Monday, June 25, 2012

Kotak Jam Rolex-SOLD







Rado & Titus Auto...BOTH SOLD

TITUS - SOLD
RADO NCC505 - SOLD







PAGOL Mercury Auto..SOLD

Semua part berwarna keemasan.
Enjin automatik lancar dan tepat masa.
Semua part masih asal, asli, ori, tulin bang....
Cermin acrylic cantik siap dgn skyloop.
Lengkap dengan fungsi day-date seperti style Rolex Datejust. Ada sedikit2 kesan pudar warna pada bracelet. Condition keseluruhan sekitar 8/10 bagi fizikal manakala markah untuk movement layak diberi 10/10 sebab tak ada sebarang masalah pada enjin.












Friday, June 22, 2012

Vintage Fan L.B.Elec. Japan - RM380

Kipas meja antik buatan Jepun oleh syarikat LB Elec. Ind.Co. (L.B.E).
Jenama yang begitu kurang di pasaran tapi sentiasa jadi buruan.
Condition keseluruhan memuaskan dan masih mampu berfungsi dengan baik dengan kelajuan pusingan yang baik. Ia berwarna hijau muda keputihan seperti dalam gambar.

Warna dan keseluruhan komponen masih original.
Warna fizikal walau pun agak pudar dan lusuh tapi ia adalah warna asal tanpa pernah di 'touch-up'.

Lebar diameter cover kipas adalah 45 cm seperti dalam gambar. Agak besar dan lain dari kelaziman biasa yang seangkatan dengan usianya.

Dimension seperti dalam gambar di atas merupakan ukuran sebenar secara manual.
Lebar tapak-23cm.
Tinggi-60cm.

Rupa yang masih elok disamping motor yang masih berfungsi dengan baik.

Arrow menunjukkan logo syarikat L.B.E yang mengeluarkan kipas ini ke pasaran.
Tertulis juga di bahgaian bawahnya perkataan 'L.B. DELUXE FAN'.

Arrow menunjukkan kunci 'tengkuk' kipas yang masih elok dan mampu mengunci dan mengekang kipas dari terlentok ke bawah ketika ia berfungsi. Ia mengawal tiga aras pergerakan cover bilah kipas samada ke arah bawah, tengah-tengah dan mendongak ke atas.

Plat logam emblem trademark syarikat pengeluar masih tersemat di bahagian belakang kipas.
Ia memaparkan beberapa maklumat tentang kipas ini sebagai rujukan pengguna.

Gambar menunjukkan butang pelaras kelajuan putaran bilah kipas. Ia mempunyai kelajuan maksimum pada tahap 3. Bulatan dalam gambar menunjukkan butang bernombor 2 dan 3 yang tidak boleh berfungsi lagi manakala butang nombor 1 masih baik menjalankan tugas sebagai pelaras kelajuan kipas.

Sunday, June 10, 2012

WAYFARER Tortoise Shell Frame - SOLD

-Model Wayfarer Tortoise Shell Frame
-Original by Baush&Lomb USA
-Saiz medium 5024
Kalau minat call/sms 016 5385356

Condition tiptop, markah 9/10 boleh diberi....

Model agak rare sebab biasanya hanya model Wayfarer II tampil dengan frame tortoise,

Cermin asal disertakan sebagai bukti ia adalah original dan cermin gantian juga adalah original NOS uncut jenis brown driving series. Berapa punya untung buyer yang dapat spek nih...dapat dua set lenses lagi tu...

Fokus jarak dekat boleh tengok takde langsung calar sebab lepas pasang lense baru aku tak pakai pun dan terus simpan dalam box tunggu owner baru datang menjemput...

Apa lagi tunggu dah la frame rare lense pulak dapat 2 set...

Gambaran sebenar bila pakai spek ni dengan lense driving series....
Lebih redup dan pandangan jadi tenang dan tidak silau berbanding tak pakai spek nih...
Kalau nak bukti kena try sendiri secara live baru teruja kot...

Fokus pada bahagian2 penting ciri2 original spek nih...

Kalau minat boleh roger...