Jam RARE buatan German. Casing bersaiz 33.5mm termasuk crown. Enjin jenis kunci. Dial masih sangat cantik dan original. Marker cantik dengan angka penuh dari 1 hingga 12.
Berasal dari keluarga jam dinding German yang terkenal seangkatan Mauthe dan Junghans.

Dial masih sangat cantik walau ia kategori vintaj...dial memang ori dan bukan replika seperti kebanyakan yang terdapat dipasaran..berhati-hati membeli belah tuan2...

Keseluruhan condition jam adalah sangat baik dan memuaskan. Begitu susah nak jumpa model ni kerana Kienzle ni otai jam dinding 3 kunci so bila dia menghasilakan jam tangan pulak memang la kategori jarang-jarang...

Pergerakan enjin pun lancar dan tepat masa..

Saiz pun memang normal bagi kebanyakan jam model military...tak kecik sangat dan tak besar sangat...sesuai jadi koleksi...

Tengok tu cermin pun cemerlang bangat, takde calar kasar..kalau halus2 tu biasa la akibat kesan pemakaian sebab ia jenis acrylic..kalau sapphire memang tak calar...

Tertera megah 'MADE IN GERMANY'....

Bracelet 'rel keretapi' menurut istilah yang sering digunakan oleh orang2 lama kumpul jam...

Enjin cemerlang dan bersih....

Buatan yang agak unik dan berbeza dari model2 buatan swiss tapi ia menggunakan swiss parts sebagai sokongan...

Lawa weiiii...

Tu dia rel keretapi melebarkan sayapnya...

Crown tu memang yang original tanap sebarang cop...Kienzle pun bukan ada logo trademark apa pun....sekadar tulis Kienzle macam tu aje lah...betoi ke?

Permukaan penutup belakang casing simple je dengan perkataan 'stainless steel back'...