Tuesday, June 28, 2011

Super Rare:FORTIS Diver's...SOLD

Jam vintaj model diver's dari Fortis yang agak rare dalam pasaran.
Istimewa jam ini kerana ia ada crown untuk 'helium release valve' seperti Omega James Bond.
-Enjin jenis kunci sangat lancar dan tepat masa.
Kalaendar juga dalam keadaan fungsi terbaik.
Original swiss made.

Seperti yang tertulis atas dial jam ni dengan beberapa perkataan2 yang seakan membangga diri dengan kelebihan2 yang beliau ada...tapi itulah hakikat penampilan beliau walau tak sehebat dan se-gah nama2 besar macam Rolex Submariner atau Omega Planet Ocean tapi beliau tetap mampu bersaing dengan hikmat tersendiri yang beliau miliki...SHOCKPROTECTED, SUPER WATERPROOF, 400 VACUUM TESTED..itulah yang tersurat dan jadi kebanggan...

Ni dia lagi satu kelebihan beliau yang akan jadi buah mulut pihak musuh maupun saingan sihat beliau dikalangan jam2 penyelam...beliau ada 'Helium Release Valve' (HRV)...aku tak pasti samada crown HRV tu masih berfungsi atau tak tapi dengan adanya seketul crown HRV tu dah membuatkan penampilan Fortis ni lebih gagah dan garang lagi...nk compare dia dengan Si Penyu 6105???hehehe.serius talk man...jelas Si Penyu tu tak sama taraf dengan beliau...

Antara lagi yang boleh dipuji pada Fortis ni ialah permukaan dial dia masih sangat cantik dan masih belum pudar atau kotor dimamah usia! Kalau dia guna suntikan botox tak tau la pulak tapi ternyata muka memang masih cantik dan tambah seri lagi luminous pada setiap marker masih bernyala dalam gelap! masih berfungsi!...aduhhh tak tahan betul dengan jam ni...luar biasa kebolehanya walaupun dah agak tua....

Bentuk casing bersegi sikit pada bahagian tepi pada kedudukan pukul 9 dan pukul 3. Seni yang tersendiri berbeza dari model2 diver yang sering kedapatan dan ia agak menarik perhatian. Anda tengok bezel tu betapa masih elok dan jelas setiap nombor dan marker yang tercatit kat atasnya...kondisi yang masih baik.

Bezel nipis dan mudah laras dua arah....garisan kat tengah2 casing tu ialah garisan segi pada tepi casing yang aku dah cerita kat perenggan atas...
Cermin acrylic pulak masih original dan berbentuk cembung. Calar2 halus dan tak berapa kelihatan je yang wujud pada permukaan acrylic ni..betul aku cerita ni bukan 'ayat power' tapi boleh belek2 sendiri kalau tak caya...kualiti masih di tahap membanggakan..

Bukan kat dial je tulis '400 Vacuum Tested' tapi kat belakang pun ada jugak...mesti ada maksud penting dengan ayat tu kalau tak takkkan la depa sungguh2 nak tulis sampai dua tempat kat depan -belakang sekali...check it out!

Ni gambor enjin kunci 17 jewels jam ni...lancar dan hampir tepat masa setelah aku uji beberapa hari...tak perlu servis..good condition...

Aku pasangkan bracelet wiremesh ala-ala Omega Ploprof ni walau ia sebenarnya bracelet jenis biasa je tapi bila aku tengok ngam dan cun jugak gandingan ni so aku biarkan ia terus berpasangan dengan Fortis ni...kalau boh strap kulit rasanya kurang 'garang' jam ni..tapi ikut you all lah nak guna mana satu asalkan bergaya dan kekal mencintai jam vintaj....

*KALAU ADA KEMUSYKILAN ATAU AKU SENDIRI LUPA NAK DESCRIBE PASAL CIRI2 JAM NI BOLEH TANYA TERUS, JANGAN MALU JANGAN SEGAN!

Sunday, June 26, 2011

SEIKO LM TV Screen-SOLD

Seiko Lord Matic automatic 23 jewels.
Casing berukuran 35mmX40mm.
Model TV screen 5060-5070.
Dial warna brown masih cantik dan bersih.
Pergerakan enjin sempurna.
Kalendar juga berfungsi penuh dengan baik.
Casing cantik dan berkilat serta tiada clar kasar/serius.












Thursday, June 2, 2011

Used RAY-BAN@DKNY B&L USA-SOLD


RAY-BAN@DONNA KARAN
NEW YORK
* kacamata original terpakai jenama fesyen mewah DKNY buatan Bausch&Lomb USA
*frame berbentuk seperti model Wayfarer
*bersaiz besar, prestigous dan trendy
*frame berwarna 'tortoise shell' teguh dan berkualiti tinggi
*lenses G15 hijau keluaran B&L yang tiada tolok banding dari segi kualiti dan prestij...


Kepada peminat2 dan pengumpul2 kacamata buatan B&L USA pasti agak terkejut dengan kemunculan kacamata DKNY B&L ni sebab ianya tidak diketahui dan tidak pernah dipaparkan dimana2 sebelumnya...kacamata ini dihasilkan oleh gabungan dua jenama hebat dalam dunia fesyen yang tidak asing lagi iaitu DONNA KARAN of New York dan Bausch&Lomb USA.

Reka bentuk untuk kegunaan unisex sesuai dengan tuntutan fenomena fesyen zaman kini...

Kualiti tinggi dan masih dalam keadaan elok dan cantik.

Kalau barang 'cap ayam' tak perlu belek susah2 sebab ketika pegang je pun dah dapat rasa perbezaan kualiti antara ORI atau TIRUAN...so jangan sesekali beli yang tiruan sebab tak berkualiti...
Next...
Ni dia ukiran trademark B&L USA...hanya yang betul2 asli sahaja ada ukiran macam ni..tak susah nak kenal produk ori keluaran B&L USA sebenarnya sebab ciri2 nya mudah dikenali tapi itu pun bagi yang berminat lah...

Tu arrow tunjuk ukiran tadi lagi sekali dari sudut sukar...korang tak caya lagi ni spek ori? hehhehee...tak tau nak kata apa dah....

Ukiran B&L pada sisi kira dan kanan kedua2 cermin ni adalah WAJIB ada bagi produk Ray-Ban USA...kalau ori Italy lain plak ragamnya...nanti ada masa yang lain kita cerita pasal ori Italy pulak...
Next...

Next...

Come and grab..bukan senang nak jumpa nih...TQ.

Wednesday, June 1, 2011

ORI GUESS Sunglasses (used) - SOLD

Kacamata terpakai Original Guess. Model GU6215 GRNWHT Frame (discontinued model). Frame fancy putih dan hijau. Cermin berwarna coklat terang. Saiz 62-18-130. Condition kacamata keseluruhan lebih kurang 9/10. Sesuai untuk kegunaan casual atau aktif/outdoor/sports.

Emblem GUESS pada permukaan luar kaki kiri dan kanan spek. Ia timbul dan menyerlah, spesifikasi biasa untuk barangan keluaran jenama terkenal.

Pandangan dari depan spek yang begitu sporty dan bergaya.

Frame agak tebal dan cantik.

Gandingan warna hijau-putih yang sangat bergaya dan stylist.

Cop nombor model dan saiz ukuran spesifikasi spek.

Trademark.

Logo jenama juga sebagai trademark.

Next...

the end...lipat dan simpan tunggu owner bertuah...