sms/Whatsapp : 016 5385356








Titoni Cosmo KIng 14K - SOLD

Original swiss made. Model yang lain dari kebanyakan Cosmo King kerana ia tiada
window day/hari di kedudukan pukul 12. Rim yang masih cantik bersinar (rim original baru).
Enjin lancar dan tepat masa. Crown masih original. Cermin jernih dan bersih (cermin baru tukar).
Call/sms/Whatsapp : 016 5385356.













Thursday, April 10, 2014

RADO Starliner 999 Auto - SOLD

Model dari Rado yang agak jarang kedapatan dengan saiz diameter yang agak besar iaitu 38mm.
Enjin automatik lancar dan berfungsi baik disamping kalendar hari bulan yang juga berfungsi baik.
Dial bersih dan cermin acrylic juga bersih merupakan bonus kepada pemilik jam vintaj yang berusia puluhan tahun ini. Peminat dan pengumpul jam Rado pasti tak mau terlepas salah satu model jam berseni dari pembuat jam tangan swiss made ini.Crown masih original.
call/whatsapp : 016 538 5356





Pemetik Api Mewah ST DUPONT - SOLD

Dua unit pemetik api mewah terpakai untuk dijual.
Jenama ST Dupont yang amat dikenali.
 ST Dupont putih = Silver Plated.
ST Dupont gold = Gold Plated









Thursday, March 27, 2014

Kienzle 3 Kunci - RM3500

-Original Kienzle 3 Kunci Made in Germany
-Body kayu solid dan tebal (original)
-Enjin lancar dan tepat masa
-Berbunyi dengan indah dan merdu setiap 15 minit
-Condition keseluruhan sangat baik....
*call/sms 016-5385356 (Zul Putera)



Wednesday, March 26, 2014

RADO Quartz - SOLD

Sesekali teman tampilkan pulak jam quartz kat sini.
Kerap kali dihidangkan dengan enjin auto dan manual jadi kali ni kita cuba layan jam bateri pulak.
Tapi jam ni bukan sebarangan juga. Ia buatan Rado swiss made.

 Dial jam berwarna brown masih elok, cum ada sedikit kesan2 penuaan dimamah usia.
Cermin kaca flat ada calar sikit. Biasa lah tu dah berusia puluhan tahun kan....

 Cun dipakai dan pasti tepat dalam menghitung masa berbanding jam auto atau 
manual yang perlu penjagaan lebih rapi dan teliti.

 Bracelet ini adalah model vintaj juga. Ia bukanlah original buatan Rado tapi teman pasangkan pada jam ini sebab ia sangat sesuai dan sama saiz flat end dia dengan lug jam ni.
Kalau diteliti dari segi design bracelet ni jelas ia adalah design vintaj yang bernilai lebih RM100 jika dijual berasingan di pasaran biasa.

 Crown kecil dan comel ni masih original dan ada logo sauh Rado. Terbaik.

 Back case berukir pebagai perkataan tertentu yang membawa maksud ia original dan diiktiraf.
Nombor siri produk juga ada terukir di situ.

Ini lah dia rupa paras enjin quartz buatan swiss.
Seperti kebiasaan enjin quartz swiss yang diguna pakai oleh jenama lain seperti Tissot, Omega, Bulova, Titoni dan lain-lain lagi papan enjin jam adalah berwarna biru dan gold.
Sangat berbeza dengan design model dari jepun dan lain2.

Clasp yang sangat ringkas dan mudah di buka-pakai.