Jam meja buatan Germany. Satu lubang kunci. Pergerakan sangat lancar dan agak tepat masa. Aku tak pandai pasal jam dinding dan jam meja macam ni tapi sebab kawan mintak tolong jualkan so setuju je lah sebab dah nama pun tolong kawan. Berdasarkan maklumat yang aku dapat dari kawan nih jadi dapatlah aku tulis sikit spesifikasi jam ni untuk panduan you all wahai tuan2 sekalian.
Ok, ini lah rupa paras jam meja ni dari pandangan depan. Arrow yang aku buat tu cuma nak tunjuk bahawa imej yang macam asap pada arrow tu ialah bayang2 yang terhasil daripada plastik lapik meja yang meliputi meja tu. Bukan ia kotor atau rosak cuma kesilapan teknik fotografi je tu...harap maklum.
Kunci siap terpacak kat lubang kunci, sengaja aku letak kat situ biar korang tau kunci asal masih wujud lagi...tak perlu putar sesuka hati guna playar ke apa ke...
Ukuran saiz secara terperinci dari setiap sudut jam ni. Tak besar sangat dan tak pulak kecik sangat..yang sedang-sedang sahaja yang penting ia lama....hehehee..lagi satu nak bagitau yang cermin jam ni dah takde tak tau rosak kepecah ke tercabut ke sebab kawan aku kasi dah macam ni so SOLD AS IS..jika minat boleh deal jika was-was gunakan tanpa was-was...
Ni pulak gambar cop pada permukaan penutup enjin bertulis 'Germany'. aku bagi gambar kecil sebagai sub-image untuk biar you all dapat tengok bahawa ia benar2 buatan Germany berdasarkan cop tu.
Ni pun sama, imej telah disabotaj oleh plastik lapik meja...dah jadi mcm rekahan pulak..jangan kuathir jam ni elok je..