Tuesday, February 15, 2011

Omega SEAMASTER Cal.501 - SOLD

SEAMASTER CAL.501

Seamaster automatik. Caliber 501. Pergerakan lancar dan tepat masa. Dianggarkan lahir sekitar tahun 1950 an tapi keadaan masih cantik seperti lahir pada 1990 an...Bersama ini aku sertakan penambahan gambar2 jam ni dari sudut enjin, ukiran pada penutup belakang casing dan padanan jam ini dengan bracelet s/steel pulak. Sebelum ni jam ni tampil dengan kemasan strap kulit je.

Bracelet s/steel ni original cuma folding clasp nya je yang takde berlogo Omega dan bermakna folding clasp saja bukan ori dan perlu cari sendiri jika ingin melengkapkan ciri2 asli jam ni.

Memang nampak lebih bergaya dengan bracelet 'bead of rice' yang sememang nya jadi idaman setiap collector Omega. Tapi yang kurang best ialah folding clasp nya tu bukan ori punya. Tu je yang jadi kurang lengkap.

Penampilan imej Caliber 501 yang terkenal dengan kemasyhuranya dikalangan model2 vintaj Omega yang lain. Movement yang bernombor siri 3 angka dan yang bernombor siri 4 angka membawa prestij yang berbeza dan mempunyai peminat tersendiri. Siri 3 angka lebih popular dan jadi keutamaan collector.

Cop ukiran bahagian dalam penutup back case penuh dan sarat dengan teks yang membawa maksud yang tak dapat aku huraikan. Tah bahasa apa tah...tapi rasanya Perancis kot...

Ini adalah imej fokus dekat imej ciri2 dan trademark original yang biasanya terdapat dan terukir pada movement Omega vintaj yang aku highlight khas untuk penelitian bersama..nombor siri, nombor caliber, logo jenama dan ukiran dalam back case semuanya wajib ada.

Pakai strap kulit pun anggun tapi buckle je ori, strap tu walau bukan ori Omega punya tapi jenis kulit kualiti tinggi la jugak...

Memang mengagumkan kelibat Seamaster ni sebab aku snap pics banyak kali pun tetap juga lawa.. puas buat saringan dan yang terbaik pada mata aku jer yang aku sajikan sekarang ni...nikmatilah santapan mata khas untuk peminat Omega vintaj...

Ayu benor wajah anggun Seamaster yang tak ketahuan jantina nye nih...

Jarum tajam macam tombak...jangan korang wat cucuk sanggul sudah lah!...rare barang nih takde stok lagi dah kalau rosak...kalau patah ganti la dengan jarum peniti kot boleh..

Ini ada kelemahan sikit pada Seamaster ayu ni, walau wajah anggun tapi ada kesan macam retak sikit jer pada bahagian yang aku tunjuk ikut anak panah tu...sikit jer takde masalah pun..tah retak ke tah calar yang agak dalam aku pun tak pasti...korang kaji la yer...

cop SWISS MADE dia agak terkedalam sikit sebab permukaan tepi dial tu agak melengkung ke dalam..tapi kalau pun takde cop tu korang pun dah tau yang Omega memang buatan swiss mana ada buatan Gombak...hehehhee
Pandangan belakang jam ni sedang bergaya dengan strap kulit tak orinya tuh...yang ori dah takde sejak aku miliki..buckle tu ori ada cop 'swiss' kat belakang dia...

Crown dia ni spesel sikit dari model Omega lain pasal dia ada 3 lekuk keliling bulatan tu, kalau model lain dia bergerigi pada keliling tu untuk mudahkan kita laras...aku ada simpan 4 bijik lagi crown macam ni secara kebetulan dulu beli dari sorang collector dari KL, tak sangka plak crown macam ni mahal dan susah dapat sekarang...menurut Apek mekanik jam otai tersohor di Ipoh...dia nasihatkan aku agar simpan crown yang aku ada tu untuk kegunaan sendiri sebab dia kata "susah mau lapat ooo,sikalang kalau olang mau cali pun saya mau juai anam latut (RM600) ooo.." gila betoi regenya! sanggup ke korang nk beli RM600 untuk punat puaka nih?hehehe..

Ini buckle dia..kat belakang buckle ni ada cop 'swiss'....ori ke tak ha geng? kawan aku yang juai jam ni kat aku kata ori, tak tau la plak kalau dia ngecek/nipu aku tapi aku pun rasa ia original...

Ukiran timbul imej kuda kacukan dengan menatang apa tah, pelik benor hasilnya, ukiran ni lawa dan timbul, memang penuh kesenian jam2 Omega vintaj macam nih..patut pun mahal harganya...