Friday, August 28, 2009

Vintage RADO GOLDEN HORSE - SOLD











Serba ringkas nak explain pasal jam Rado ni : Automatik, 25 jewels, berfungsi dengan sangat baik (jam&tarikh,hari), enjin yang sangat bersih dan mulus dan dalam keadaan terbaik.

KELEBIHAN : rupa yang sangat cantik-dial bersih, cermin jernih tanpa calar dan enjin bersih dan tidak kotor/berkarat dan berfungsi sengan sangat baik!

KEKURANGAN : crown asal telah ditukar baru (yg asal telah loose) dan tiada bracelet/strap dibekalkan, pembeli harus mencari sendiri mengikut citarasa dan selera.

Sunday, August 23, 2009

Omega Seamaster Cosmic - SOLD


Rupa dan wajah sebiji Omega Seamaster-Diver's Watch Series kategori vintaj.

Barang vintaj memanglah kurang sempurna, adatlah tu dah berpuluh tahun usianya...rotating bezel mengalami sedikit kesan calar...

Crown original yang agak besar dari model2 Omega yang lain, ia jenis screw down seperti kebiasaan crown bagi model2 jam diver's (water tight).

Padanan bracelet s/steel asal disamping folding clasp juga yang asal...

Cop trademark wajib bagi folding clasp Omega tulen...

Back casing cover kosong tanpa sebarang pesan..agak lain dari yang lain..jangan khuatir ia tetap ori..

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN dan KITA

Selamat sejahtera ke atas mu...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN JUGA IBADAH2 YANG LAIN kepada semua muslimin dan muslimat yg terbaca artikel ni amnya dan kepada semua rakan2 blogger khasnya.
Saya mohon maaf kepada semua di atas segala kesilapan budi bicara atau sebagainya menjelang bulan yg amat mulia ini kerana ia adalah antara syarat agar ibadah kita di bulan yg mulia ini diterima Allah.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika

masih ada).

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri.

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.


Nampaknya saya akan jadi lebih sebok lg sekarang dan lg sukar untuk update blog..mungkin susah nk cr masa yg sesuai sebab jadual harian agak ketat di tambah pulak dengan isteri tercinta yg sedang tunggu detik je untuk melahirkan anak ke-2 kami, Insya-Allah. Agak banyak juga barangan dan artikel yg ingin saya kongsi bersama di sini tapi belum ada kesempatan... tengoklah nanti bila betul2 lapang mcm lapangan terbang boleh lah...ehhehee..jam oh jam.. sampai bila pun tak habis..love you forever....sebelum mengundur diri saya nak ucapkan terima kasih yg byk kpd Tuan Mansor&Son (LimauTambun) yg hadiahkan saya topi di Ipoh tempohari, you both really sgt baik dan pemurah, semoga Allah sentiasa rahmati kalian sekeluarga,amin!...jumpa lagi all bloggers!(puasa..jgn tk puasa tau...hehehehe)


Wasallam.

Thursday, August 13, 2009

Vintage SEIKO CHRONOGRAPH PEPSI


Salam semua....jam Seiko ni memang cantik dan menawan cuma sedikit je kekuranganya iaitu ia perlu diservis sikit kerana fungsi stop watch kurang berkesan. Begini, ketika kita tekan crown bawah sekali untuk tujuan set semula jarum saat ke pukul 12 ia tak tepat ke pukul 12. Walau begitu jarum sub second berfungsi dengan baik dan kembali ke posisi pukul 12 (30) dan dapat menghitung kiraan minit dengan tepat. Fungsi jam dan minit adalah tip-top. Lain2 tentang jam ini boleh dikatakan hampir sempurna. Semua parts dan aksessori adalah masih asal/original.



Superb condition dial...41mm s/steel casing...

Double bezel-rotating inner bezel, very clean outer fixed bezel...

Very clean and clear glass...

Original s/steel bracelet+signed folding clasp...

Monday, August 10, 2009

TITONI COSMO KING BRACELET (NOS) - SOLD


Bracelet yang masih belum digunakan untuk Titoni Cosmo King. Beli dari seorang kawan dan juga peminat jam dari Pahang. Asalnya nak guna sendiri tapi tak jadi sebab saya memang lebih suka pakai strap kulit atau getah untuk jam2 kegemaran yang sering saya pakai. So sekarang nak jual balik la dari tersimpan jer...

Untuk bukaan lug 20mm bagi Cosmo King kesayangan anda. Memang susah nak cari walau di kedai jam sendiri. Kalau nasib baik boleh jumpa dan dapat murah tapi kalau silap2 jumpa tapi harga terlalu mahal dari biasa...biasa la barang dah memang dah habis stok sekian lama...harga pun melambung tinggi la kan....

Bracelet yang agak jarang didapati dengan kualiti yang belum dipakai, tah dari mana la kawan saya tu boleh dapat pulak barang ni hehhehe...tapi kalau takde orang berkenan pun takpe boleh jugak jadi sebahagian dari koleksi bracelet yang saya ada...hehehe...banyak lagi harta karun saya yang belum dipamerkan kat blog ni...tunggu...
.
Sesuai untuk lilitan pergelangan tangan lelaki dewasa, ni kira saiz panjang standard, memang tak pernah potong lagi..maklumlah barang NOS....

Jenama : TITONI
Model : Cosmo King (Silver)

Jenis : Bracelet stainless steel untuk Cosmo King (NOS)

Jenis buckle: Folding clasp stainless steel

Lebar bukaan bracelet untuk lug : 20mm
Status :
New Old Stock/Masih belum digunakan