Model siri 5000 yang amat menarik perhatian aku ketika ia masih tersarung kemas pada pergelangan tangan seorang otai 'si kaki kumpul jam' di tempat aku. Setelah berbincang serba sedikit mengenai sejarah silam Si Lima Ribu ni, yang empunya memohon jasa baik aku dan memberi mandat dengan budi bicara untuk membantunya menjualkan jam ni memandangkan aku ada platform yang baik untuk jualkan. So ini lah dia Si Pagol 5000 rakan ku.
-automatik 25 jewels
-keseluruhan parts masih asal
-dial unik dan lawa dengan pokok kelapa hijau
-casing berat, tebal dan besar
Antara keistimewaan jam ni ialah marker dia pada pukul 12,6 dan 9 menggunakan batu 'permata' oren yang memang jarang kedapatan pada mana2 jam vintaj kecuali beberapa model jam lama tiruan yang konon2 nya NOS condition yang berlambak dipasaran kini. Selain batu oren itu marker yang lain juga tak kurang unik nya sebab tebal dan besar2.

Ini perbandingan rupa paras 4 bijik model 5000 yang berbagai rupa. Yang bertanda 'sold' tu kira dah jual lah atas permintaan dan yang terbaru ni masih di peringkat suai kenal. Tapi jika berani dan tak boleh tidur malam angau teringat dan terbayang-bayang akan keanggunanya silakan masuk merisik dan aku boleh bagi penawarnya. Awal2 nak bagitau harga memang jauh lebih mahal atas permintaan yang empunya harta sendiri. Aku sekadar batu loncatan kawan tu jer. Berbalik kepada perbandingan 'mereka' ni tadi, memang jelas kelihatan bahawa Si 5000 terbaru ni jauh lebih anggun dari yang 'bertiga' berdasarkan kepada ciri2 yang beliau miliki sendiri. Jadi kita boleh simpulkan bahawa Pagol ni RARE dan LAWA bangat.
Penampilan asli yang sering jadi buruan peminatnya. Aku pun minat gak tapi biarlah aku beralah dengan korang yang jauh lebih ekstrim kumpul jam dari aku yang baru setahun jagung main benda keramat nih...
Bersantai ala2 model..dah mula nak jadi riak la tu sebab tadi dah terpilih jadi Ratu Pagol mengalahkan yang tiga bijik kat atas tadi tuh...takpe biarkan dia eksyen dulu nanti kalau aku dapat model yang lagi rare aku letak gambar dia nih sebagai looser besar2 bior dia rasa...hehehhee...
Pokok kelapa ke pokok kurma? Apa pendapat korang? Pada pendapat aku...ishkh aku pun tak berani nak kompom lah pokok apa ni..bior lah asalkan dia tetap segar menghijau kira dan cun dah tu...kalau dia mati atau jadi kering pulak nanti aku jugak yang susah nak jawab komplen dari korang....